Header Ads

ads header

Flash News

Sila Hantar Pemimpin DAP Ke Kelas Bahasa Melayu


AHLI Seumur Hidup DAP, Amran Ahmad Nor mengesa pemimpin-pemimpin DAP menguasai Bahasa Melayu terlebih dahulu daripada bersikap rasis cuba mengangkat Bahasa Mandarin.

“Daripada sibuk mempertahankan bahasa Mandarin dalam kenyataan kementeriannya, lebih baik Lim Guan Eng hantar pemimpin-pemimpin DAP ke kelas bahasa Melayu.

“Ini penting bagi membolehkan mereka berdebat secara berkualiti sama ada di Dewan Rakyat atau mana-mana DUN,” katanya dalam satu kenyataan.

Amran yang juga bekas Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP memberitahu, mereka yang dilantik oleh rakyat diberi kepercayaan untuk membawa mesej rakyat ke parlimen. Namun, adalah sukar sekiranya mereka tidak dapat menguasai bahasa Melayu.

“Isunya di sini, bagaimana nak bawa mesej rakyat kalau tak mampu berbahasa kebangsaan sedangkan peraturan dewan mahu hanya bahasa Melayu digunakan ketika perbahasan atau sebarang aktiviti.

“Atau DAP mungkin boleh membawa usul di Dewan Rakyat atau DUN agar membenarkan wakil rakyat DAP untuk berbahas atau berhujah menggunakan bahasa Mandarin atau bahasa ibunda masing-masing,” ujarnya lagi.

Tambah Amran, ramai di kalangan pemimpin dan ahli DAP yang ditemui gagal bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu berdasarkan pengalaman beliau ketika di ibu pejabat DAP.

Amran yakin, rakyat mahu para pemimpin DAP bertutur dalam bahasa Melayu walaupun kebanyakan pengundi DAP dan ahli mereka adalah Cina.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan rasmi kerajaan dalam bahasa Mandarin dengan alasan penggunaan bahasa berkenaan melambangkan pengiktirafan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap aspek kepelbagaian bahasa dan globalisasi.

Pun begitu, tindakan Guan Eng tersebut telah mencetuskan kritikan pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dan menganggap pemimpin DAP itu sengaja mahu menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. – MYNEWSHUB.CC




MR : Seperti yang saya sebut sebelum ini Bangla datang ke Malaysia tak sampai 2 bulan dah tahu berbahasa Melayu. Masyarakat Cina ada sentimen untuk menolak bahasa Melayu...


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. TIDAK SETUJU! Humban semua ahli dapigs ke telaga buta.

    BalasPadam
  2. Nak buat kenyataan dalam bahasa Mandarin boleh....
    Nanti kita orang Melayu mula tulis dalam tulisan jawi baru padan muka kamu. Nanti ada yang tulis dalam bahasa Arab atas alasan nak berkomunikasi dengan PetroSaudi. Baru padan muka kamu....

    BalasPadam
  3. jangan salah faham test market kalau tak ada objection teruskan ini namanya terlalu gopoh tak tahu apa lagi agenda yg nak buat

    BalasPadam