Header Ads

ads header

Flash News

UMNO kena pilih Islam untuk pulih kata akar umbi


PETALING JAYA: Beberapa pemimpin akar umbi Umno merasakan Islam mempunyai jawapan untuk parti itu, yang sedang mencari langkah strategik untuk terus relevan di era “Malaysia Baru”.

Ketua Pemuda Gua Musang Sheikh Razali Sheikh Hamad percaya Umno demi perjuangan jangka masa panjang perlu mengubah dasar membela bangsa kepada Islam.

Perubahan ini akan mengetengahkan persepsi baru kepada rakyat seluruhnya, kata Sheikh Razali.

“Maka kalau Islam perlu bergabung dengan PAS. Kita mahu parti ini boleh diterima rakyat dengan sebenar-benarnya, kerana sedar atau tidak kita bukannya berperang hendak membentuk kerajaan lagi,” katanya.

Pada pilihan raya lepas, Umno memenangi 54 Parlimen dan PAS 18, berbanding pesaing terdekat, PPBM 13 dan Amanah 11.

Meskipun tewas, Umno merupakan pemilik kerusi Parlimen terbesar berbanding semua parti.

PAS sendiri diasaskan oleh agamawan dari Umno, dan pernah membentuk kerajaan campuran dari 1974 hingga 1978.

Sheikh Razali berkata langkah itu akan menyaksikan orang Islam seluruh negara bersatu padu.
“Ia bertujuan untuk hadapi pilihan raya akan datang kelak, namun pandangan ini direstui pemimpin atau tidak saya tidak tahu,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak cadangan parti Melayu itu bergabung dengan PAS secara rasmi.

Khairy menegaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu menjadi pembangkang yang berwibawa.

Bagaimanapun ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyokong usaha

Umno dan PAS bergabung bagi membentuk blok pembangkang yang kuat.

Timbalan Ketua Langkawi, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata parti perlu belajar dari model PAS, terutama penubuhan sebuah majlis syura.

Majlis syura PAS dianggotai agamawan dan selain menetapkan dasar parti, ia juga memantau tindak-tanduk dan menasihati pemimpinnya.

“Pemikiran seperti 70 tahun lalu kena berubah,” katanya.

“Kini bukan sahaja presiden tidak lagi menjadi perdana menteri tetapi perlu ada jawatankuasa menasihati presiden,” katanya.

Mohd Rawi berkata, para Ahli Parlimen Umno yang menang juga perlu membantu perjuangan parti dengan sumbangan bulanan.

Langkah ini turut dilakukan wakil-wakil rakyat PAS wajib memberi sumbangan sebahagian gaji untuk parti.

“Takkan berpuluh-puluh tahun menjadi Ahli Parlimen tidak ada simpanan utuk beri sumbangan kepada parti? Kalau macam itu tidak layak duduk dalam majlia teringgi.
“Kita mendambakan pelapis yang berada dalam pimpinan tertinggi Umno kali ini yang mempunyai watak untuk perang,” katanya.

Mursyidul Am PAS Hashim Jasin pernah menyatakan PAS menjalinkan kerjasama dengan Umno dan BN kerana beranggapan parti Melayu itu boleh diharap membela Islam.
Namun Hashim turut berkata PAS tidak akan berkompromi dengan semua bentuk kezaliman dan penyelewengan kepada Umno dan BN



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

13 ulasan:

  1. Inshaallah umno dan pas blh bersatu di ms hdpn demi pertahankan agama islam.. tp memerlukan pemimpin umno yg ikhlas berjuang krn islam br blh jd realiti bergabung.

    BalasPadam
  2. bila dasar perjuangan dah sama tubuh nama baru GAGASAN SEJAHTERA MALAYSIA (GSM) apa macam ?

    BalasPadam
  3. Sangat setuju dengan pandangan ini supaya sentiasa releven dengan tuntutan semasa.

    BalasPadam
  4. Dahulu ketika memerintah kerajaan..Umno mempunyai kuasa untuk memartabatkan Islam..malah sepatutnya boleh menyokong Pas untuk memperkasakan Undang - undang syariah(RUU355) tapi bila dah hilang kuasa baru mahu terfikir nak memilih Islam. Umno sudah tidak relevan lagi.. Pilihan yang ada bubar parti dan sertai parti Islam atau tubuhkan parti Islam baru seperti Amanah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn kita asyik dgn ego parti shja.. kalau melayu asyik nk tubuh parti br je maka undi mlayu akn sentiasa terpecah dan mnjdi lemah. Skg ni 98% cina telah berada dlm satu parti sbb tu mrk kuat. Jgn kita asyik dgn ego nk berparti sedangkan islam dimainkan oleh bkn islam

      Padam
    2. Setuju..kt kena bersatu demi islam & melayu

      Padam
  5. Ketua defacto Pakatan Regime Kafir menyatakan dalam surat khabar bahawa orang bukan Islam ada hak untuk mempertikaikan perlaksanaan Hukum Syariah di Malaysia. Inilah dia Anwar Ibrahim saudara ! Si Munafik kafir yang bertopengkan Islam. Mana mungkin orang yang tidak mengenal Allah , tidak mengucap dua kalimah syahadah mahu berbicara tentang perlaksanaan Syariah ? Tapi inilah dia kata-kata si ketua Pakatan Regime Kafir ini.

    BalasPadam
  6. Wahai umat Islam bangkitlah dari tidur mu. Hancurkan Regime Pakatan Kafir ini. Hancurkan mereka. Mari kita berjihad fisabilillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat setuju bangkit dan bersatu la untuk hancurkan pakatan kafir ini yang berketuakan orang islam yang tidak menunjukkan ciri pemimpin islamnya.Jangan sampai kita melayu islam hina dinegara sendiri.

      Padam
  7. Belum tiba masa nya untuk kita ke jalan fisabilillah...tggu sikit lagi masa

    BalasPadam
  8. Saya masih ingat pendapat sorang ustaz dlm tahun 1970an tentang ABIM.... ketika tu ABIM cukup popular dan hebat berkembang. .. Kata ustaz tu ABIM adalah singkatan dari "Anuar Bin Ibrahim Movement".....terserah kpd semua utk menilai

    BalasPadam