Header Ads

ads header

Flash News

Terengganu Sasar Kurangkan 15 Peratus Perokok


Kerajaan negeri mensasarkan pengurangan 15 peratus daripada keseluruhan 170,000 perokok di kalangan penduduk Terengganu melalui Program mQuit Masjid dalam tempoh lima tahun sehingga 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak, berkata pelaksanaan program dimulakan dengan imam yang berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melibatkan seramai 3,000 orang di seluruh Terengganu.

"Jumlah ini melibatkan 505 masjid yang terdapat di seluruh negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu memainkan peranan dalam menganjurkan Program mQuit Masjid sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau.


"Objektif program ini adalah untuk membantu pegawai, ahli jawatankuasa dan ahli kariah masjid yang mempunyai masalah untuk berhenti merokok dan diharap menjadi satu ikutan atau 'role model' yang berguna untuk masyarakat islam yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program MQUIT Masjid Peringkat Negeri Terengganu 2018 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di Masjid Abidin, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar; Timbalan Pesuruhjaya Agama Negeri Terengganu, Azam Awi dan Imam Besar Negeri Terengganu merangkap Setiausaha Masjid Abidin, Ustaz Aizi Saidi Abd Aziz.

Alias memberitahu, sehingga kini sebanyak 40 klinik kesihatan dan enam hospital menyediakan perkhidmatan berhenti merokok dan mempunyai klien berdaftar seramai 556 orang pada 2017.


"Saya difahamkan daripada jumlah tersebut, seramai 203 orang berjaya berhenti merokok melalui kaunseling dan juga rawatan dengan anggaran kos RM600 bagi setiap klien,"ujarnya lagi.

Menurut Alias, sebagai masyarakat Islam yang mengetahui tentang hukum dan kesan tembakau kepada kehidupan mereka haruslah bertindak dengan sewajarnya demi kebaikan semua pihak.

Pada masa yang sama, beliau juga berharap agar seluruh jawatankuasa masjid dapat memainkan peranan sebagai penasihat atau memberi teguran kepada jemaah yang merokok.

"Tazkirah, kuliah dan kelas yang diadakan di masjid juga boleh diselitkan dengan mesej 'Bahaya Merokok' sesuai dengan pewartaan masjid sebagai kawasan Larangan Merokok di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004(PPKHT),"katanya.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

1 ulasan:

  1. Analogi terbaik di sini adalah kempen berhenti terima rasuah. Selagi ada pemberi akan ada penerima.

    Yakni kempen sukar berjaya sepenuhnya kalau sasarannya hanyalah penerima rasuah dan tidak pemberi rasuah.

    Dan bila sasaran kempen diperluas kepada pemberi dan penerima, peluang untuk kempen berjaya adalah lebih tinggi.

    Justeru dalam konteks rokok, kempen berhenti hisap rokok akan lebih berjaya kalau ianya turut disasarkan kepada bekalan.

    Selagi pengilang, pengimport dan penyeludup terus jadi pembekal selagi itulah akan ada permintaan.

    BalasPadam