KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan
pertemuan dengan wakil DRB-Hicom dan Kumpulan Geely di pejabatnya dekat
sini Jumaat lalu.
Menurut posting di laman sosial rasmi beliau, pertemuan tersebut
adalah untuk membincangkan hala tuju Proton yang mana 50.1 peratus
kepentingannya dimiliki oleh konglomerat tempatan, DRB-Hicom manakala
baki 49.9 peratus lagi dimiliki syarikat China, Kumpulan Geely.
Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan wakil
DRB-Hicom dan Kumpulan Geely di pejabatnya pada Jumaat lalu.
Dr. Mahathir juga diberi peluang memandu sendiri model terbaharu
Proton selepas pengambilan alih tersebut yang juga merupakan model SUV
pertama syarikat berkenaan.
Model tersebut masih belum dilancarkan.
Proton adalah ilham Dr. Mahathir semasa menjawat jawatan perdana
menteri keempat dan ia projek kereta nasional pertama Malaysia yang
telah menghasilkan pelbagai model dan berada di bawah pemilikan kerajaan
sebelum dijual kepada DRB-Hicom milik tokoh korporat, Tan Sri Syed
Mokhtar Albukhary pada 2012.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menguji pandu Proton SUV yang masih belum dilancarkan.
Dalam urusniaga tersebut, DRB-Hicom telah mengambil alih 42.7 peratus
kepentingan Proton daripada sayap pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional
Bhd. pada harga RM5.50 sesaham dan dalam masa yang sama melancarkan
tawaran pengambilan alih kesemua baki saham syarikat tersebut menjadikan
nilai keseluruhan Proton adalah RM3.02 bilion.
Proton kemudiannya dinyahsenarai dari Bursa Malaysia dan dalam masa
sama rakan kongsi strategik dicari bagi memulihkan semula kedudukan
kewangan syarikat tersebut.
Pada Mei tahun lepas pencarian rakan kongsi asing syarikat kereta
nasional itu berakhir apabila memilih Geely yang juga pemilik Volvo Car
Corporation dan The London Taxi Company dengan melupuskan sejumlah 547
juta saham atau 49.9 peratus kepentingan kepada syarikat China itu pada
harga RM460.3 juta. – MalaysiaGazette
MR :Nampaknya makin hilang marah kepada pelabur China....
Dulu tak nampak peluang. Sekarang dah nampak peluang. Peluang untuk terus berbakti pada kroni satu yang murni. 2018-1984 = 34. 34 tahun belom cukup lama. Kena tambah lagi 34 tahun baru cukup. Heh heh heh
Apa-apa yang tersiar didalam blog ini adalah pendapat penulis/pengirim dan tidak semestinya mewakili pandangan dan pemdapat kami pengendali blog ini.Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa tulisan dan komen penulisa/pembaca. Semuanya adalah pandangan peribadi penulis/pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami pengendali blog ini.
Dulu tak nampak peluang. Sekarang dah nampak peluang. Peluang untuk terus berbakti pada kroni satu yang murni. 2018-1984 = 34. 34 tahun belom cukup lama. Kena tambah lagi 34 tahun baru cukup. Heh heh heh
BalasPadamDalam keadaan itu, bolehkah
BalasPadamproton x50 malaysia dibebaskan?