Header Ads

ads header

Flash News

Najib pulang dengan MAS ke KL dan kini tahu makna “delay”


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota keluarga pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) petang ini.

Ketua UMNO Bahagian Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata Najib sekeluarga berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 3.30 petang.

Delay sikit dari jam 3,” katanya ringkas melalui pesanan aplikasi WhatsApp kepada Bernama.
Nawawi berkata beliau bersama anggota jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Langkawi yang lain turut serta menghantar Najib dan keluarga berlepas pulang.

Bekas perdana menteri itu tiba di lapangan terbang itu lebih kurang 8 malam, Sabtu lepas (16 Jun) untuk bercuti di pulau berkenaan.

Ketibaan Najib sekeluarga itu tular di media sosial dengan dakwaan kononnya mereka ingin melarikan diri ke negara mentua anak perempuannya di Almaty, Kazakhstan setelah mereka dilihat membawa 30 beg.

Najib yang kini dalam siasatan pihak berkuasa berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beberapa kes berkaitan dilarang ke luar negara.

- Bernama


MR : Sepatutnya Najib guna jet peribadi macam Mahathir.. Mahathir kata dia tak kaya tapi setiap hari semasa kempen guna jet peribadi.. itu cara betul kalau "makan" jangan makan banyak nanti orang tahu.. tak belajar dengan Mahathir cara nak "makan" 22 tahun rompak pun orang kata baik...

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Test, cuba dan try sabotaj penerbangan di ambang penamaan calon adalah satu yang serius. Apa perkembangannya? Dah tutup ker atau masih terbuka?



    BalasPadam