Header Ads

ads header

Flash News

7,000 pengundi PAS akan undi saya kata calon PKR


Calon PKR bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yakin anggota PAS akan mengundinya pada 4 Ogos ini.

Mohd Zawawi berkata keyakinan itu lahir ekoran kehendak anggota parti Islam itu sendiri yang mahukan pemimpin yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam.

“Saya yakin pengundi PAS yang 7,000 itu akan mengundi saya.

“Kerana saya tahu bahawa mereka inginkan pemimpin yang pemikirannya Islam dan mempunyai sahsiah yang baik untuk menjadi ketua mereka,” katanya dalam sidang media Bilik Gerakan Utama, Bukit Kemuning, hari ini.

Dikenali sebagai individu yang berlatar belakang agama, bekas Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor ini juga pernah diamanahkan selaku Timbalan Majlis Perundingan Kebangsaan ABIM (MPKA) dan Setiausaha Integrated Muslim Association Nework (IMAN).

Selain merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) Selangor, Zawawi juga merupakan Pengetua Maahad Tahfiz al-Fateh, Jalan Kebun.

Beliau dan isterinya mengasaskan Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah, Seksyen 30, Shah Alam.





















Graduan Sarjana Muda Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar, Mesir dan Master Pendidikan di Universiti Malaya (UM) ini juga pernah berkhidmat selaku Ahli Mesyuarat Badan Dakwah, Majlis Agama Islam Selangor (2006 – 2012) dan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Keluarga Islam, MAIS (2009 – 2012).

Beliau pernah bertugas sebagai guru di beberapa buah sekolah dan institusi seperti Kolej Hafiz Klang, SAM Hishamuddin Sungai Bertih.

Terserah pada BN, PAS untuk bergabung

Sementara itu mengulas langkah BN untuk kerjasama dengan PAS bagi mendekati pengundi Melayu, Mohd Zawawi berkata ia terserah kepada parti terbabit.

“Terserah kepada mereka untuk bergabung atau tidak, kerana itu hak mereka,” katanya ringkas.


Semalam, calon BN Lokman Noor Adam dilaporkan mahu mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS di kawasan berkenaan sebagai salah satu usaha mengajak parti itu bersama-sama BN mendekati pengundi Melayu.

Beliau berkata, perjumpaan itu berkemungkinan akan dilakukan pada minggu ini.

Bagaimanapun dalam reaksi balas PAS, naib presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu tidak membuat sebarang perbincangan mahupun perancangan termasuk dalam soal membantu calon BN selaku pembangkang.

PRK DUN Sungai Kandis ditetapkan pada 4 Ogos ini berikutan kematian penyandang kerusi itu, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

PRK itu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Zawawi, Lokman dan seorang calon Bebas, K. Murthy.


MR : Susah pengundi PAS nak pilih orang agama yang telah lari daripada perjuangan Islam sebenarnya....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

16 ulasan:

  1. Kau akan jadi tukang sapu najis Dap la jugak.

    BalasPadam
  2. Wowwww... rekod calon ph ni power gak agamanya.. tapi naper pilih ph berbanding pas..
    Aku x blh hadam... adoii...
    Pulak tu yakin pnyokong pas akn sokong dia yg bertanding atas tiket ph sebab imej islam dia.. seriously??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada pnyokong pas yg sokong dia, aku x taw nk ckp pe..
      Sbb pnyokong pas ckp nk pertahankan islam tp mmberi undi pd prti yg nk menekan islam.. fening2..

      Padam
  3. Satu fakta menarik ialah: Ostad Peter Pan ada, ostad P. Kaya Raya ada, Ostad Bunnge Hisbiscus ada dan paling menarik ostad DAPur kayu pun ada.

    Yang hairannya, bila menifestoon tidak dilaksanakan, bila ayaq paip tak ada dan bila jalan berlubang tiada pula keluar ketetapan yang berbunyi: "menipu dan makan gaji buta itu bawaan syeitan"

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Calon ni org kuat ABIM.. ABIM ni mmg sinonim dgn anwar. Jd x heran la dia join PKR.. Besok kalu ditakdirkan anwar kluaq PKR masuk DAP depa ni pun berbondong bondong masuk DAP.. Depa bkn pilih dasar parti.. Depa pilih ikut selera pemimpin.. Sayangnya.... Na'uzubillahiminzalik .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah kalau pengetua maahad tahfiz pon join dap, xtawla apa yg diperjuangkan sebenarnya oleh manusia ini

      Padam
  6. alahai...Dr Maszlee tu pun apa kurang agamanya tapi sebab politik ..kuasa ..dan harta... janji tak tunai...kan ciri2 orang munafik so tak payahlah bangga sangat dgn latar belakang agama tu...klau betul nak berdakwa tak yah masuk politik pun ok...

    BalasPadam
  7. Mudah2an ditetapkan iman pengundi Islam supaya mengundi BN. walaupun tak berapa Islamik ( insyaALLAH masa akan datang akan lebih Islamik) dan mudah2an jangan diberi walau satu undi pun pada pakatan harbi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Mana la taw, dgn berbaik dgn pas, Allah beri hidayah pd pmimpin2 umno ni utk lbih islamik dgn asbab menghidupkan silaturrahim semula dan dgn dgn org2 baik.
      Allah knows best.

      Padam
  8. Ostad Peter Pan ada, ostad P. Kaya Raya ada, Ostad Bunnge Hisbiscus dan ostad DAPur kayu tidak boleh diharap untuk membela Islam kerana mereka takut pada abang besar parti kafir harbi roket bukan pada Allah.

    BalasPadam
  9. Dia pun tak sokong pimpinan ulama dlm PAS,macamana dia mendakwa org pas akan sokong dia,pelik juga masa dlm pru 14 dia dgn PKR,alih alih bila dia jadi calon tagih simpati penyokong pas,

    BalasPadam
  10. pendidikkan islam pemikiran kapir haramjadah..

    BalasPadam
  11. Kena tanya orang sungai kandis sendiri... Memang maklum pun beliau produk ABIM cuma jangan underestimate kewibawaan beliau...orang kampung low knowledge senang cair yob...terserah atas kebijaksanaan beliau dan dat' lokman sendiri... Tapi aku rasa ramai yang masih cair dengan PKR pasal dah lama establish berbanding dato lokman...

    BalasPadam
  12. Kalau betul "7000 akan sokong itu.." keluar dari mulut Calun PKR... ia satu yang perlu ada penjelasan lanjut. Usah biarkan tergantung.

    Isunya ialah apakah kenyataan Calun PKR itu benar, yakni 7000 pengundi sudah dilawati oleh Calun dan ada janji untuk diberikan undi.

    Atau semua dakwaan itu hanya sekadar dakwaan kosong bagi mengelirukan pengundi2 Pas atau reverse psychology untuk menghalang undi Pas pergi pada Umno.

    Pengakuan ini kalau tidak disanggah, impresinya ialah lulusan agama waima mewakili mana2 parti 'wajib' mendapat undi Pas.

    Sementara pihak satu lagi, meskipun mukmin tapi dek bukan lulusan agama, tidak layak mendapat undi Pas. Betul ke?

    Justeru isu ini perlu diketahui kebenaran/kepalsuannya dari mulut Pas sendiri. Respons dari Pas dapat mengelak calon2 dari mengambil kesempatan.

    BalasPadam
  13. Pucuk pimpinan dia pkr yg lebih bela dap yg anti islam dari pas yg perjuangkan islam. Dia berpendidikan agama tapi memdokong dap yg anti islam. Islam telah mengajar adap memilih pemimpin dalam situasa ini kedua2 islam jadi kita perlu memilih yg mana lebih kuat cenderung pada perjuangan islam. Pkr bersekongkol dengan dap yg anti islam dan sekarang memerintah negeri dan pusat dan setakat ini tiada agenda memertabatkan pemerintahan islam. Umno semasa memerintah tidak juga memertabatkan islam tapi sekarang tidak memerintah dan umno tidak bersekongkol dengan dap yg anti islam cuma dengab mic mca yg dah tak berkuasa dan terbukti cina dan india tidak sokong umno. Umno pulak bila tiada tekanan dari komponan yg kafir dan tengah mencari kawan jadi umno dikira boleh dibentuk kearah islam. Bagi kami buat masa sekarang umno lebih baik dari ph. Demi allah pas akan tetap perjuangkan islam.

    BalasPadam