Header Ads

ads header

Flash News

PAS terima pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara


PETALING JAYA: PAS hari ini menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu turut mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Tommy dan berharap beliau akan sentiasa bertindak secara berperlembagaan, memelihara kedaulatan undang-undang dan saksama serta adil.

“Dengan mengambil kira segala aspek sejarah dan niat pembuat sesuatu undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawabnya terutama berkaitan dengan undang yang melibatkan rakyat beragama Islam serta institusi yang berkaitan dengannya,” katanya menerusi satu kenyataan.

Takiyuddin menambah, parti itu bersedia memberikan kerjasama dalam segala perkara yang baik, bertindak sebagai pembangkang yang konstruktif dan berperanan sebagai semak dan imbang.

“Dengan memberikan pandangan, cadangan serta membuat pendirian dalam perkara yang menyentuh kepentingan umum sama ada bagi umat Islam mahupun lainnya.”

Awal pagi tadi, Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Sultan Muhammad V menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

1 ulasan:

  1. takniah PAS Budaya Politik Matang & Sejahtera
    Penyelesaian Kemelut Politik Negara . untuk melihat kestabilan politik umum dan mendokong instituisi raja.

    BalasPadam