Header Ads

ads header

Flash News

Umno cuba dapatkan kerjasama PAS bantu calon BN di Sg Kandis


SHAH ALAM: Umno Selangor sedang mengadakan rundingan untuk membolehkan pemimpin parti itu dan PAS sepentas bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.

Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama itu perlu untuk menawan hati pengundi setempat yang majoritinya ialah orang Melayu.

“Contohnya kita letakkan setiausaha agung Umno sepentas dengan setiausaha agung PAS. Namun, sama ada ia berjaya atau tidak, masih belum diketahui.

“Kita akan adakan forum perdana yang turut diwakili penceramah dikaitkan dengan Umno dan PAS, contohnya (personaliti program motivasi, Syamsul Amri Ismail yang lebih dikenali sebagai) Syamsul Debat. Orang tahu dia adalah orang Umno.

Malaysiakini Penipu dan Putar Belit Berita Untuk Burukan PAS

Tapi jika anda baca berita ini di akhbar Malaysiakini yang anti Islam anda akan dapati mereka menukar tajuk kononnya UMNO dan PAS setuju anjur program bersama. Pasal itu ramai penyokong Pakatan Harapan menjadi bodoh dengan maklumat salah dan putar belit. Akhir mereka sesat dengan maklumat palsu dan tidak benar.

Sepatutnya akhbar atau media alternatif menyiarkan berita yang benar.

Cuba dapatkan Penceramah yang cenderung kepada UMNO dan PAS

“Begitu juga dengan Azhar Idrus yang orang tahu beliau dikaitkan dengan PAS. Kita hendak wujudkan kerjasama di antara Umno dan PAS,” katanya di Pusat Gerak Kerja BN Sungai Kandis, malam ini.

Naib presiden Umno itu berkata, pendekatan berkempen BN di Sungai Kandis berbeza dengan pilihan raya umum lalu kerana akaun parti dibekukan pihak berkuasa.

Katanya, BN tidak akan mengadakan ceramah dan jamuan besar-besaran, sebaliknya hanya menumpukan kawasan kecil.

“Tidak boleh mengadakan ceramah di rumah ketua cawangan, Puteri atau Wanita kerana yang akan hadir hanyalah penyokong kita. Ia mesti dilakukan di rumah orang berkecuali.

“Kita akan memperbanyakkan perang di media sosial. Pihak pengurusan negeri akan menyelaraskan dan membuat info grafik yang akan dihantar melalui WhatsApp ke 32,000 nombor telefon di Sungai Kandis yang kita ada.

“Kita akan keluarkan info grafik itu pada waktu pagi dan petang, setiap hari juga kita akan hantar risalah untuk diedarkan pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri.”

PRK Sungai Kandis menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara calon BN, Datuk Lokman Noor Adam dengan calon Pakatan Harapan, Zawawi Ahmad Mughni serta calon bebas, K Murthy, selepas PAS tidak menurunkan calon atas prinsip satu lawan satu untuk memberi peluang terbaik kepada pembangkang.

PRK Sungai Kandis akan diadakan 4 Ogos ini susulan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma, pada 2 Julai lalu.

Pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, Shuhaimi memenangi kerusi itu (dahulu Sri Muda) untuk penggal ke-3 berturut-turut dengan 23,998 undi, mengalahkan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518 undi), calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573 undi) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76 undi).


MR : Dulu rakyat dipesong oleh RTM dan TV3 kini Malaysiakini pesong rakyat dengan maklumat palsu... Keluar mulut harimau masuk mulut buaya....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

8 ulasan:

  1. Malaysiakini mmg suka putar belit.. sengaja nk bg gaduh pnyokonh ph dgn pmbngkg.. yg sedihnya, ada artikel putar belit ditulis oelh org islam sndiri

    BalasPadam
  2. Pas sokong BN dalam diam cukup, sepertimana MCA sokong DAP. Tak perlu sepentas.Bersatu menentang kemungkaran PH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok gak idea ni..
      Sama2 mnyokong di blkg pon xpe klau xmaw org2 ph mlompat.
      Sbb cina pon berpakat d blkg antara mca dan dap utk bngsa mereka.

      Padam
  3. Ya Allah jangan la pas begitu gusar untuk dituduh bekerjasama dengan umno kerana ini lah kehendak kaum munafik dan kafir dap.Golongan kafir dan munafik ini sangat takut dengan kerjasama melayu islam.Hapuskan la dendam bekerjasama la pas dan umno kerana Allah untuk mentadbir dijalan Allah.

    BalasPadam
  4. Allah telah bagi petunjuk maka umat islam perlu bersatu umno perlu kembali pada islam sebenar. Berkerjasamalah demi islam niatkan kerana allah. Pas umno tidak perlu bersatu cukup cuma berkerjasama. Puak ph begitu takut bila umno cenderung pada islam ini terbukti dimana tuan guru haji abdul hadi awang dan pemimpin pas diserang secara peribadi oleh siber trup tentera merah dap yang menguna nama samaran melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... kita x suruh pas bersatu masuk dlm umno pon.. kita fhm masing2 ada prti pilihan masing2.. tapi apa salahnya bekerjasama utk islam. Hari2 main politik pon x guna kalau isu rkyt dan agama x diberi perhatian.

      Padam
  5. Sy setuju PAS & UMNO bekerjasana demi Islan

    BalasPadam