Header Ads

ads header

Flash News

Pas amal empat konsep hubungan kerajaan


SHAH ALAM - Pas mengamalkan empat konsep hubungan dengan Kerajaan Persekutuan termasuk ta’awun siyasi dengan menyokong segala dasar dan usaha baik yang dijalankan.

Setiausaha Akhbar kepada Presiden Pas, Abdul Malik Ab Razak berkata, dalam masa sama, Pas akan menentang segala dasar dan usaha yang membawa ke arah keburukan serta kejahatan.

Memetik laporan Harakahdaily, beliau berkata, konsep kedua adalah muwajayah silmiyyah iaitu Pas mendahulukan jalan damai dengan menghormati sistem demokrasi berparlimen dan sebarang tindakan menghuru-harakan serta mengucar-ngacirkan keamanan negara tidak akan disokong.

“Pasca PRU14 memperlihatkan berlakunya perubahan politik negara apabila Pakatan Harapan (Harapan) berjaya mengalahkan BN dan membentuk Kerajaan Persekutuan. Pas pula berjaya menawan kembali Terengganu dan mengekalkan Kelantan.

“Maka timbul desas-desus dalam kalangan rakyat tentang hubungan Pas dengan Kerajaan Persekutuan. Maka, saya jelaskan bagi memahami pendekatan Pas dalam membina hubungan dengan Kerajaan Persekutuan, ia berasaskan kepada empat konsep ini,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut katanya, konsep ketiga adalah menghormati konsep federalisme iaitu Kerajaan Persekutuan perlu menghormati hak demokrasi rakyat yang memilih kerajaan negeri selain Pakatan Harapan.

Katanya, kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pas akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Harapan demi kepentingan rakyat dan negeri seluruhnya,

Menurutnya lagi, konsep keempat adalah konsep kerajaan memerintah semua rakyat.

“Bagi pihak kerajaan negeri mahupun Pusat, mereka perlu mengasihi dan menjaga rakyat tanpa mengira latar belakang kerana kerajaan memerintah rakyat pelbagai kaum, bangsa dan fahaman politik, bukan hanya ahli partinya sahaja,” katanya.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

11 ulasan:

  1. PAS ni byk ubah konsep2.. idea2 pun byk. Dari TAHALUF Siyasi ke Taawun Siyasi. PAS boleh tak simpulan semua ke SATU ayat pendek.. ringkas dan jelas.. bagi mudah rakyat marhaen paham perjuangan PAS.

    Contohnya.. BERSIH-CEKAP-AMANAH.

    Lepas tu tambah dalam logo PAS. Jadi boleh sebati dalam pemikiran org.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peneraju PAS baca ke semua comment ni? Ke setakat comment kosong jer

      Padam
    2. TAHALUF Siyasi dgn ph pelik sangat bang...

      Padam
    3. Skrg dh ada ayat simple = BPMS.
      Bagi sy, itu dh cukup utk menggambarkn konsep skrg.

      Padam
  2. PAS pun penuh dengan slogan slogan...tetapi saya tetap terkenang dengan pemikiran arwah TGNA yang tidak banyak konsep atau slogan...sentiasa konsisten politik dengan dosa pahala serta dunia akhirat.Segala tuduhan tuduhan liar musuh Islam dan Pas akan mendapat libas maut beliau dengan sekali libas sahaja. Kekadang rakyat sukar memahami aspirasi PAS yang mana ada pimpinan yang berbelit belit membuat kenyataan..lalu ia menjadi peluru untuk membedil pula PAS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sgt. Sampai serabut nak kenalkan PAS kat org. Saya tengok forum SINAR semalam. Bagus PAS ada anak muda macam tu. Macam2 idea & konsep dia bagi tapi masih kurang jelas apa yg PAS nak bagi pada rakyat Malaysia. Ceduk sana.. ceduk sini.. tambah lagi penerangan TGHH.. berserabut jadinya.

      Apa2 pun PAS kena kenalkan pelapis anak2 muda PAS mcm sdr Syahir Sulaiman yang boleh menyumbang idea bernas pada dunia politik Malaysia.

      Padam
    2. Betul tuan, mmg kita x nafi zaman ATGNA terbaik...tp smpai bila kita nk toleh ke belakang. Pimpinan skrg pn ada kelebihan tersendiri. Masa zaman Rasulullah, Baginda lah pemimpin terbaik..slps Rasulullah wafat, perjuangan disambung oleh Khulafa ur Raasyidin & tetap ditaati oleh ummat, walaupun mereka tidak setanding Rasulullah..sbb mereka bawa perjuangan yg ditinggalkan oleh Baginda Nabi. Perselisihan pendapat tetap berlaku zaman khalifah, tetapi ketaatan kpd Khalifah lebih utama selagi tidak bercanggah dgn syariat.

      Padam
  3. Pas perjuangkan islam dan idea2 konsep boleh berubah mengikut keadaan semasa yang penting dasar perjuangan islam tetap tak berubah. Itulah indahnya perjuangan islam. Moga umat islam malaysia dilindungi allah swt.ameeen

    BalasPadam
  4. Ramai rakyat sejak dulu hanya kenal PAS bila dikait dengan hukum hudud kerana ianya dibesar besarkan oleh PAS sendiri atau yang dijaja serta difitnah oleh individu serta kumpulan yang memusuhi PAS untuk kepentingan politik mereka yang akhirnya Islam menjadi kambing hitam...konsep konsep lain yang di bawa oleh PAS seperti keadilan sejagat, pemerintahan berhemah,sifar rasuah,penentangan kepada pembaziran, menentang para pemimpin penyamun dan perompak,memperkasa institusi pendidikan Islam, survival dalam sumber hasil negeri yang kurang dan banyak lagi sumbangan PAS digelapkan menyebabkan rakyat terutamanya di sebelah pantai barat serta selatan mendapat maklumat yang salah tambahan lagi dengan tahap pemahaman umat Islam mengenai tuntutan Islam yang gagal melihat kehebatan agama anutan mereka. Hari ini umat melayu Islam dihina ,dicerca...puak kafir dipuja dan dipuji dan dijaja penuh kemuliaan seolah olah dikalangan mereka tiada rasuah,tiada perompak penyamun,penuh integriti dsb...jangan salahkan DAP... Tetapi perangai tiga suku umat melayu islam yang menjadi tangga kepada golongan liberal serta kaum kufur yang menggunakan teknik tuduhan borong ke atas umat melayu Islam sendiri

    BalasPadam
  5. Barangkali puak puak liberal atau kaum kafir masih dalam kegelapan kejahilan mengenai ajaran Islam atau mereka membutakan mata,memekakkan telinga terhadap ajaran Islam yang memperuntukkan hukuman mandatori kepada kes kes penipuan, mencuri,menyamun,merompak dan membunuh...ini menunjukkan Islam mendahului zaman dalam penyelesaian untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat dari salah laku manusia...belum masuk lagi bab hubungan kasih sayang,keadilan ekonomi,sosial dan lain lain.Jika ada umat Islam yang melakukan kejahatan maka itu bukan salah agama malah mereka tidak akan terlepas dari pengadilan walaupun selepas mati...kejahatan mereka boleh terlepas semasa di dunia seperti kerana kelemahan undang undang dunia,pelaku seperti pembunuh,perompak,atau penyamun yang tidak dapat dikesan,pengamal undang undang atau saksi boleh dibeli serta akur kepada arahan dsb...tapi bagi umat Islam yang beriman dengan hari pengadilan Allah tetap yakin pembalasan yang setimpal akan diterima...inilah kelebihan Islam yang tiada kepada fahaman manusia samaada fahaman sosialis,liberal,sosialis dan agama agama rekaan manusia yang lain

    BalasPadam