Header Ads

ads header

Flash News

Media seharusnya menjadi medium mendidik, bukan merendahkan akal rakyat


Kesimpulan kepada video Awani ini, pinjaman kepada Jepun kononnya akan mengurangkan hutang kerajaan. Katanya kerajaan sekarang berhutang RM1 trilion dengan kadar faedah 6-7.5%. Maka bunganya sahaja RM60 bilion. Jika Jepun memberi pinjaman dengan kadar faedah 1%, maka bunganya hanya RM10 bilion. Jimat RM50 bilion.

Oh sedapnya mengira.

Pertama sekali, biarlah saya sebut betapa tak cerdiknya tuan yang buat kira kira matematik ini.

Secara teorinya, penjimatan dengan jumlah sebesar itu hanya boleh berlaku jika sekiranya Jepun meminjamkan RM1 trilion kepada kita. Mana Jepun nak cari duit banyak tu tuan tuan nak bagi kat kita? Realistik lah. Hutang mereka pun hampir RM 40 trilion. Ketika ekonomi Korea diambang kemusnahan tahun 1997 pun, mereka hanya diberi pinjaman USD21b (RM80b) oleh IMF.

Jumlah terkini pinjaman luar kerajaan di dalam matawang yen hanyalah kira kira RM5.2bilion.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian, pinjaman hutang luar di dalam matawang asing hanya boleh dibuat pada kadar maksimum RM35 bilion pada satu satu masa. Sila rujuk Akta Pinjaman Luar Negeri 1963.

Setakat ini, pinjaman luar kerajaan di dalam matawang asing adalah sekitar RM15bilion. Paling tinggi kita boleh terima pinjaman Yen Jepun adalah RM20bilion.

Kut mana nak jimat kadar bunga sampai RM50 bilion Astro AWANI?

Seterusnya, memukulrata pinjaman kerajaan berkadar faedah 6 hingga 7.5% adalah jahat. Pinjaman paling kontroversi kerajaan adalah daripada kerajaan China melalui Exim Bank yang mana kadar faedahnya adalah 3.25% (Pembinaan ECRL). Ia cuma tinggi sedikit berbanding pinjaman Jepun untuk pembinaan KLIA pada tahun 1994 (3%).

Kadar faedah paling tinggi (yang saya tahu) dibuat oleh kerajaan Malaysia kepada negara luar adalah pinjaman daripada kerajaan Perancis bagi pembinaan Stesen Janakuasa Paka pada tahun 1983. Kadar faedahnya adalah 10.6%.

Siapa Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1983? Najib la kan. Sebab tu pinjam interest tinggi kan..

Cukuplah projek membodohkan rakyat ini. Bersikap adillah kepada kawan dan musuh..

Nota: Kepada sahabat2 yang nak share tulisan ini, tuan2 boleh tekan share dan copy paste tulisan saya. Sebab kalau terus share tanpa copy paste, yang akan keluar cuma video Awani sahaja. Maaflah, saya tak berapa pandai facebook ni.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya




......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

2 ulasan:

  1. PH jadi BN 2.0

    Awani jadi TV3 2.0

    Lepas ini apa pulak?

    Muahahaha

    BalasPadam
  2. pengulas pon sama mengarut, celah mana plak jepun hutang 40 trillion. bukti xde main sembur je. mmg dasar walaun

    BalasPadam