Header Ads

ads header

Flash News

Peneroka FELDA/FELCRA dah kena “game” dengan kerajaan baru


1. Bonus raya dibayar lewat hanya selepas didesak berkali-kali oleh pembangkang. Dan itupun, hanya RM400 iaitu kurang seratus berbanding dengan kerajaan dulu.

2. Negara China pengimpot kedua besar minyak kelapa sawit dan getah. Kerajaan baru asyik mengenakan negara China dan batalkan projek mereka dalam usaha berbau politik untuk hantam Najib. Tak mustahil, negara China yang pada tahun lalu janji kepada kerajaan lama nak naikkan impot sawit dan getah sudah tiba-tiba buat u-turn dan kurangkan mengimpot dari kita.

Oleh kerana nak mansuhkan GST, kerajaan baru telah terdesak  dan kembalikan cukai ekspot 5% ke atas minyak sawit bermula bulan Mei walaupun cukai ini sudah dihentikan oleh kerajaan BN dulu pada mula tahun. Cukai ini turut beri tekanan kepada permintaan dan harga minyak sawit Malaysia. Menteri kewangan baru kita macam tidak kisah langsung.

Oleh itu, harga dan jumlah ekspot minyak sawit dan getah telah jatuh 20% sejak PRU-14.

3. Di atas alasan tidak munasabah, minggu lepas semua negara-negara Eropah telah memutuskan untuk melarangkan semua impot minyak sawit bagi tujuan bahanapi biodiesel pada tahun 2030. Mereka juga memutuskan akan mengurangkan impot minyak sawit bermula tahun ini sehingga tahun 2030.

Kerajaan PH kita langsung tidak bersuara dan membantah langkah kejam gabungan negara-negara Eropah ini macam tidak hiraukan nasib beratus ribu orang yang terlibat dalam industri pertanian utama kita.

4. Janji manifesto 100 hari untuk menghapuskan semua pinjaman peneroka2 FELDA masih tidak ditunaikan walaupun sudah 5 minggu sejak PRU14.

Sehingga ini, janji ini tidak perhah disebut semula oleh kerajaan baru. Nampaknya tiada niat untuk janji ini ditunaikan. Alasan tipu kerajaan sudah hutang RM1 trilion bakal digunakan . Begitu sahaja janji ini diketepikan.

Masa depan dan nasib pekebun-pekebun kecil, peneroka-peneroka dan ahli keluarg Peneroka FELDA/FELCRA dah kena game dengan kerajaan baru.

Masa depan dan nasib pekebun2 kecil, peneroka2 dan ahli keluarga masing2 nampaknya semakin pudar selepas BN ditumbangkan.

Dato' Lokman Adam


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

4 ulasan:

  1. Kepada saudara seislam ku, lain kali undilah dengan niat untuk Allah dan ugamanya, sebagaimana kita solat ,puasa, haji dan lain2 ibadat yang kita lakukan. kerana mengundi itu dikira ibadat yang besar di sisi Islam. Tengok apa dah jadi mengundi bukan sebab agama. kan dah lintang pukang jadinya.

    BalasPadam
  2. Penyamun ganti oenyamun...itulah hasilnya...Dah ada gagasan sejahtera yg beroandukan al quran dan as sunnah tak nak sokong...Dok sokong penyamun otai jugak

    BalasPadam
  3. Peneroka2 saja yang tahu apa perasaannya bila berbagai isu buruk dan jelek yang melanda Felda dan Felcra disampaikan kepada mereka secara terus menerusi kempen berterusan di kawasan2 mereka selama 2-3 tahun berturut2. TK Invoke.

    BalasPadam



  4. Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

    Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

    saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

    Pembayaran yang fleksibel,
    Suku bunga rendah,
    Layanan berkualitas,
    Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

    Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

    Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)

    BalasPadam