Header Ads

ads header

Flash News

Zam dan Johan dulu semasa di UM pun sangat rasis


Saya terbaca dua bekas editor Utusan Malaysia hari ini menyatakan rasa kesal bahawa akhbar yang pernah mereka pimpin masih terperangkap dalam "kepompong sempit dan penuh dengan prasangka".

Dalam satu kenyataan keras hari ini, Tan Sri Zainuddin Maidin dan Tan Sri Johan Jaaffar berkata akhbar itu menampakkan pendirian rasis dengan memainkan sentimen perkauman yang berbahaya untuk sebuah negara pelabagai kaum seperti Malaysia.

Memetik isu terkini mengenai pelantikan Peguam Negara yang baru, mereka mengatakan adalah tidak dapat diterima apabila Utusan Malaysia bermain api dengan cuba menyemarakkan sentimen kebencian dan keresahan orang Melayu dan orang Islam terhadap pelantikan seorang bukan Melayu dan bukan Islam ke jawatan itu.

Cara Utusan Malaysia, menurut mereka, memberikan gambaran seolah-olah agama Islam dan kepentingan Melayu akan terjejas dengan pelantikan peguam kanan Tommy Thomas.

Zainuddin dan Johan menegaskan bahawa prinsip pelantikan sepatutnya adalah 'integriti di atas segala-galanya- tanpa mengira kaum dan agama.'

"Kami bersyukur satu lagi kemungkinan krisis dapat dielakkan apabila Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Zam dan Johon sepatutnya membaca semula tulisan-tulisan mereka di akhbar Utusan Malaysia, supaya dia sedar bahawa yang paling 'rasis' dalam Utusan sebelum ini adalah mereka berdua.

Malaysia Baharu sekarang ini adalah Malaysia yang pelik. Yang banyak cakap tentang rasis dulu 'kepala rasis'. Yang menyelongkar harta perompak pula adalah 'Ketua Penyamum' yang menyimpan banyak lagi harta rakyat.

ABBAS MOHD NOOR

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

6 ulasan:

  1. Dua mamat ni bukan sahaja rasis malah sangat sinikal terhadap dasar islamisasi PAS tapi malangnya ulama PAS tidak diberi ruang yang adil bagi menjawab tuduhan serta fitnah. Rakyat mengelar suratkhabar mereka sebagai utusex atau utusan meloya terutamanya majalah Mangga kerana dalam akhbar ini dipenuhi editor yang cacat otak dalam memahami Islam

    BalasPadam
  2. Ibarat Kambing Pencen yang melata dalam padang rumput Mati Hidup Semula, masih merasakan diri itu cukup berguna untuk jadi bapa ketam mengajar anak berjalan lurus.

    BalasPadam
  3. passing msg ni kat depa ... laa ni buleh isi borang online...

    BalasPadam
  4. biarkan mereka berbicara songsang, pemikir 2020 sat lagi depa kata Apa pulak

    BalasPadam
  5. lalat macam tu lah..dia tak hinggap kat madu..dia suka kerumun muntah...puiiii

    BalasPadam
  6. lalat macam tu lah..dia tak hinggap kat madu..dia suka kerumun muntah...puiiii

    BalasPadam