Header Ads

ads header

Flash News

Rafidah pun kini tak nak ketuanan Melayu


Selepas 61 tahun ketuanan Melayu, bekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengajukan bahawa sudah tiba masanya konsep itu digantikan dengan konsep yang lebih terangkum iaitu 'ketuanan Malaysia'.

Ketuanan Melayu merupakan kontrak sosial dengan orang Melayu sebagai tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia), sementara bangsa lain dianggap terhutang budi kepada orang Melayu yang menerima mereka sebagai warganegara.

Peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan.

Jelas Rafidah, sudah sampai masanya 'merehatkan' konsep itu yang digunakan sejak perjuangan kemerdekaan daripada kolonial British.

"Ia sudah tidak sesuai digunakan dalam masyarakat kini.

"Kini, konsep yang lebih sesuai adalah ketuanan Malaysia... negara ini mesti didahulukan.

"Kenapa kita mahu bersaing sesama kita? Kita sepatutnya bersaing dengan yang terhebat di rantau ini, yang terbaik di dunia. Janganlah lagakan antara warisan Melayu dengan warisan Cina. Kita rakyat Malaysia.

"Kita mahu negara ini menjadi tuan di rantau ini," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini baru-baru ini.

Tambah Rafidah lagi, golongan muda negara ini juga perlu memainkan peranan dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.

"Golongan muda, terutamanya, perlu berbangga menjadi rakyat Malaysia.

"Jika mereka mahu menjadi golongan malas dan tidak berdaya saing, bererti mereka tidak berbangga menjadi rakyat Malaysia," katanya.

Konsep ketuanan Melayu sering digunakan oleh parti seperti Umno dan NGO seperti PERKASA, selain gerakan sosial seperti Gerakan Baju Merah.

Jelas Rafidah, tidak bergaul dengan bangsa lain merupakan antara sebab ramai tidak dapat menghayati kehidupan pelbagai kaum sebagai rakyat Malaysia.

"Mungkin di kawasan tertentu di mana tidak ramai yang bergaul dengan bangsa lain, mereka tidak faham bagaimana ertinya jadi rakyat Malaysia," katanya.

Namun, tambah Rafidah lagi, dengan negara yang semakin berkembang, kejiranan menjadi lebih majmuk dan semakin ramai yang bersetuju dengan ketuanan Malaysia.

"Ramai orang Melayu yang rasa seperti saya.

"Kerana bagi mereka, mereka sudah berkawan dengan bangsa lain sejak darjah satu," katanya.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

12 ulasan:

  1. Ye sila tegur kaum cina dulu untuk tutup sekolah cina dan cuba menghayati tanah melayu tempat tinggal mereka seperti di Indonesia mereka juga menamakan anak anak dengan nama indonesia seperti pemain badminton terkenal rudi hartono yang berbangsa cina.Cuma cina malaysia nak kekalkan identiti dan budaya cinanya tapi ingin dipanggil bangsa Malaysia.Bahasa melayu pun masih tak fasih.

    BalasPadam
  2. Nekcik Rafidah ni tak nak ulas berkaitan sekolah cina dan tamil ka yg lebih merenggangkan penyatuan rakyat Malaysia....cuba sebut negara mana yg membenarkan sekolah2 seperti ini??

    BalasPadam
  3. Pandangan sebegini akan jadi lebih bermakna dan tidak hipokrit kalau di suarakan oleh pihak yang tidak bernah merasai nikmat konsep ketuanan itu secara langsung tetapi bukannya oleh insan yang sudah puas dengannya ke tahap meloyakan yakni susulan pemerkakasan konsep itu di luar konteks selama berpuluh2 tahun.

    BalasPadam
  4. Nenek rafidah dah kena rasuk.. mak lampir k...yng sorang rumah Pprt boleh warga asing duduk..yng sorang tak kisah kalau Malay sia ni di tadbir oleh orang Malaysia tak kira apa bangsa...
    osssh...ni dah nak jadi Singapore ni...nak jadi republik ke...
    oiii nenek pidah.. kau ni dah nyanyuk ke dgn majlis tua bangka tu...ingatlah...kita orang boleh terima if orang tu...mcm...Ridhuan Thee ke..Arul Kanda ke..maksudnya..mesti Islam...but not mcm...Lim Gone End...Rampal Sing..ok...

    BalasPadam
  5. Pidah menjadi kaya raya semasa menjadi pemimpin dalam parti ketuanan Melayu. Sekarang dia sudah lupa jasa parti ketuanan Melayu? Kacang lupakan kulit!

    BalasPadam
  6. Dia dah kenyang dengan dasar ketuanan melayu. Sekarang lapar ketuanan baru pula.

    BalasPadam
  7. ucapan org yg tak menghayati islam dan tak ingat dia pun akan mati juga..dunia dunia dunia tu lah yg ada dlm otak dia

    BalasPadam
  8. Sampai senja mcm belum dapat hidayah... Kesihan dia...

    BalasPadam
  9. Kita masih ingat lagi tentang seorang pemimpin wanita parti keris telanjang yang telah menyapu bersih kuota saham untuk bumiputera. Wah sekarang dia berkokok seperti ayam jantan tetapi ekor penuh dengan tahi !

    BalasPadam
  10. Betul la tu apa ada pada bangsa...
    Yang buat bangsa itu mulia adalah ISLAM, kalau taikun2 terkayapun tp bukan Islam dia tetap "Nothing"... cuma konsep rafidah ni x ikut acuan yg sebenar... sekular dari dlm perut

    BalasPadam
  11. Rafidah ni dia ikut kandang. Kandang mana yg ada kuasa disitulah prinsip hidupnya terbentuk

    BalasPadam