Header Ads

ads header

Flash News

Maszlee Ada 10 Orang Pegawai Khas Dalam KPM?


IBARAT paku dulang paku serpih, kata orang tapi dia yang lebih.

Itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) yang kononnya dikatakan penyelamat rakyat daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, PH lantang bersuara mengutuk tindakan kerajaan terdahulu itu kononnya menggajikan terlalu ramai staf untuk kepentingan politik yang digelarnya sebagai ‘lantikan politik’.

Malah, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga selepas beberapa hari berkuasa mengumumkan bahawa kerajaan PH menamatkan kontrak 17,000 staf lantikan politik ini.

Jelasnya, langkah itu kononnya lagi diambil bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan berikutan terlalu banyak pembaziran semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, tular di media sosial sejak semalam mengenai satu paparan skrin dari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa Menterinya, Dr. Maszlee Malik mempunyai seramai 10 orang Pegawai Khas.

Perkara itu jelas menimbulkan persoalan ramai netizen terutama sekali mengenai keperluan Dr. Maszlee yang berjaya mempunyai jumlah Pegawai Khas seramai itu.

Lebih menarik, bilangan kakitangan bagi jawatan tersebut tidak termasuk Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Setiausaha Sulit (SUS) dan Setiausaha Akhbar (SUA) bagi menteri.

Kesahihan senarai pegawai untuk menteri baharu itu masih belum lagi dapat disahkan namun sudah tersebar dengan luas di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Jika perkara ini benar, ia jelas kelihatan pelik dan membingungkan buat ramai pihak memandangkan kerajaan PH sebelum ini terlalu pantas bertindak menamatkan kontrak kakitangan awam terdahulu.

Lebih menyedihkan, kontrak kakitangan awam itu ditamatkan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang menyaksikan mereka semua terpaksa menyambut perayaan dalam suasana sedih.

Perkara ini juga menyebabkan netizen membuat spekulasi sama ada kakitangan awam sebelum ini dibuang demi memuatkan kerajaan baharu dengan staf lantikan politik mereka tersendiri.

Jika difikirkan secara logik, mengapa Dr. Maszlee memerlukan pegawai khas seramai itu? Bukankah ini juga satu pembaziran untuk pihak kerajaan PH sendiri yang mahu berjimat-cermat?

Orang ramai juga kini mahukan penjelasan daripada Dr. Maszlee sendiri mengenai tugas sebenar 10 orang pegawai khas ini dalam kementerian berkenaan.

Adakah pegawai-pegawai ini dilantik kerana mereka merupakan pendukung setia kepada parti dan juga menteri? Atau mereka ini hanya pembantu yang hanya dilantik untuk mengikuti ke mana sahaja Dr. Maszlee berada?

Dalam pada itu, tinjauan ke laman web KPM hari ini juga menyaksikan senarai kakitangan pejabat menteri itu telah dikemas kini dan tiba-tiba hanya tinggal seorang sahaja pegawai khas kepada Dr. Maszlee.

Netizen menerusi laman Twitter juga menyedari perkara itu dan bingung apabila senarai panjang berkenaan telah berubah dramatik seolah-olah dikemaskini sejak isu ini tular.

Sehingga kini, Kementerian Pendidikan serta Dr. Maszlee masih belum memberikan penjelasan mengenai perkara kontroversi itu.

Sekiranya ini semua benar, sudah terang lagi bersuluh kerajaan PH juga sama sahaja mengamalkan pembaziran dalam pentadbiran mereka walhal selama ini terlalu lantang menuduh BN berbuat demikian. – MYNEWSHUB.CC


MR : Dr Mujahid dalam majlis sumbangan iftar berkata  banyak langkah-langkah penjimatan kos pentadbiran negara yang akan diambil tidak lama lagi bagi kerajaan PH...Betul ke? Atau ini sekadar cakap aje?.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

7 ulasan:

  1. Dahulu semasa puak pakatan menjadi pembangkang , pakatan sibuk mengutuk BN konon suka BN suka membazir .

    Sekarang tradisi membazir diteruskan oleh rejim pakatan dengan pelbagai u-turn.

    Cakap tak serupa bikin ! Rakyat juga yang kena kencing hancing kaw kaw. Padan muka pengundi pakatan!

    BalasPadam
  2. Yang kena kencing bukan setakat pengundi PH...masaalah tempias hancing kencing turut terkena kepada semua orang...

    BalasPadam
  3. i got a feeling kerajaan baru jauh lebih teruk dari kerajaan lama.

    BalasPadam
  4. Bubuh pasir dalam periuk lama dan tendang periuk2 itu.

    Kini ambik periuk baru, bubuh beras dan di jaga sampai beras jadi nasi.

    Nampknya tiada belas kasihan pada periuk lama dan membazir dengan periuk baru.

    BalasPadam
  5. Persoalan yang menyentuh Akidah Islam:

    Bukankah tindakan Mazlee ini telah menghina agama Islam dan para Nabi Allah?

    Tajuk: 'Kalau Nabi Hidup Lagi, Mereka Akan Letak Jawatan-Maszlee Malik'

    Kuala Lumpur: Zaman ini penuh dengan kegilaan, jika para Nabi masih hidup tentunya mereka akan ‘letak jawatan’ kata seorang pensyarah pada satu majlis yang diadakan di sebuah gereja Methodist di ibu negara pada Sabtu lepas.

    Kenyataan itu dibuat oleh Dr Maszlee Malik salah seorang pensyarah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang hadir sebagai responden kepada pembentangan pada forum yang bertajuk ‘Deceitful? Distracting? Or Dedicated? Evangelicals and Current Controversies in Malaysia’.

    “I believe that people of the past, even the Prophets, even the Saints, if they live now, they will give up their professions.”

    Dr Maszlee Malik yang juga merupakan aktivis IKRAM dan Felo Kanan IDEAS, menyatakan perkara demikian bagi merujuk kepayahan yang dihadapi pada zaman sekarang, sehinggakan para nabi dan wali tidak sanggup untuk terus memegang jawatan mereka, dan meletakkan jawatan.

    Read more at: https://www.menara.my/kalau-nabi-hidup-lagi-mereka-akan-letak-jawatan-maszlee-malik/

    BalasPadam
  6. PH buat apa pon semua nmpk baik.. Melayu2 PH semua hangguk2 kepala dan bersorak setuju dgn semua perkara walau maruah islam dan bangsa tergadai. Yg bukan islam hnya diam dan tersenyum sembunyi melihat kebodohan melayu islam yg masih tidak sedar realiti dan permainan mereka.

    BalasPadam