Header Ads

ads header

Flash News

Tiada perselisihan antara Anwar-Azmin kata Wan Azizah


TIADA perbalahan antara Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali, tegas Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Timbalan perdana menteri itu menafikan dakwaan terdapat kem di dalam parti dan menegaskan PKR adalah parti yang bersatu.

"Saya tidak fikir ada perselisihan. Seperti yang saya katakan, kita berada dalam satu kem," kata Wan Azizah kepada pemberita pada sidang akhbar selepas berbuka puasa di Dataran Merdeka malam ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan media Singapura, The Straits Times berhubung pelantikan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ke jawatan menteri hal ehwal ekonomi.

The Straits Times mendakwa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberi kuasa besar kepada Azmin ke jawatan itu untuk meneutralkan pengaruh Anwar yang juga adalah ketua umum PKR.

Akhbar itu mendakwa demikian dengan memberi alasan, pelantikan itu memberi kuasa kepada Azmin ke atas syarikat penting berkaitan kerajaan.

Mengulas mengenai pelantikan Azmin ke jawatan tersebut, Dr Wan Azizah berkata Dr Mahathir berhak ke atas pemilihan calon menteri, walau nama Azmin tidak diketengahkan oleh parti untuk jawatan Kabinet.

"Tiada yang salah dengan perkara ini," katanya.

The Straits Times dalam laporannya hari ini mendakwa, pelantikan itu memperkukuhkan kedudukan Azmin dan dalam masa yang sama memantau Anwar dalam PKR.

Azmin dan Zuraida Kamaruddin, yang merupakan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, dikatakan sebagai sekutu menentang Anwar dan isterinya, Wan Azizah.

Memetik sumber, laporan itu mendakwa portfolio hal ehwal ekonomi itu berkuasa ke atas dana kekayaan negara -- Permodalan Nasional Bhd dan Khazanah Nasional Bhd, serta syarikat minyak negara Petronas.

Ketiga-tiga syarikat dengan nilai dianggarkan RM1 trilion itu sebelum ini diletakkan dalam portfolio Kementerian Kewangan semasa pentadbiran Barisan Nasional.

Laporan itu juga mendakwa terdapat cakap-cakap bahawa agensi yang menjaga kebajikan golongan Melayu Islam, seperti Tabung Haji dan Felda juga akan diletakkan di bawah kementerian Azmin.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

Tiada ulasan