Header Ads

ads header

Flash News

Sampai ke Jepun propaganda hutang negara tinggi dijaja


Yang paling melucukan, Mahathir mohon pinjaman daripada Kerajaan Jepun dalam matawang Yen untuk mengurangkan hutang sedia ada.

98% daripada RM705 bilion hutang Kerajaan adalah dalam matawang tempatan iaitu Ringgit. Hanya 2% atau RM15.8 bilion dalam matawang asing. Daripada RM15.8 billion hutang dalam matawang asing, RM5.2 bilion dalam matawang Yen.

Kebanyakan hutang yang dijamin Kerajaan juga adalah dalam Ringgit bukannya matawang asing.
Bila hutang dalam matawang asing bertambah, ia mendedahkan Kerajaan kepada risiko tukaran matawang asing contohnya bila Yen meningkat berbanding Ringgit, maka Kerajaan terpaksa gunakan lebih banyak Ringgit untuk bayar hutang dalam Yen. Terdapat juga risiko kadar faedah di Jepun, yang mungkin meningkat di masa hadapan apabila Bank of Japan memulakan proses normalisasi dasar monetari mereka.

Tambah hutang baru untuk bayar hutang lama (debt rollover) bukan benda baru tapi bila buat hutang baru dalam matawang asing untuk bayar hutang yang hampir semuanya dalam matawang tempatan itu melucukan.

Antara punca krisis ekonomi 90-an adalah apabila negara-negara Asia Tenggara meminjam dalam matawang asing.

Meminjam dalam matawang asing, tak ada beza macam pinjam dengan IMF.

Lepas ni mohon yang menyumbang Tabung Harapan, tukar duit dalam Yen dulu.
Syahir


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

2 ulasan:

  1. Last last hutang Jiji dijadikan alasan untuk Mamu merayu pinjaman dari Shinto bagi merealisasikan Kereta Nasional 2.0.

    Rekod menunjukkan Kereta Nasional 1.0 sampai ke hujung berada dalam penyusuan. Kini Kereta Nasional 2.0 pula nak masuk giliran.

    Woit, ada lagikah susu yang boleh di perah? Dan sampai bila kera di hutan hendak disusukan? Cukup2 lah tu.

    Waa! Waaa!!! Waaaa!!!!

    BalasPadam
  2. Bila rejim PH naik melalui pembohongan perpeksi yang dijaja...kini fitnah yang sama kembali kepada PH satu demi satu yang berkemungkinan hayat rejim ini barangkali bertahan sekadar 5 tahun.Kejayaan terbesar rejim ini dalam 30 hari ialah dendam dan zalim dengan memecat ribuan pegawai dan kakitangan yang sebahagian besar orang melayu Islam..mencanang hutang negara dengan fakta yang tidak tepat dan mencipta satu rekod baru guiness of world record iaitu minta derma dari rakyat...nampak sangat PH bankrap idea serta pembaharuan dalam memenuhi hasrat rakyat

    BalasPadam