Header Ads

ads header

Flash News

Najib Menang Tanpa Bertanding ketua Bahagian Pekan


KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara 74 Ketua Bahagian yang diumum menang tanpa bertanding pada Pemilihan Umno Bahagian kali ini.

Najib yang juga bekas Perdana Menteri dan anggota Parlimen Pekan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Pekan tanpa pencabar.

Selain Najib, Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seorang lagi Naib Presiden, Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menang tanpa bertanding masing-masing di Bahagian Bagan Datuk dan Sembrong.

Beberapa lagi 'heavy weight' pemimpin Umno turut menang tanpa bertanding di bahagian masing-masing antaranya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Putrajaya, Datuk Seri Azalina Othman (Pengerang), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis) dan Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang).

Selain itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Jeli, Datuk Seri Ismail Sabri (Bera), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap), Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) dan Datuk Bung Moktar (Kinabatangan).

Keputusan diumumkan malam ini oleh Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh yang turut menang tanpa bertanding di Bahagian Masjid Tanah.

Pemilihan Umno bahagian akan berlangsung 30 Jun ini, manakala pemilihan Sayap Umno di peringkat bahagian dan pusat berlangsung hari ini selepas mesyuarat perwakilan di kesemua 191 bahagian diadakan serentak bermula 9 pagi semalam.

Mengenai pemilihan sayap Umno peringkat pusat, Ab Rauf berkata setakat 9 malam tadi sebanyak 35 peratus undian dari kesemua bahagian telah diterima ibu pejabat Umno dan beliau menjangkakan sekurang-kurangnya jumlah itu mencecah 60 peratus pada tengah malam tadi.

- Bernama


MR : UMNO ini jenama yang rosak. Najib juga sama, mampukah Najib kembali memimpin UMNO?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Takde harapan la umno nak pulih masih lg org sama..papagomo pun menang..umno mmg taknak berubah & akan terus kalah pru15 ni..camna la melayu & islam nk bersatu klu kumpulan ni masih ada lg
    ..konfem pas x nk bersatu sbb umno tak pro islam

    BalasPadam
  2. Bagus jugak klu umno tak nak berubah. Biar terkubur terus. Sbb politiknya style sama which is mengharapkan leader wajib orang yang 'beruang' dn kaya...

    BalasPadam