Memanipulasikan Hutang Negara Menjadi 1 Trilion
Telah viral sebuah 'kertaspelan' yang berada di atas meja Tun Mahathir yang bertajuk 'Manipulasi Hutang Negara, Siri 2'
Persoalannya, apakah agenda sebenar untuk memanipulasikan hutang negara?
Menurut pendapat saya, untuk mempengaruhi seseorang, kita perlu bermain dengan emosi mereka. Kalau ikutkan teknik bisnes, penjual juga kena pandai bermain emosi.
Sebagai contoh, penjual yang menjual ubat sakit lutut akan membuatkan kisah sedih untuk mempengaruhi anak membeli ubat sakit lutut bagi ibu bapa mereka.
Manakala dari segi kepimpinan Pakatan Harapan, tujuan utama Pakatan Harapan memanipulasikan jumlah hutang negara adalah untuk mempengaruhi emosi rakyat . Antaranya emosi yang cuba dipengaruhi ialah :
1. MARAH
Emosi marah dimainkan dengan Perdana Menteri mula menyebut, 'kemungkinan ada hutang yang tersembunyi dan berkemungkinan hutang negara mencecah 1 trilion '.
Setelah di "check", mereka mula menghebohkan bahawa mereka betul dan hutang negara adalah berjumlah 1 TRILION ringgit. Rakyat mula rasa tertipu dan menyangkakan BN telah menyorokkan jumlah hutang negara mulai marah pada pemimpin BN.
Walhal jika diikutkan, pengiraan hutang negara mereka adalah salah dan pengiraan yang itu tak diguna pakai oleh mana mana negara sekalipun. Jumlah sebenar hutang negara yang gunapakai sepatutnya adalah RM686.6 Billion (31 Disember 2017).
Emosi marah dimainkan lagi apabila pihak polis membuat serbuan dirumah pemimpin BN dan bekas Perdana Menteri . Serbuan tersebut menjumpai duit, dan barang berharga bernilai ratusan juta. Rakyat mula marah apabila mendapat tahu semua ini dan mengatakan BN korup.
2. TAKUT
Emosi yang dimainkan yang kedua adalah emosi takut. Emosi ini berjaya dicetuskan apabila mereka terpengaruh dengan hutang negara yang dikatakan 1 trilion ringgit.
Rakyat mula takut negara akan bangkrap, walhal menurut gabenor Bank Negara pada 12 Mei 2018, ekonomi negara masih kukuh.
Rakyat yang takut akan ekonomi negara yang tak stabil ini dan negara akan bangkrap ini sudah mula tak kisah tentang manifesto yang dibuat oleh PH ditunaikan atau tidak. Malah ada yang mencadangkan
"Takpelah. Teruskan GST untuk setahun bagi kurangkan hutang negara".
"takpe lah, jika PH tak mampu laksanakan semua manifesto lagi. Kami faham. Selesaikan hutang negara terlebih dahulu "
3. SEDIH
Emosi ketiga yang dimainkan adalah sedih. Emosi sedih adalah paling berjaya dimainkan dimana ada cerpen palsu yang diviralkan. Cerpen ini mengisahkan perbualan Lim Guan Eng dan Tun Mahathir yang risau akan hutang negara yang dikatakan 1 trilion, risau tak cukup duit untuk tunaikan manifesto untuk beri royalti 20% kepada Terengganu dan Kelantan .
Cerpen sedih ini telah viral dan dikongsi atau 'share' oleh puluhan ribu rakyat Malaysia. Rakyat percaya bahawa kisah ini adalah benar walhal ianya cuma dibuat buat.
4. PRIHATIN
Emosi yang terakhir yang dimainkan oleh Pakatan Harapan adalah prihatin. Pemimpin DAP mula menunjukkan mereka prihatin dengan keadaan hutang negara dengan memulakan sumbangan derma.
Selepas itu, Perdana Menteri pula yang mengumumkan bahawa tabung derma untuk membantu mengurangkan hutang negara dibuat.
Rakyat yang tertipu bahawa hutang negara di paras kritikal dan ekonomi negara tak stabil, turut tunjukkan keprihatinan mereka dengan menderma.
Kesimpulannya, Pakatan Harapan telah begitu berjaya mempengaruhi emosi rakyat dengan cuma memanipulasi hutang negara.
Kejayaan memainkan emosi rakyat ini digunakan sebaik mungkin oleh pemimpin Pakatan Harapan dimana Tun Mahathir dan juga Datuk Seri Wan Azizah mula mengajak ahli Barisan Nasional untuk menjadi menyertai dan mendaftar sebagai ahli Pakatan Harapan.
MUHAMMAD AL- FATIH II
31 MAY 2018
......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR
boleh sponsor world cup lagi. ini drama pecah panggung. aku fening
BalasPadambukan semua rakyat dpt menafaat. baik turunkan harga minyak.. ini hari kita tgk GST . SST naik 10%. awal awal dah pasang bubu kat hulu.
PadamYg paling menarik setelah kesemua drama di atas selesai dimainkan, lalu Tin Pek Khing pun dapat projek RM30billion di Langkawi..
PadamIsu hutang negara oleh PH merupakan usaha terancang untuk memungkiri janji- janji yg ditaburkan dlm Pru 14. Nampaknya inilah salah satu indikator yg menunjukkan PH hanya bertahan sepenggal saja. Harap Pas dan pembangkang lain tidak melepaskan peluang ini.
BalasPadamkepala penyamun n perompak dah ilang ... melayu sat saja dah lupa.. maklom laa dah dapat panggu besag...
BalasPadamBerhati hati lah wahai pemimpin. Jangan muflis di akhirat kelak. Tanggungjawab anda kepada orang ramai amt besar
BalasPadamAmar makruf wa nahi munkar mengajar kita menentang pemimpin-pemimpin pakatan yang menipu rakyat !
PadamDan berhati-hati juga memberi ulasan takut kita juga akan muflis diakhirat.
BalasPadamterimakasih tuan zaini atas peringatan
PadamManusia mudah lupa
BalasPadamBukan saja marhaen
Malah kini: LKS, LGE, Govind, Nat Pan dll juga BUAT BUAT lupa
LUPA "what that guy did few decades ego"!
Jangan percaya manusia yg tiada ROH ISLAM sampai bila2 apatah lagi kafir dan fasiq.
BalasPadamOrang yang beriman dan berilmu lebih utama dari orang yang hanya beriman. Karena orang yang beriman berdasarkan ilmu akan lebih tahan terhadap syubhat-syubhat dan melahirkan banyak kebaikan. Adapun yang beriman karena Taqlid akan mudah terkena syubhat dan pemikiran-pemikiran yang menyesatkan.
BalasPadamLih Taisir Al-Karim Ar-Rahman oleh syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di Hal. 890
Wah tahniah dan syabas kepada pengundi-pengundi pakatan di seluruh negara yang telah dikencing hancing oleh cybertrooper, pemimpim-pemimpin dan manifesto pakatan dalam PRU14.
1. Konon jika pakatan menang, GST akan dihapuskan. Hakikatnya GST tidak dihapuskan dan SST 10% pula dilaksanakan. 10% kadar cekik darah rakyat.
2. Konon jika pakatan menang, tol akan dihapuskan. Tol lebuhraya Utara-Selatan dan MRR2 masih lagi beroperasi seperti biasa.
3. Konon jika pakatan menang, bayaran PTPTN akan ditangguhkan sehingga orang yang berhutang mendapat gaji RM4000. Sekarang rakyat diwajibkan membayar PTPTN walaupun gaji RM1000 sebulan.
4. Konon jika pakatan menang, beban rakyat akan dikurangkan. Sebaliknya beban rakyat bertambah hari ini apabila harga barang-barang keperluan meningkat tinggi pada tahap gila babi.
5. Konon jika pakatan menang, harga minyak akan diturunkan. Hakikatnya kita masih lagi membayar harga minyak RM2.20 dan harga minyak petrol dibiarkan terapung menjaid minyak mahal. Akibatnya kos pengangkutan barang-barang dan penumpang menjadi lebih tinggi.
6. Konon jika pakatan menang, memang jelas rakyat kena kencing kaw kaw !
Bila pakatan dah menang, puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi sibuk mahu menghapuskan institusi agama Islam seperti JAKIM, jabatan agama Islam dll.
Puak munafik dan kafir harbi ini tidak pula mendesak kerajaan pakatan menghapuskan pusat maksiat yang bersepah di seluruh negara walaupun pemandu mabuk melanggar orang yang tidak bersalah, kaki botol menyiksa keluarga, kaki judi muflis, perempuan mabuk dikenduri beramai-ramai, kaki-kaki botol bergaduh sehinggakan menyebabkan kecederaan dan kematian, kaki judi muflis, kaki judi jual anak dan bini kerana kalah judi dll.
Kerajaan pakatan sembang lebat, habuk pun tarak. Inilah akibat rakyat bodo dan jahil mengundi pakatan biawak lidah bercabang.
Sesungguhnya pengundi-pengundi pakatan telah melakukan kezaliman dengan mengundi pakatan.
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
" Sesungguhnya selepasku ini akan adanya pera pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga." (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)
Sepatutnya kaum Melayu Islam mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14 supaya PAS boleh menubuhkan kerajaan persekutuan untuk melindungi agama Islam dan hak umat Islam dan rakyat dan melindungi negara ini dari penyamun, perompak dan pencuri.