Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan PH adalah penjenamaan semula BN 2.0


Pakatan Harapan (Harapan) boleh menjadi BN 2.0 jika tiada mana-mana pihak mengawal selia setiap struktur pentadbiran negara. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika PH tidak menunaikan janji manifesto mereka. Lebih teruk lagi jika PH hanya meniru atau plagiat semua yang dibuat oleh BN dengan mengubah kepada nama baru sahaja tanpa ada sebarang pembaharuan kerana menguntungkan kepimpinan PH.

Misalnya dulu SPAD, jadi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)


PR1MA sudah ditukar menjadi Perumahan Rakyat Harapan Malaysia (PRHM)
BR1M sudah bertukar menjadi Bantuan Sara Hidup (BSH)



JKKK dijenamakan sebagai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) 
Klinik 1 Malaysia bertukar menjadi Klinik Komuniti.

1MDB juga tidak mustahil dikaji, di kekal dan dijenamakan semula.
tidak mustahil ADAM 50 mungkin menjadi IZZAH 60
dan ada banyak lagi setelah PAKATAN HARAPAN buat U-turn beberapa perkara mengenai ECRL dll.

Kesimpulannya, Kerajaan PH masuk rumah orang cuci kaki dan ubah nama sahaja. Idea sendiri tidak nampak lagi setakat ini. Sebagai sebuah Kerajaan yang kononnya ingin mendaulatakan negara dan bercita-cita menjadikan Malaysia lebih baik tapi malangnya cara kerja PH tak ubah seperti kerajaan terdahulu.

khairul ryezal




MR : Kerajaan PH adalah bungkusan baharu, tapi barang sebenarnya adalah barang berulat oleh Najib dan UMNO....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Peringatan:

    Perniagaan cetak rompak @ pirate @ copy cat adalah haram dan salah di sisi undang-undang!

    Dahulu di waktu puak pakatan menjadi pembangkang, puak pakatan sibuk mengutuk porgram dan projek kerajaan BN konon program dan projek BN adalah membazir dan amat merugukan rakyat dan negara.

    Apabila rejim pakatan dibentuk, pemimpin-pemimpin rejim pakatan mencipta pebagai alasan kartun untuk melakukan pelbagai u-turn supaya mereka boleh meneruskan program dan projek BN dengan memberi label baru kepada projek dan program BN.

    Sudah pasti semua program dan projek BN tersebut amat menguntungkan rejim pakatan. Maka kita melihat tiada perbezaan di antara BN dan rejim pakatan. Dua kali lima sahaja kerana DNA UMNO BN telah dibawa masuk ke dalam rejim pakatan melalui parti bunga dan parti mata iluminati!

    Maka rejim pakatan telah menjadi rejim lidah biawak kerana cakap tak serupa bikin dan semua janji pakatan telah dihumban ke laut dalam! Semua janji dalam manifesto pakatan hanyalah wayang opera pakatan sahaja.

    Yang menjadi mangsa ialah rakyat terutama sekali barua, penyokong dan pengundi pakatan yang hanya mampu menalan kahak sahaja di waktu pemimpin rejim pakatan dan kroni mereka hidup menikmati hasil kemenangan pakatan dalam PRU14!

    BalasPadam
  2. Nmpk sgt ph dpt kuasa mlalui fitnah yg bertubi2 pd pas dan bn. Mnjawab la esok di akhirat pemimpin2 islam ini

    BalasPadam
  3. Kalau tidak cacat tak payahlah tukar. Kalau nama BN tak ada dalam projek2 untuk rakyat tak perlulah tukar. Contohnya SPAD, tak ada perkataan Barisan di dalamnya, tak perlu tukar. PRIMA tidak ada perkataan Barisan didalamnya, tak perlu tukar. Kalau pertukaran nama akan melibatkan perbelanjaan besar yakni satu pembaziran. Lebih membazir apabila di masukkan perkataan Harapan dalam PRHM. Perkataan Harapan dalam projek kerajaan adalah meloyakan. Tak pasal2 kena beli ubat pening kat farmasi bila terbaca perkataan itu di papan-papan tanda (pembaziranx2).

    BalasPadam
  4. Biasalah PH dapat kuasa pon mlalui fitnah.. sudah tntu dia nk sediakan step utk fitnah advance. Esok2 blh kencing pengundi2 pertama mengatakan semua projek2 dan idea2 ni dtg dr PH. Especially bila dh kuatkuasakan umo 18 dh blh mngundi yg mn majoriti mls bc sejarah terutama melayu. Hny percaya bulat2 pd utube,fb dan tweet.

    BalasPadam