Header Ads

ads header

Flash News

Zahid perlu berkorban untuk Umno


Keputusan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah masuk gelanggang merebut jawatan presiden Umno daripada pemangku presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menandakan beliau mendapat isyarat daripada akar umbi untuk berbuat demikian. Mereka yang memahami Ku Li tahu beliau tidak akan mengambil risiko ini jika beliau tidak yakin menang.

Pemilihan Umno kali ini memperlihatkan pertembungan kem yang ingin mempertahankan legasi bekas presidennya Datuk Seri Najib Razak dengan kem yang ingin membuat perubahan agar Umno kekal relevan sebagai persediaan untuk pilihan raya umum ke-15.

Mereka yang dilihat rapat dengan Najib ialah Zahid, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Tan Sri Annuar Musa, manakala mereka yang jelas kelihatan bersama Ku Li ialah Datuk Seri Mohamad Hasan, Khairy Jamaluddin dan bekas menteri besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin.

Kegagalan Umno dalam PRU14 tidak boleh disalahkan pada bahu Najib seorang. Sebagai timbalan kepada Najib, dan watak yang sering dipuji Najib kerana ketaatan sebagai sahabat, Zahid juga perlu memikul beban kegagalan itu.

Bukan itu sahaja, ahli Umno perlu ingat bahawa musuh utama mereka kini ialah parti Bersatu. Umno memerlukan pimpinan baru untuk dilihat setara dengan parti itu. Tengku Razaleigh adalah tokoh yang boleh dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding Zahid. Kedua-duanya pemimpin veteran yang dilihat sebagai intelektual.

Memilih semula orang yang rapat dengan Najib untuk menerajui Umno hanya akan menghantar mesej salah kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Ahli Umno sudah tentunya ingin parti bergerak ke depan dengan harapan rakyat Malaysia akan dapat menerima mereka semula.

Ahli Umno perlu bijak membuat pilihan. Dengan segala siasatan yang sedang berjalan termasuk 1MDB, Tabung Haji, Felda atau Mara, jangan tersilap pilih pimpinan yang mungkin didakwa di mahkamah nanti.

Ambillah peluang ini untuk membersihkan Umno daripada pimpinan yang dicemari skandal.

Bagi mengelakkan perpecahan dalam Umno, Zahid perlu berkorban untuk berlakunya perubahan dengan memberikan laluan kepada Ku Li. Zahid perlu mencontohi langkah yang diambil Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Beliau perlu berehat seperti Najib dan Hishamuddin – dan tumpukan kerja menjadi pembangkang yang baik di parlimen.

Jika Zahid ingin bertanding juga, bertandinglah sekadar mengekalkan jawatan sebagai timbalan presiden. Jika Zahid sanggup berkunjung menghadap Dr Mahathir untuk meminta nasihat, mengapa beliau tidak sanggup menjadi timbalan kepada Ku Li dan sambil belajar sesuatu daripadanya?

TIMMY SAY

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

1 ulasan:

  1. Selangkah lagi ke puncak bukanlah langkah yang mudah. Ia mungkin menjadi langkah yang paling sukar bagi kebanyakan politikus.

    Contoh popular di luar negara ialah Clinton versus Trump. Waima kebarangkalian untuk menang 90% bukan jaminan untuk Clinton memenakluki puncak.

    Contoh2 lokal paling klasik ialah DeFaktio versus Uturn, yang mana hingga saat ini terus berpihak pada Uturn.

    Ini bukan saja tentang ukur baju di badan sendiri tetapi lebih dari itu ialah ukur semuanya dibadan sendiri.

    BalasPadam