Header Ads

ads header

Flash News

Mendepani Cabaran Malaysia di era Pakatan Harapan


Sepanjang sejarah Islam, umat Islam telah menyaksikan pelbagai bencana dan krisis. Ini termasuklah ancaman musuh-musuh Islam untuk melenyapkan kegemilangan Islam, mencemar keindahan Islam, menyesatkan umat Islam, melumpuhkan undang-undang Islam, dan melemahkan tentera Islam. Tidak kurang juga tindakan-tindakan musuh Islam yang menyelewengkan ajaran Islam dengan cara mentafsir ajaran Islam dengan cara yang salah. PAS juga tidak terlepas dengan ancaman penyelewengan ini dengan pelbagai pemikiran termasuk yang paling kini, habuan ghanimah.

Jelas bahawa ada gerakerja yang tertumpu ke arah memancing ahli PAS dengan pelbagai tawaran jawatan dan kewangan. Mereka tidak berusaha menarik ahli UMNO ataupun parti lain bagi menyertai gerakan mereka. Koordinator mereka merapati ahli-ahli PAS dipelbagai peringkat dan cuba mempengaruhi mereka untuk bersama mereka. Mereka mencanangkan bahtera baru bagi menggantikan bahtera lama.

Namun, ingin saya jelaskan di sini bahawa perjuangan PAS adalah perjuangan Islam. Gagasan ini menjadikan Islam sebagai satu-satunya rujukan. Gagasan ini hanya akan menerima Islam sebagai pemimpin dan tidak akan tunduk kepada mana-mana hukum, selaras dengan firman Allah s.w.t:
"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." (Surah Ali-Imran, 85)

Berdasarkan gagasan perjuangan inilah, iman Ahli PAS yang sebenar tidak boleh dipertikai dan disangsi. Aqidah mereka kukuh seperti gunung kerana mereka mengimani bahawa hanya ada satu gagasan yang dapat menyelamatkan dunia yang sedang sengsara ini. Ahli PAS mengimani bahawa Islam merangkumi aqidah dan ibadah, kenegaraan dan kewarganegaraan, akhlak dan material, budaya dan undang-undang serta keharmonian dan kekuatan. Dan setiap masalah di Malaysia mampu diselesaikan oleh Islam tanpa berpaksi kepada ajaran lain.

Namun, tidak dinafikan bahawa PAS juga tidak sempurna. PAS dan ahlinya tidak terlepas dari memuhasabah diri sentiasa dan berusaha memperbaiki yang lemah dan memperkasakan kekuatan. Rebranding dan penyampaian yang lebih kreatif diperlukan serta diiringi pendekatan yang baik. Pandangan orang-orang bukan Islam yang sangat negatif terhadap PAS dan Islam secara umumnya juga perlu dibaiki dan perlu mendapat perhatian yang tinggi.

Mengambil kira hal itu, Ahli PAS perlu terus mempersiapkan diri dengan keimanan yang tidak mudah goyah, usaha yang tidak henti, keyakinan kepada Allah yang tidak berbelah bahagi sehinggalah kami bertemu Allah s.w.t. sebagai syahid di jalanNya.

Kepada Allah kami mohon pertolongan dan kepadaNya sahaja kami berserah dan Dialah sebaik-baik pelindung. Wallahu a’lam

Mohd Prasad bin Hanif
Ahli
Parti Islam SeMalaysia

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

2 ulasan:

  1. aku percaya dan yakin selagi PAS di bawah pimpinan ulamak dan DASAR Al-qur’an, hadis, ijma’, dan qiyas. sebagai sumber rujukan , PAS AKAN UTUH mempunyai pengikut setia untuk memartabat ISLAM.tiada JEBON aka api dalam sekam moga PAS TERUS MAJU

    BalasPadam
  2. When in Rome do as the Romans do, yakni kalau pergi pantai pakailah 'bikini' bukan burqani

    Sepatutnya kalau berfikiran terbuka, "when in Dubai do as the Arabs do". yakni pakailah burqani dan buka bikini

    Itu tidak berlaku di Dubai. Yang berlaku ialah "when in Dubai, do as Romans do" masih jadi amalan harian.

    Ia jadi sebegitu kerana kefanatikan terhadap Roman meliputi seluruh kehidupan, sementara lain2 cara kehidupan dianggap tidak sesuai.

    Sampai tahap ini, jalan pulang sudah semestinya semakin kelam.

    BalasPadam