Header Ads

ads header

Flash News

Zul Sulong & The Malaysian Insight bodoh memahami kenyataan Cg Pa


Saya terbaca satu artikel Zul Sulong di The Malaysian Insight bertajuk "PAS beri isyarat mahu berbaik dengan Pakatan". Satu artikel yang dangkal berbentuk persepsi tapi bodoh. Saya tertanya-tanya kenapa bodoh sangat The Malaysian Insight boleh membenarkan artikel 'rubbish' seperti ini disiarkan sedangkan TMI dalam usaha mencapai hasrat duduk sama tinggi dengan Malaysiakini?

Ramai orang telah menulis mengenai Zul Sulong, yang sebelum ini telah gagal dengan Harakah (harakah cetak), kemudian diturunkan pangkat mengurus Harakahdaily (harakah versi internet). Semasa di harakahdaily dia mengeluarkan artikel-artikel mengarut yang diambil daripada sumber blog dan facebook tanpa mengambil kira punca kesahahan. Hilang etika kebenaran mengatasi kebatilan dalam harakahdaily. Ini kerana Zul Sulong tawar RM30 setiap minggu kepada penulis artikel yang paling tinggi hitsnya. Maka untuk mencari hits, penulis harakahdaily berlumba-lumba buat cerita sensasi.

Selepas itu merajuk dengan Cikgu Pa sehingga membuang gambar Cikgu Pa dalam tong sampah dia lari ke The Malaysia Insider (TMI sudah tutup operasi). Zul Sulong bukan penulis, dia juga tak ada ciri-ciri kewartawanan, saya pun hairan kenapa dia boleh jadi ketua pengarang di Harakah dulu. Mungkin dia baik dengan Cik Pa kot?

Dia hanya boleh menceritakan tentang PAS sahaja, sebab itu tulisannya adalah berkisar dengan PAS. Saya cabar sesiapa tak setuju dengan saya menyelongkar setiap tulisan Zul Sulong dan lihat apa dia tulis. Oleh itu dia juga gagal di laman portal The Malaysia Insider sebab takkan TMI nak cerita pasal PAS aje.

Dia dilantik sebagai ketua akhbar  parti AMANAH termasuk versi internet. Di sini juga dia gagal, malah parti AMANAH terpaksa menanggung kos pembiayaan akhbar ini. Nasib baik ada si Khalid Samad yang kaya kerana Majlis Pembandaran Shah Alam lebih kaya daripada negeri Perlis. Dia tanggang 'biawak hidup' ini. Kalau sesiapa tak setuju dengan saya boleh jumpa si Taufik atau sesiapa sahaja dalam akhbar AMANAH termasuk Abdul Syukur, tanya mereka betul tak cakap saya. Malah bukan itu sahaja dia boleh melantik anaknya jadi editor akhbar itu tanpa pengetahuan 'bos' parti AMANAH yang ditanggungjawabkan untuk mengurus akhbar parti AMANAH.

Saya cerita ini supaya ahli-ahli parti AMANAH banyak sangat komen pasal harakah akhbar PAS sedangkan akhbar mereka lagi teruk masalah dengan kronisme. Jangan lihat koyak kain orang sedang punggung sendiri dah ternampak 'kote'.

Cuba kelirukan pembaca

Zul Sulong pada perenggan pertama menulis
PEMIMPIN tinggi PAS kini menunjukkan sikap berbeza ke atas Pakatan Harapan (PH), tidak sampai sebulan selepas gabungan parti tersebut berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14.
Siapa pemimpin PAS? Cikgu Pa? Atas sandaran apa Zul Sulong kata Cikgu Pa mewakili PAS? TMInsight bertanggungjawab atas artikel ini, apa alasannya?

Zul Sulong menulis kononnya Mustafa Ali dilantik sebagai pengerusi badan penasihat parti. Zul Sulong ni lama dalam PAS tapi bodoh. Badan penasihat parti PAS ialah Majlis Syura. Apa guna membuat satu lagi tugas yang sama dengan Majlis Syura?

Isu ini telah dimainkan oleh Zul Solong di TMInsight pada 30 Jun 2017. Itulah kelayakan Zul Sulong cipta berita sensasi. Dia ni hanya layak menulis di Malajah MAGGA.


Semasa mesyuarat PAS Pusat yang dipengrusikan Tuan Ibrahim (Presiden tiada), ada cadangan untuk melantik 4 orang veteran PAS menjadi penasihati Presiden. Itu timbul nama Cikgu Pa (Mustaffa Ali ) dan tiga lagi veteran PAS iaitu Dr Sanusi Daeng Mariok, Abdul Halim Abdul Rahman dan Subky Latif.

Tapi TMInsight punya putar belit tubuh jawatan kuasa baru bercanggah pula dengan perlembangaan parti.


Soalnya, di manakah kedudukan Lembaga Penasihat Pas ini dalam Perlembagaan Pas jika benar tulisan Zul Sulong? Apabila wujudkan satu badan penasihat kepada parti di luar dari Perlembagaan Pas. Jika mengikut perlembagaan sudah ada Majlis Syura. Sebagai penghormatan Presiden kepada tokoh-tokoh veteran parti yang banyak menyumbang pandangan supaya boleh lagi beri sumbangan berterusan kepada Pas, meskipun tiada jawatan rasmi mungkin diberikan tugas memberi nasihat kepada Presiden sahaja.

TMInsight tidak memahami percakapan Cikgu Pa

Saya cuba memahami apa yang diucapkan oleh Cikgu Pa berkenaan isu ini. Dua kali saya mendengar ucapan tersebut untuk memastikan saya tidak tertinggal apa yang dimaksudkan oleh Cikgu Pa.


Cikgu Pa dalam temuramahnya telah menyatakan dia semenjak dulu lagi mengganggap tiada lagi serang menyerang selepas PRU. Dia kata ahli politik kena matang dan budaya yang sihat untuk membina negara. Ini sebenarnya serasi dengan prinsip PAS sekarang mengamalkan "Budaya Politik Matang dan Sejahtera" (BPMS) kata cikgu Pa.

Lagi pun setakat dia kenal itulah sikap pemimpin PAS.

Adakah dengan berkata tak ada serang menyerang terus Zul Sulong dan TMInsght membuat berita besar kononnya PAS memberi isyarat nak berbaik dengan PAKATAN HARAPAN? Sangat-sangat dangkal.


Saya nak ajar Zul Sulong dan TMInsight untuk memahami berita (apa itu news). Kalau gambar ini logiklah "PAS beri isyarat berbaik dengan Pakatan" kerana yang hadir itu Presiden PAS mewakili parti, MB Besar Terengganu mewakili kerajaan yang diperintah oleh PAS manakala Cikgu Pa pula mewakili veteran atau orang lama PAS yang pernah berlawan dengan Mahathir dan pernah bersama kerajaan BN semasa PAS bersama kerajaan.

Niat jahat dan perancangan dengan Cybertropper Pakatan

Telah menjadi kaedah berkesan serangan kepada PAS bermula dengan fitnah di akhbar kemudian dimainkan secara berkala oleh cybertropper Pakatan Harapan. Ini terbukti sangat berkesan dan PAS kalah kerana salah satu isu ini.

Serangan fitnah kepada PAS menerima wang RM90 juta daripada UMNO dimulakan pada tahun 2016 melalui akhbar Sarawak Report. Ini susulan daripada kajian Rafizi bahawa PAS mempunyai 21% sokongan manakala PH masa itu hanya 24%. Jika penyokong PAS menyokong PAS pada PRU-14, Pakatan Harapan boleh menang jika wujud pertandingan 3 penjuru.

Rafizi membuat beberapa cadangan bagaimana nak menarik penyokong PAS kepada PH antaranya keluar PAS masuk AMANAH, tapi AMANAH tak berjaya menarik ahli PAS, hanya mampu mencapai ahli tertingginya 29,000 sahaja.

Langkah seterusnya masih ahli PAS tapi sokong PAKATAN HARAPAN dengan isu JATUH NAJIB LEBIH AFDHAL. Psywar ini rupanya berjaya menarik hampir 10% ahli PAS dan 80% penyokong PAS (hampir 100% di Selangor tapi gagal di Kelantan dan Terengganu). Ini pula dibantu kelemahan media penerangan PAS yang melihat isu ini sebagai remeh lebih kenapa nak tojol diri dalam isu bertanding banyak kerusi nak tunjuk kekuatan. Mujahid siber yang dilaungkan rosak kerana berbalah semasa sendiri atas isu yang sangat dangkal.

Dua tahun sebaran hujah serangan kepada PAS dimedia sosial dengan edaran gambar kononnya kereta mewah Presiden PAS, Mursyidur Am, Plate Taki, Motorsikal Ustaz Khalil anak Presiden dan macam-macam lagi. 17 orang pimpinan PAS difitnah. Ahli PAS yang terlibat dengan penghujahan tidak ada maklumat untuk menjawab kerana media PAS "sembunyikan hujah" entah apa sebab saya pun tak tahu.

Saya bagi contoh mudah, Motarsikal BMW bukan milik Ustaz Khalil sebenarnya milik kawan Ustaz Khalil si Ustaz X (namanya saya tak nak dedah). Payah ke PAS nak panggil si Ustaz x ini buat kenyataan dalam akhbar Harakah tunjukkan milik dia? Tunjuk geran sekali. Selesailah kes tersebut rakyat semua jelas itu fitnah.

Begitu juga dengan Vellfire Ustaz Nasharuddin, takkan susah nak bawa isterinya dan ambil satu sudut dalam Harakah menyatakkan itu milik dia bukan suaminya. Dia beli pula hutang. Dia layak beli kerana pegawai kerajaan yang ada pangkat! Ustaz Nasharuddin bersungguh sangat kawal setiap keluaran itu pun payah nak buat.

Itu dua contoh, saya malas nak panjangkan dengan fitnah-fitnah lain yang boleh diselesaikan dengan begitu mudah. Saya sangat pelik kenapa PENERANGAN PAS payah nak fikir untuk mengatasi fitnah ini sehingga ahli PAS sendiri keliru sedangkan cara penyelesaiannya sangat mudah.

Penerangan PAS seolah membiarkan fitnah ini berluasa selama 2 tahun.... Cukuplah carilah orang yang layak membantu PAS dalam membaik pulih Penerangan PAS.

Ekoran tiada jawapan dalam apa isu yang dikeluarkan media lain dalam Harakah menjadikan peluang baik untuk cubertropper PH menyerang PAS.

Tulisan jahat Zul Sulong ini telah menjadi perhatian kepada cybertropper Pakatan Harapan untuk menyerang PAS. Saya ambil satu dua contoh. Mereka bina kononnya PAS hulur tangan kemudian mereka jawab Majlis Presiden tolak tangan PAS dengan tujuan nak malukan PAS.





Kalau penerangan PAS masih tidur dan tidak tahu hala tuju, saya sangat kesian kepada mereka yang berada dalam penerangan PAS yang bekerja siang malam untuk pertahankan PAS dan begitu juga cybertropper PAS yang ikhlas dan jujur terpaksa mempertahankan PAS sedangkan mereka tiada maklumat dan sumber berita untuk berhujah melainkan mereka menggunakan apa yang ada.

Ingat pesanan Saidina Ali "Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun!"

ABBAS MOHD NOOR




......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

4 ulasan:

  1. PAS kena bangun dari tidur yang dalam zaman sekarang penyampaian maklumat telah berubah. Internet is here to stay, ini tidak akan berubah, PAS seharusnya berubah dari segi mekanisme penyampaian maklumat. Contoh isu Infaq Wajib Ramadhan di Perlis baru baru ni, apa respon macam tak de je. Kalau tersilap, mengaku je, PAS bukan maksum rakyat akan faham. Macam mana nak jadi pertubuhan yang mengguna wadah siasah untuk berdakwah tidak mengerti bahawa cara penyampaian sudah berubah.Kena cepat dan tepat. Eksperimen lah dengan berhati hati tapi dalam nada empirical.

    Tidak perlu untuk menunggu muktamar PAS untuk membuat keputusan yang semustahak ini, must be seen as always on the move dan war warkan.

    Pemimpin pemimpin PAS harus dilatih dengan teknik penyampaian yang diterima oleh rakyat yang telah dislice and dice. Konten dan konteks (isi kandung Quran dan Hadis) itu lah mukjizat paling power yang banyak dierti oleh pemimpin2 PAS hanya cara penyampaian yang kena tweek sikit.

    Allahu a lam

    BalasPadam
  2. Kemad hujah abas sebagai pembela parti islam... Orang lain semua bodoh termaduk penerangan pas...

    BalasPadam
  3. Bila Clinton ucap tahniah kepada Trump bukan bermakna Clinton melembutkan pandangan terhadap Trump. Itu dibuat sebagai tanda menerima keputusan pertandingan seadanya.

    Meskipun pertandingan dipenuhi oleh kekotoran, kekasaran, pembunuhan karektor, pembohongan, campurtangan luar dan tangan2 ghaib itu bukan alasan pihak yang tewas tidak terima keputusan.

    Clinton sudah menjalankan tugasan terawal sebagai pihak yang tewas dan harapan Clinton terhadap Trump ialah agar Trump menjalankan tugas sebagai pihak yang menang iaitu melaksanakan tugas hakiki dan apa yang dimanifestokan minus (-) witch hunt.

    Di pihak main streets dan media pula, sasaran seterusnya adalah jelas, pihak yang akan diulas dan kritik 24/7 adalah Trump (pihak yang menang) dan bukannya Clinton (pihak yang tewas).

    Apakah itu juga yang melata di sini?

    BalasPadam
  4. Isu utama penulis bukan nak jelaskan tentang kelunakan cikgu Pa, tapi sebenarnya unruk membelasah Ketua Penerangan PAS Ust. Nasruddin Tantawi.

    Apabila meneliti tulisan ABAS macam dia ni cybertrooper PH je. Ayat tentang Zulfikifli Sulong gagal dlm semua akhbar, PAS difitnah dll sekadar untuk menarik perhatian utk kita terus membaca dengan seronoknya kononnya dia bela PAS.

    Kalau dia bukan cybertrooper PH, Saya harap ABAS perkenalkan diri dari cawangan dan kawasan mana supaya kita boleh calonkan dia sebagai AJK PAS pusat. Bila dah menang AJK PAS, kita akan lobi pula untuk jawatan Ketua penerangan PAS Malaysia. Sebab dia bagi dia ketua penerangan PAS sekarang bodoh dan tak reti buat kerja.

    BalasPadam