Header Ads

ads header

Flash News

Polemik Hutang Negara : Realiti Atau Manipulasi?


Pasca PRU 14, pelbagai isu telah timbul terutamanya berkenaan ‘Hutang Negara’. Ramai rakyat Malaysia terkejut dengan pendedahan hutang negara sebanyak 1 Trillion oleh Menteri Kewangan Malaysia baru-baru ini. Pelbagai persepsi telah dilontarkan kepada kerajaan sebelum ini dengan dakwaan menyembunyikan angka sebenar hutang negara. Hakikatnya, hutang negara sentiasa dinyatakan dalam laporan kewangan negara sebelum ini.

Rentetan pengumuman 1 Trillion, imej negara jatuh dan menimbulkan keresahan dalam kalangan pelabur-pelabur asing sehingga menyebabkan mereka lari dek ketidakpercayaan terhadap kestabilan ekonomi negara Malaysia. Kesannya, ekonomi negara merudum. Oleh itu, Menteri Kewangan Malaysia membuat sidang media bagi menjelaskan balik keadaan semasa ekonomi negara dan menyatakan bahawa hutang negara bukan 1 Trillion tetapi 686 Billion.

Hutang negara kita sebenarnya 686 Billion dan bukannya 1 Trillion, kira-kira 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Perkiraan 686 Billion merupakan perkiraan piawaian (standard) yang digunakan oleh semua kerajaan di dalam dunia. Perlu diketahui bahawa rizab negara berjumlah USD 101.5 Billion dan antara yang tertinggi di dunia. Agensi kewangan antarabangsa seperti Moody’s, S&P dan Fitch memberikan rating tertinggi bagi Malaysia dan mereka menyatakan bahawa ekonomi Malaysia stabil (bukannya kritikal sebagaimana yang digembar-gemburkan).

Sebuah kerajaan bukanlah matlamatnya untuk mencapai hutang sifar seperti isi rumah. Ini kerana terdapat hutang negara yang merupakan aset kerajaan swasta. Apabila menjadikan hutang negara sifar, ia bermaksud agensi-agensi dan syarikat swasta di Malaysia tidak mempunyai cashflow. Ianya memberikan gambaran seolah-olah kewangan negara sangat teruk dan tiada aktiviti ekonomi berlaku dalam negara di mana tiada rakyat Malaysia yang menyimpan dalam bank, KWSP dan sebagainya.

Terdapat lebih 79 buah negara yang mempunyai kadar hutang lebih tinggi daripada Malaysia antaranya Jepun (234.7 %), Portugal (126.2 %), Singapura (110.5 %) dan banyak lagi. Peliknya mereka tak ada pun buat ‘Tabung Derma’ untuk langsaikan hutang negara sebagaimana Malaysia (50.8 %).

Tindakan menderma wang kepada negara dan kerajaan merupakan sifat patriotik. Ia boleh disamakan dengan sikap rakyat Korea Selatan yang meminjamkan wang dan barang kemas kepada kerajaan mereka ketika krisis kewangan 1997 dahulu. Tetapi malangnya, situasi tersebut tidak sama dengan Malaysia sekarang apabila bentuk hutang yang diperkatakan turut berbeza.

Malaysia tidak terikat pada hutang dengan agensi kewangan asing seperti IMF. Sebaliknya kebanyakan hutang negara kita dalam bentuk bon dan setiap bon terdapat tempoh matang untuk dilunaskan bayarannya. Kaedah untuk membayar bon terdapat banyak cara yang lebih ideal berbanding mewujudkan Tabung Harapan. Sebagai contoh, kerajaan boleh sahaja menerbitkan bon yang lain semata-mata mahu membayar bon yang sudah tamat tempoh. Hanya perlu membayar faedah sahaja.

Rakyat perlu celik berkenaan ekonomi negara. Rakyat yang sayangkan negara mereka perlu bayar hutang PTPTN (contigent liability) aka hutang jaminan kerajaan adalah sebahagian dari 1.08 Trillion. Manifesto PH untuk menghapuskan PTPTN seusai memerintah merupakan satu tindakan ‘populisme’ semata-mata untuk meraih undi dalam keadaan tidak mampu untuk laksanakan pada alam realiti.

Polemik hutang negara ini telah menyebabkan banyak manifesto yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH) tidak dapat dilaksanakan. Maklumlah ekonomi negara dalam keadaan darurat kononnya sehingga terpaksa wujudkan 'Tabung Derma'. Masakan rakyat tergamak untuk menuntut pelbagai manifesto atau janji manis mereka sebelum ini.

SOALAN: 
Adakah polemik hutang negara merupakan satu realiti atau sekadar untuk memanipulasi rakyat supaya tidak lagi bersuara bagi menuntut manifesto-manifesto yang dijanjikan oleh PH sebelum PRU 14?

Faris Mahfuz

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

1 ulasan:

  1. mmg itulah...dah siap skrip kan..Manipulasi hutang negara part 2....issshh..tah faham lg k...so Ssapa yng konon2 nya menderma tu..kesian .kau orang ingat hutang negara mcm hutang abah kau..hutang omak kau..dah baca fakta pasal soal jawab hutang negara kat bawah tu..baca lah oii..buka minda tu jgn jadi jumud jadi bodoh di bodoh bodohkan dgn PH laknatullah
    mcm ni senang cerita jika negara tak berhutang maksudnya..rakyat Malaysia zombie...tiada urus niaga..hahaha..takutnya Malaysia diduduki hantu...
    so lain kali baca.. dgar penjelasan..kan dah kena kencing..sbenarnya mereka2 tu nak menyonglap duit yng ada..
    alahai mcm tak biasa pulak...RCI Forex..32 billion...hilang.. mana pegi..wajtu siapa perintah hilang....ni semua wayang lah..maklumlah
    kroni didahulukan...janji dicapati...kan...

    BalasPadam