Header Ads

ads header

Flash News

Kadir Jasin bangkit suku billion perbelanjaan Agong


Kira-kira RM257 juta digunakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong, menurut seorang ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan kata A. Kadir Jasin.

Menerusi catatan dalam blog peribadinya tidak mewakili pandangan Majlis Penasihat Kerajaan dianggotainya, Datuk A Kadir Jasin berkata, purata RM16 juta sebulan dibelanjakan antaranya ke atas penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat, pengangkutan, pakaian Agong, hadiah dan cenderamata, kunjungan luar negara serta gaji kakitangan istana.

Kadir berkata, jumlah yang dibelanjakan untuk perbelanjaan Agong menunjukkan raja Melayu tidak memerlukan jaminan kedudukan mereka tidak terjejas.

Ini susulan kenyataan bakal perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pertemuan dengan beberapa sultan baru-baru ini bertujuan meyakinkan mereka mengenai komitmen PH untuk mempertahankan institusi raja.

“Saya tidak berani kata raja-raja tidak begitu yakin dengan kedudukan mereka sehingga mereka perlu diberikan jaminan dan ditenangkan,” tulis Kadir yang pernah mengetuai media utama kerajaan terdahulu, New Straits Times Press.

“Sebaliknya, saya rasa raja-raja yakin seperti sebelum ini. Mengapa tidak? Mereka dijamin oleh Perlembagaan, diberikan kemewahan, kaya dan Anwar pun mencium tangan mereka!”

Sejurus dibebaskan dari penjara bulan lalu, Anwar mengadakan satu siri perjumpaan dengan raja Melayu.

Dalam satu wawancara dengan badan pemikir dikaitkan PKR, Invoke Malaysia baru-baru ini, Anwar berkata, pertemuan itu ialah sebahagian usaha untuk memperkukuhkan hubungan kerajaan baru dan raja.

“Setelah 60 tahun, ini kali pertama raja-raja berdepan dengan kerajaan berbeza,” kata Anwar.

Tetapi Kadir, merujuk kenyataan Anwar baru-baru ini bagi menjelaskan pertemuannya dengan sultan, berkata Anwar nampaknya “bertindak seperti seorang komisar politik”.

“Dalam sistem komunis, komisar politik lebih berkuasa daripada satu batalion tentera.”

Kadir berkata, walaupun penghapusan imuniti undang-undang dalam kapasiti peribadi mereka, raja masih dihormati, dengan sebuah mahkamah khas ditubuhkan untuk mendengar dakwaan salah laku kerabat diraja.

“Kesimpulannya, raja berperlembagaan kita tidak perlu takut jika mereka memahami kedudukan istimewa mereka dan menjalankan tanggungjawab mereka seperti diperuntukkan Perlembagaan.

“Rakyat harap mereka mewakili semua perkara baik dan suci.”

MR :  Kenapa A Kadir Jasin tak buat perbandingan perbelanjaan PM dengan penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat, pengangkutan, pakaian PM, hadiah dan cenderamata, kunjungan luar negara serta gaji kakitangan PM termasuk tukang masak dll.
......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

11 ulasan:

  1. Satu masa dulu Dap Dig Dog (DDD) kata Putra Jaya satu pembaziran. Kini dengan muka tak malun nya Dap Dig Dog berpindah jua ke Putra Jaya. Kalau sindiran lampau jadi sandaran, DDD dan gerombolannya sepatutnya duduk kat Jalan Duta jer. Wakakaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas DAP komen pun Putrajaya siap dan masih wujud. Leoas PH ambil alih kerajaan nk buat apa pulak dgn Putajaya yg dah wujud ni?.....nk robohkan ke?
      Masa komen tu dibuat sebelum dimulakan projek tu dgn tujuan kalau dibatalkan masa iru kira tidak membazirlah. Tp dah siap. Lagi pun membina Putrajaya,Proton, PLUS Highway, Menara Kembar, KLIA, Penang Bridge kerajaan tidak berhutang berbion ringgit dan kepas tu duit lesap projek tak nampak mcm 1MDB.

      Padam
  2. Apakah motif Kadir Jasin membangkitkan is ini? Mahu membuka peluang dan ruang ke arah institusi yang menjadi tonggak benteng Islam di negara inikah? Adakah sesiapa yg mendedakkan kamu disebalik tulisan ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya setuju.. Apa motifnya? Ingin memprovokasi rakyat?

      Padam
  3. kenapa lah raja2 melayu tak halau mak ayah dia ni dr tanah melayu masa dulu-dulu ye..tak ingat sejarah ke? mcm mana pembentukan institusi raja di malaysia ni (tanah melayu)..tak tahu ke fungsi dan peranan raja melayu..suruh belajar sejarah, malas..aduuhhhhh..

    BalasPadam
  4. Apasal dia bercakap mengalahkan komunis?sila buat perkiraan perbelanjaan perdana menteri pulak dan buat peebandingan.Mulut busuk punya orang tua..

    BalasPadam
  5. Kita juga ingin tahu perbelanjaan TDM sebagai pm setiap bulan semasa dia menjadi pm dahulu dan pm sekarang.

    Mengapa si tuan punahsihat ini sibuk mendedahkan perbelanjaan untuk istana tetapi berdiam diri tentang perbelanjaan PM?

    Dulu si tuan punahsihat berkhidmat di bawah parti pertuanan Melayu tetapi sekarang di bawah pertuanan roket pula. Lidah biru pun dah berubah menjadi lidah roket merah.

    Selepas ini, tuan punahsuhat akan buat apa pula untuk menunjukkan kesetian kepada roket evangelis?

    Tuan punahsihat hipokrit.

    BalasPadam
  6. bahaya jadi penasihat sebegini. perangai ingin cara gaduh saja.

    BalasPadam
  7. no wonder anti fake news akan di tamatkan.

    tanpa anti fake news bolehlah fake news seperti ini di sebarluaskan

    biasanya pembangkang yang sebarkan fake news

    kini terbalik kot, pembangkang sebar fakta, pemerintah pulak sebarkan fake news!!!

    Wakakaka

    BalasPadam
  8. jpm ada yg kosong lagi tak.. tolong maklom..

    BalasPadam
  9. Kemenangan berpihak kepada pelingkup tanah air. Pengundi muda tetap menyokong nya.

    Sangat2 merisaukan...

    BalasPadam