Header Ads

ads header

Flash News

Perbentangan RUU 355 mungkin ditangguhkan oleh kerajaan PH


Mengikut sumber Kerajaan baharu Pakatan Harapan akan menangguhkan  perbahasan bagi Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355 yang tergantung ekoran  pembubaran Parlimen lalu bagi memberi laluan kepada PRU-14.

PAS sebelum ini membawa usul ini ke Parlimen secara konsisten untuk memperkasakan bidang mahkamah syariah di negara ini.

Pas juga pernah menangguhkannya kerana pada masa itu ada keperluan untuk membetulkan hukuman yang dilaksanakan di mahkamah berkenaan memandangkan terdapat perkara tidak menepati kehendak syariah yang perlu diperkemaskan untuk perbahasan.

Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS berkata di Kota Bahru hari ini, kerajaan di bawah Tun Mahathir Mohamad sekarang ini perlu melihat perkara tersebut secara serius demi kepentingan umat Islam di Malaysia.



Tuan Ibrahim juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berharap agar usaha dilakukan Pas itu dapat diteruskan kepada perbahasan dan seterusnya proses undian di Parlimen.

“Kita serah kepada kerajaan baharu dan mengharapkan semua wakil rakyat kita akan sokonglah nanti,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wartawan apabila ada ura-ura bahawa usul ini akan ditangguhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

6 ulasan:

  1. Yakinlah, speaker wanita pertama abad ini akan bersikap terbuka untuk membenarkan perbahasan yang dinanti2kan oleh para audiens.

    Cumanya, sekarang dah ada kuasa kuda, harap Mat Pan tidak bertolak balik atau menyorok dalam kain Hanna

    Hehehe

    BalasPadam
  2. mat pan akan kata..kita islam yg tolerance antara satu sama lain..perpaduan nasional agenda utama..
    hahahaha
    belum kira fatwa dr murshidul am pan kata...
    tp apa2 pun,bila abang long besar kata, dok leh lawan ah..terkucil habih...

    BalasPadam
  3. Kalau mereka menolak untuk dibentangkan, maka menjawab lah kamu di mahkamah akhirat nanti.

    BalasPadam
  4. Jika kepala bapak evangelis dari parti kafir harbi roket menjadi speaker parlimen, dia boleh menolak semua agenda Islam dan umat Islam di parlimen.

    Bukankah sebelum ini dia pernah menjadi speaker DUN? Bukankah dia yang mahu negara ini diperintah ikut agama Kristian menerusi bukunya?

    Bukankah penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen? Bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian dan sebagainya?

    Antara orang Melayu yang mengundi pakatan dan kepala bapak evangelis tersebut, siapa cerdik dan siapa bodoh?

    BalasPadam
  5. Apa saja utk kepentingan dan kedaulatan islam, semua org islam wajib menyokongnya.. Tak dak alasan utk kata tidak.. Kamu sokong pun akan ditanya, kamu bangkang pun akan ditanya..
    Wa'Allahualam..

    BalasPadam
  6. ruu355 elok tanggoh.. tanya peguam negara dulu..

    BalasPadam