Header Ads

ads header

Flash News

300 NGO Melayu Himpun Bantah UEC


Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menggesa semua orang Melayu dan umat Islam menyertai perhimpunan khas bagi bantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Acara dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Ummah Malaysia Baharu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14): Islam dan Melayu Terancam itu berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru ibu negara Sabtu ini

Himpunan dari 9 pagi hingga 2 petang itu  juga bagi mempertahankan hak Melayu, bumiputera dan umat Islam yang semakin terancam sejak kebelakangan ini, kata Timbalan Ketua Sekretariat Ummah, Kamaruzaman Mohamad.

Beliau menjelaskan, ia akan mengumpulkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil-wakil parti politik, tokoh-tokoh masyarakat dan rakyat yang prihatin terhadap isu-isu yang membabitkan hak Melayu dan agama Islam.

Kata Kamaruzaman, beliau berharap masyarakat tampil memberikan sokongan dan mempertahankan golongan Melayu dan Islam sebagaimana hak istimewanya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri.

“Apa yang menjadi kebimbangan kami adalah mengenai isu UEC yang mana kedudukan bahasa Melayu sebagai taraf bahasa kebangsaan juga terancam. Pada masa sama, banyak isu-isu melibatkan agama Islam yang timbul.

“Ia seolah-olah cuba jejas kedudukan raja-raja Melayu dan kedudukan Islam, jadi himpunan ini akan beri signal kepada kerajaan yang ada niat untuk sentuh isu ini dan umat Islam perlu bangkit pertahan hak mereka,” katanya.

Kamaruzaman berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini. Berikut ialah kenyataan penuh Ahli Jawatankuasa Ummah, Mohd, Zai Mustafa yang turut menyentuh isu yang sama:

MAJLIS Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan bersama-sama gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah bersiap sedia untuk menggerakkan himpunan bantahan rakyat secara besar-besaran kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang tegar dan tidak mahu menarik balik kenyataan beliau mengiktiraf UEC yang beliau telah buat pada 12 Julai lalu di PICC Putrajaya.

Himpunan ini akan disertai oleh semua lapisan tokoh-tokoh pendidikan, bahasa, ahli akademik, NGO-NGO, tokoh sejarah, ahli masyarakat dan ahli-ahli politik.

Himpunan bantahan ini merupakan simbol sejarah kepada rakyat dan negara bahawa UEC tidak sekali-kali dibenarkan untuk diiktiraf di dalam sistem kerangka Pendidikan Kebangsaan.

Diseru semua pimpinan dan rakyat yang cintakan Bahasa Kebangsaan dan Sistem Pendidikan Kebangsaan agar dapat bersama-sama dalam perhimpunan yang bersejarah ini.

MAPPIM dan UMMAH menyangkal dakwaan Menteri Pendidikan yang menyatakan bahawa golongan yang menentang UEC adalah ‘prejudis’, ini suatu kenyataan seorang Menteri yang menghina pejuang bahasa, pendidikan dan sejarawan.

Maka MAPPIM dan UMMAH mencabar dan bersedia menyediakan tempat kepada Menteri Pendidikan untuk berdebat pada bila-bila masa dengan tokoh-tokoh bahasa, pendidikan, sejarah, undang-undang dan NGO-NGO bagi melihat secara objektif dan berfakta bagaimana UEC akan memberi kesan dan malapetaka kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Sikap tegar Menteri Pendidikan untuk mengiktiraf UEC sehingga masih lagi tidak membayangkan untuk menarik semula kenyataan beliau sehingga tempoh yang diberikan (7 hari – sehingga 21hb Julai ini) akan meningkatkan lagi semangat rakyat untuk berhimpun pada 28hb nanti.

MOHD ZAI MUSTAFA

Ketua Eksekutif MAPPIM
Ahli Jawatankuasa Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)


MR : Melayu perlu penyatuan tanpa dipengaruhi sentimen parti politik demi kepentingan politik Melayu....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Dr. Mazlee.... masa kat UK kemain lagi. Sibuk usrah IRC buat summer gathering , spring gathering. Kononnya professionallah sangat. Chewah cakap pasal Ikhwanul Muslimin , cakap pasal Hassan Al Banna. Bukak cerita Fathi Yakan.

    Akhirnya jadi apa ? Jadi barua kapir.... sooo stupid. Idiot.

    BalasPadam
  2. Patutlah Pakatun bercadang nak bentangkan usul Akta Kebencian Agama dan Kaum. Mereka sedar tindak tanduk mereka sendiri kebelakangan ini telah menyebabkan kemarahan org melayu dan islam dan golongan ini akan bangkit berdemo besar2an. Tau takut ye bila org melayu islam nak bangkit, tak buang masa lagi terus nak buat Akta pro kapir mereka. Bukan main lagi kamu nak mengambil hati kapir2 itu sementara saudara2 kamu sendiri mahu kamu hina dan tindas. Pergi jahanam lah dgn akta pro kapir kamu. Harap org melayu islam yg cintakan agama dan bahasa mereka semua turun utk demo anti UEC ini, demi masa depan anak2 kita kemudian hari.

    BalasPadam