Header Ads

ads header

Flash News

KP sahkan SPRM rampas dokumen kementerian Pelancongan


Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab hari ini mengesahkan bahawa SPRM telah merampas dokumen-dokumen tertentu semasa kunjungan ke ibu pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Putrajaya minggu lalu.

Mirza berkata demikian kepada wartawan selepas di temui selepas pertemuannya dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, Kuala Lumpur.

"(Maklumat) ini adalah sesuatu yang harus kamu dapatkan dari SPRM.

"Mereka telah merampas dokumen itu dan (kini) mengkajinya. Itu sahaja," kata Mirza yang juga enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai cadangan yang dibangkitkan semasa pertemuannya dengan majlis itu.

Jumaat lalu, akhbar bahasa Inggeris The Star melaporkan bahawa SPRM melawat kementerian itu untuk mengemukakan beberapa soalam mengenai perjanjian promosi yang ditandatangani dengan syarikat swasta.

Laporan itu memetik sumber SPRM yang mengesahkan bahawa lawatan berkenaan dilakukan pada Rabu lalu.

The Star
sebelum ini melaporkan bekas Pengerusi Tourism Malaysia, Wee Choo Keong pada 31 Mei lalu menimbulkan persoalan mengenai perjanjian RM99 juta itu antara syarikat tempatan dan Tourism Malaysia yang didakwa ditandatangani dalam masa satu hari.

Wee, yang melabelkan kontrak itu sebagai “perjanjian Speedy Gonzales” juga mendakwa ia dibuat tanpa pematuhan ketetapan pemerolehan kementerian.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

3 ulasan:

  1. Barang turun harga akan meringankan beban meskipun tidak mungkin berlaku. Kalau index persepsi rasuah yang turun, ia akan menambah bermacam2 beban. No pity2, no compromise.

    BalasPadam
  2. Kesungguhan ini haruslah berterusan dan bukan hanya setakat hangat2 tahi ayam saja.

    Selebihnya jangan nampak hanya 'pembangkang baru' yang di sasari sementara 'pembangkang lama' diberikan perlindungan imunisasi.

    Muahahaha

    BalasPadam
  3. Ya teruskan. Serbu sana sini.
    Dengar cakap orang kafir.
    Ikut kata orang kafir.

    Wujudkan persepsi : Pakatan Kafir.

    BalasPadam