Header Ads

ads header

Flash News

RM5.6 Bilion ‘Hangus’ Di Bursa Sebulan PH Berkuasa!


PANIK… Pelabur asing bertindak menjual dana ekuiti berjumlah RM5.6 bilion daripada Bursa Malaysia sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran Putrajaya pada 9 Mei lalu.

Ia sekali gus menjadikan Mei sebagai bulan paling tinggi mencatatkan aliran keluar setakat tahun ini dan turut menggambarkan ketidakyakinan ramai pelabur antarabangsa terhadap prospek kerajaan baharu yang dibentuk.

Menurut laporan firma tempatan, MIDF Research, pelabur luar negara dikesan menjual ekuiti negara ini secara berterusan bagi minggu kelima berturut-turut iaitu tempoh jualan dana yang paling lama direkodkan setakat ini.

“Pada minggu lepas sahaja, penjualan ekuiti negara oleh pelabur asing di kaunter Bursa Malaysia berjumlah RM1.27 bilion berbanding rekod hanya sebanyak RM892.4 juta yang dilupuskan mereka pada minggu sebelumnya.

“Dengan jualan asing pada setiap hari dalam seminggu, jualan ekuiti kini sudah 19 hari berturut-turut. Tempoh paling lama adalah 21 hari iaitu pada Mei hingga Jun 2015,” katanya dalam nota penyelidikan di ibu negara hari ini.

Jualan bersih ekuiti Malaysia pada Isnin lalu ujar MIDF Research, sudah pun berjumlah RM216.5 juta, iaitu satu paras pengeluaran dana asing dari negara ini yang disifatkan sebagai masih lagi normal buat masa sekarang.

Namun, aliran keluar RM609.2 juta pada Rabu minggu lalu adalah tertinggi sejak 15 Mei ekoran pembatalan projek mega Transit Aliran Massa 3 (MRT3) Lembah Klang dan Tren Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

MIDF Research mengakui bahawa penjualan ekuiti berskala besar itu sebenarnya kebetulan seiring dengan trend di negara Asia lain seperti Korea Selatan, Filipina dan Taiwan ekoran pergolakan politik serius di Itali dan Sepanyol.

Pada Rabu lepas, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI atau indeks FBM susut sebanyak 56.56 mata atau 3.18 peratus untuk ditutup kepada 1,719.28 mata, paras paling buruk yang dicatatkan sejak tahun 2008.

Kebanyakan penganalisis ekonomi menyifatkan situasi kejatuhan itu pada dasarnya adalah normal. Menjelang September, mereka mengunjurkan akan ada lantunan semula secara beransur-ansur dalam pasaran tempatan.

Ia ekoran keyakinan ramai pelabur dijangka kembali semula ke negara ini sebaik sahaja jemaah Kabinet baharu PH menggariskan dasar-dasar pentadbirannya terutama kedudukan ekonomi semasa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

7 ulasan:

  1. Kalau bn menang aritu..buraa jatun mcm ni..mati nk jawab bertalu2 kena..di macai2 uneducated

    BalasPadam
  2. Bila perkataan bankrobe di sebut berulang ulang kali, bukan saja pak mat dan mak mah akan percaya, akhirnya Pak Haidar, Pak Honda dan Pak Harahap pun akan percaya. And the question is who will pay the price. Pak Harahap atau akan ada satu lagi kantung? Wakakaka

    BalasPadam
  3. Habislah saham-saham kita kerana rejim pakatan tidak pandai memerintah negara.

    BalasPadam
  4. Nak kejar 4 bilion di luar negara, 6 bilion kat dalam negara tercicir. Cerdik sesangatnya.

    BalasPadam
  5. Kalau 12 bulan, 12 x 5 billion = 60 bilion! Whoa! Dah boleh tampung kos ECRL.

    BalasPadam
  6. Teman ada beli beribu unit saham satu syarikat...Zaman Pemerintahan lama tu ada juga bertahan RM 1.70 ke RM 1.90...Masuk zaman Pemerintahan era baru yang Bersih lagi Bijak dan berwibawa (kononnya)...dok main RM 1.50 dan tak lebih RM 1.55...Beli udah lah berhutang...nak jual rugi amat...

    BalasPadam
  7. Sememangnya ketidak tentuan pasaran saham sudah dijangkan apabila kerajaan baru memerintah Malaysia. Samada pasaran saham akan kembali pulih atau tidak semuanya bergantung kepada prestasi kerajaan baru ini yang memerintah. Saya tetap yakin kerajaan sedaya upaya tidak akan biarkan pasaran saham terus jatuh, walau apa pun ramalan pasaran saham akan datang, semuanya bergantung kepada prestasi kerajaan baru akan datang ini.

    BalasPadam