Header Ads

ads header

Flash News

Selagi pembawaan Islam itu cara PAS, Islam itu tidak akan menang ke?


SAYA membaca satu posting tulisnya "Selagi pembawaan Islam itu cara PAS, Islam itu tidak akan menang selamanya, jangan mimpilah".

Namun ini bukannya telahan pertama yang dibaca tetapi ianya adalah untuk kesekian kalinya oleh pembenci-pembenci PAS.

Dia kata cara PAS akan menyebabkan Islam tak menang sampai bila-bila. Dia tak beritahu pula Islam cara mana yang boleh Islam cepat menang, Islam cara BN ke atau Islam cara PH?

Kalau dikatakan Islam itu tidak menang kerana cara PAS, apakah Islam itu boleh menang dengan sebab cara PH atau cara BN, sekarang PH menang tak ada pula pimpinan PH isytiharkan bahawa Islam telah menang dan golongan Kafir telah kalah.

Bila Islam kalah saja dikatakan hanya silap PAS sahaja? Apakah parti lain tidak dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk membawa Islam? Atau memang parti lain tak nak bawa Islam atau langsung tak berniat nak bawa Islam.

Bila PAS kalah dikatakan Islam itu kalah, ini maknanya kalau PAS menang ertinya Islam menang, ini juga membawa makna hanya PAS yang berjuang Islam kerana parti lain langsung tidak dikait dengan menang atau kalahnya Islam.

Islam itu matlamat, untuk mencapai matlamat itu ada caranya, caranya telah ditentukan Allah S.W.T, bukan ikut cara sendiri. bukan matlamat itu menghalalkan cara, kalau ikut cara sendiri maka itulah yang dikatakan "matlamat menghalalkan cara".

Nak menang banyak caranya, Trumph menang dengan caranya, Ikhwanul Muslimin menang dengan caranya lalu dijatuhkan pula al-Sisi dengan caranya, bahkan dalam sejarah dunia, Sosialis, Komunis pun pernah menang dan memerintah, mereka menang dengan cara mereka.

Ada parti menang dengan cara jahat, ada dengan sogokan rasuah, ada juga dengan fitnah dan taburkan persepsi buruk pada lawannya.

Kalau yang jahat dapat kuasai pengundi, maka biasanya yang jahat itu menang, begitu juga sebaliknya, namun kita tak boleh katakan bahawa yang jahat itu adalah baik dengan sebab dia menang dan yang baik itu adalah jahat dengan sebab dia kalah.

Baik atau buruk kita kena melihat caranya. Islam itu ad-Din atau 'cara hidup', tidak kira apa juga ruang dan urusan kehidupan kita termasuk politik. Politik Islam ada caranya, maka cara itu yang diikuti PAS, kerana PAS yakin cara Islam adalah terbaik.

Kalau dikatakan cara itu PAS lambat menang, PAS akan sabar menunggunya kerana PAS yakin bahawa hanya cara itu sahajalah Malaysia dapat ditadbir oleh peraturan Islam, PAS tetap dengan caranya yang diatur oleh dasarnya iaitu al-Quran, Hadis, Ijma dan Qias.

USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
 Pesuruhjaya PAS Pahang


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

2 ulasan:

  1. Sukan adalah aktiviti yang melibatkan pergerakan tubuh hingga menghasilkan peluh.

    Sukan juga dipertandingkan, peserta akan bersaing dan pemenang akan mendapat hadiah.

    Dalam Piala Dunia 2018, Arab Saudi kalah pada Rusia pada perlawanan pembukaan.

    Bukan saja pada kali ini tapi sebelum inipun tiada negara Arab yang pernah menang Piala Dunia

    Melihat pada perkembangan dalam sukan ini, peluang untuk Arab mengalahkan Eropah dalam waktu terdekat adalah kecil.

    Jadinya, kenapa ini jadi begitu? Kurang kemahiran individu dan kerjasama berpasukan? DNA? Persediaan? Budaya? Anutan?

    Politik juga sama. Bila ada pertandingan, ia sama seperti Piala Dunia, kalah dan menang ditentukan oleh banyak faktor.

    Namun dalam konteks kalah atau menang, ia bukanlah penghalang untuk sesuatu nilai mengalami penerapan.

    Tiada yang berlaku dengan sendiri, nilai positif yang ada setakat ini ada kaitan dengan usaha.

    Soalannya usaha siapa? Dap? (Wakakaka) Usaha Pan? (hmmm baru nak tumbuh gigi) PPBM? (aha baru nak gugur tali pusat)

    Lu fikirlah sendiri

    BalasPadam
  2. Menang di kelantan dan terengganu... Insya Allah next pru akan dapat lagi menambah negeri dgn izin Allah...Yg penting kita bekerja keras...Biarlah apa musuh nak kata...memang itu sifat merwka...bila tetdesak pak lebai juga dicari

    BalasPadam