Header Ads

ads header

Flash News

Tun M digesa derma 10 % kekayaan anak-anaknya


KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao mendesak anak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyumbang sebahagian daripada kekayaan keluarganya untuk Tabung Harapan Malaysia (THM) yang ditubuhkan untuk membiayai hutang negara.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau berkata, anak-anak Mahathir yang menceburkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan mempunyai kekayaan bernilai berbilion ringgit dan mereka sepatutnya kumpulan paling awal menderm kepada tabung berkenaan.

“Anak Tun M, Tan Sri Mokhzani pada tahun 2014 sudah disenaraikan sebagai orang kesembilan terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan RM4.22 bilion.

“Mungkin tahun 2018, beliau tidak termasuk dalam senarai itu kerana beliau dilaporkan sudah menjual saham dalam Sapura Energy dan keluar dari perniagaan gas dan petroleum, bagaimanapun, pada tahun 2014 beliau adalah orang Melayu kedua terkaya selepas Tan Sri Syed Mokhtar.

“Tidak ada sebab mengapa Mokhzani tidak boleh bertindak awal dengan menderma kekayaannya ke dalam tabung berkenaan,” kata Ramesh.

Untuk rekod, Mokhzani turut memiliki sebuah kereta mewah jenis Bugatti Veyron yang dikatakan hanya ada tiga buah sahaja di Malaysia dan harganya setiap satu ialah RM10 juta, dakwanya.

Ramesh berkata, untuk permulaan, sebagai Perdana Menteri, Mahathir boleh mendapatkan 10 peratus daripada kekayaan anak-anaknya untuk disalurkan ke tabung berkenaan.

“Kekayaan mereka tidak terjejas jika kerajaan ambil 10 peratus untuk membiayai tabung berkenaan untuk bantu bayar hutang negara.

“Lebih elok susah sama susah, dan apabila senang sama-sama senang, apabila rakyat diharap memberikan sumbangan derma, rakyat yang kaya biasanya lebih elok menderma terlebih dahulu.

“Lebih elok dimulakan dengan harta kekayaan dari anak-anak Mahathir,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Selain Mokhzani, Mahathir yang lain juga kaya seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz, ada aset kira-kira RM540 juta selain Mirzan yang dikatakan ada rekod pemilikan 156 syarikat dengan aset RM780 juta.

Datin Paduka Marina pula dakwanya ada pemilikan ke atas 52 syarikat dan ada aset kekayaan bernilai kira-kira RM80 juta.

“Kalau boleh, syarikat-syarikat yang jadi besar dan kaya ketika zaman pentadbiran Mahathir juga perlu menyumbangkan kekayaan mereka kepada tabung itu.

“Dengan sumbangan dari tokoh perniagaan ini, kutipan akan dapat dilakukan dengan cepat dan hutang negara boleh diselesaikan.

“Kita kesal, jangan hanya rakyat diminta memberikan sumbangan tetapi peniaga-peniaga kaya terus jadi kaya tanpa memberikan sumbangan apa sekalipun,” kata Ramesh.- MalaysiaGazette

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

13 ulasan:

  1. 10% gilla punya idea ... org lain tak payah derme dah laa..

    BalasPadam
  2. Kalau betul2 bersungguh nk pulihkan ekonomi negara..jutawan2 Malaysia kena la bagi sumbangan..jangan harapkan rakyat pertengahan yg makan gaji minimum..hutang sendiri nk kena tanggung..hutang negara lagi..

    BalasPadam
  3. itu baru dikatakan pimpinan melalui teladan. itulah yang telah ditunjukkan oleh negara-negara yang mara untuk maju.

    BalasPadam
  4. Saya rasa tak payah la nak derma2. Kalau negara ada 0 hutang.. tentu hutang baru diorang buat. Tak ada negara maju & membangun kat dunia tak berhutang. Kutip rampasan rasuah.. rasanya boleh dpt berbillion. Yg penting ialah cara pengurusan ekonomi & hutang negara. Hutang rumah rakyat Malaysia adalah antara yang tertinggi di ASIA. Kita juga menyumbang ke arah masalah lialibiti negara. Akhlak & minda 3rd class rakyat kita perlu diubah..

    BalasPadam
  5. Bila rakyat derma 50 hinggit, gambo tak masok peper, yakni tak ada udang di sebalik batu, malah pemansuhan tol kena tunggu next PRU

    Bila Latuk dan Lan Li derma 1 jota, telus masuk peper, maciam ada ulang sebalik batu. Sedar2 projek 30 bilion dilancarkan, yang lain "in the pipeline".

    BalasPadam
  6. IMAM NAWAWI vs RAJA ZAHIR BYBRES.

    Ketika kerajaan berdepan dengan ancaman Tatar, Raja Zahir Bybres selaku penguasa ketika itu mencari ikhtiar pintas untuk mendapatkan dana segera bagi menampung keperluan pertahanan negara.

    ⚫ Tabung Harapan.

    Lalu dikutip fatwa para ulama' pengampu sebagai lesen untuk mengenakan bayaran wajib ke atas rakyat, dengan alasan kononnya demi keperluan negara yang mendesak.

    Ketika itu Imam Nawawi dengan tegas menentang tindakan Raja Zahir Bybres. Beliau meletakkan syarat, bahawa Raja Zahir wajib mengeluarkan harta kekayaannya terlebih dahulu sebelum memeras keringat rakyat.

    ⚫ Penguasa Mesti Bertanggungjawab.

    Mana mungkin seorang penguasa mendahulukan rakyat untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara, sedangkan ketika senang si penguasa itulah yang terlebih dahulu mengecapi kemewahan. Pendirian Imam Nawawi tegas, menyuruh agar segala kekayaan istana dan anggota di dalamnya diperah keluar terlebih dahulu.

    Sesudah semuanya telah licin dikeluarkan namun masih belum mencukupi, barulah boleh dikenakan bayaran wajib ke atas rakyat untuk menampung keperluan ekonomi negara. Itu pun dengan syarat, sekali kutipan sahaja. Tidak boleh dijadikan rutin berpanjangan. Dari ketegasan tersebut, Imam Nawawi dibuang negeri.

    ⚫ Apa yang perlu kita faham adalah:

    • Jangan bermudah-mudah membebankan rakyat dengan derma kononnya untuk menampung keperluan negara.

    • Penguasa adalah golongan pertama yang perlu dihabiskan harta kemewahan mereka terlebih dahulu untuk keperluan negara.

    • Menjadi satu kebingungan apabila diisytiharkan derma yang kononnya sangat darurat demi negara. Tetapi pada masa yang sama kerajaan sedia berbelanja berpuluh juta ringgit semata-mata untuk tayangan Piala Dunia. Ternyata ini merupakan praktis prioriti yang dangkal.

    • Kerajaan mempropagandakan kononnya negara akan bankrup dan rakyat perlu mengeluarkan derma, merupakan gimik politik yang memberi impak negatif kepada kestabilan ekonomi negara.

    Abdul Mu'izz Muhammad
    30 Mei 2018.

    BalasPadam
  7. Dalam kerajaan Islam hanya ada kutipan cukai dan zakat....tiada satupun dalil derma kepada kerajaan kerana untuk membayar hutang negara...Dalam sejarah peperangan tabuk misalnya para sahabat telah menderma harta untuk membiayai kelengkapan perang menentang musuh....jauh langit dengan bumi jika ada ulama mat tiga suku nak qias untuk mengampu kerajaan yang pemimpinnya terang terang tidak mesra Islam dan ramai bukan Islam....tak tahulah jika MAZA serta RORA memfatwakan derma ini kepada kerajaan sebagai fisabilillah

    BalasPadam
  8. Kawe setuju sgt...

    BalasPadam
  9. mereka faraidkan kekayaan negara dikalangan mereka dan tanpa perasaan bersalah dan malu meminta rakyat menderma ??? ah tak tau nak kata apa ! binawe sungguh depa ni

    BalasPadam
  10. Parai ni duduk diam sudah laaa... Derma bukannya paksaan.

    BalasPadam
  11. Ya..derma bukan paksaan. Perbandingan pemerintah dgn rakyat umpama ibubapa dgn anak anak yg masih kecil yg di bawah jagaan mereka, bukan anak anak yg sudah berkahwin..sudah lepas tanggungan ibubapa. Malulah kalau ibubapa isytihar mintak derma pd anak anak yg kecil ini..menjatuhkan moral pd pandangan jiran. Tu saham jatuh merudum.

    BalasPadam
  12. Kerajaan PH dah jadi kerajaan tin milo memungut derma dari rakyat...semiskin miskin kerajaan pas kelantan dan ketika kerajaan pas Terengganu dulu di rampas royalti...masih boleh survive walaupun tidak mewah...yang pelik lima tahun memerintah tidak pernah kutip derma dari rakyat untuk bayar hutang negeri..PH tak sampai 100 hari dah minta derma dari rakyat...takde lagi mana mana kerajaan dalam dunia lepas menang pru minta derma dari rakyatnya...nampak sangat manifesto PH draf kedai kopi ...cacamarba hahaha

    BalasPadam