Header Ads

ads header

Flash News

ADUN Umno Kelantan nafi mahu masuk BERSATU



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapha menafikan khabar angin yang mengatakan beliau akan keluar daripada Umno untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Khabar angin itu sebelum ini turut mengatakan Mohd Bakri akan berbuat demikian di majlis pengisytiharan di Machang, esok.

Jelas Mohd Bakri, khabar angin itu ditimbulkan oleh pihak yang cuba merosakkan nama dan reputasinya.

Bagaimanapun, Mohd Bakri mengakui bertemu dengan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Sazmi Miah di Kuala Lumpur pada awal bulan ini.

"Pertemuan itu, bukan bermakna ia bertujuan untuk menyertai parti mereka.

"Saya berjumpa kedua-dua pemimpin itu adalah untuk meminta bantuan seperti infrastruktur, jalan raya serta rumah demi kepentingan penduduk Gual Ipoh memandangkan sebanyak 80 peratus rakyat di daerah itu adalah miskin," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan seorang ADUN Umno Kelantan bakal menyertai BERSATU.
Susulan itu spekulasi tersebut mula tular di media-media sosial yang mensasarkan Mohd Bakri sebagai individu berkenaan.

Sudah maklumkan ketua bahagian

Sementara itu, tambah Mohd Bakri, dalam pertemuannya dengan pemimpin BERSATU itu beliau langsung tidak menyatakan hasrat untuk menyertai parti kompenan Pakatan Harapan berkenaan.

"Dalam pertemuan itu, saya langsung tidak menyatakan mahu menyertai BERSATU dan kita terpaksa kena berbaik dengan mereka dalam situasi hari ini kerana ini adalah tanggungjawab kita untuk membantu rakyat.

"Seperti (Presiden PAS) Abdul Hadi Awang jumpa dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, adakah bermakna beliau juga mahu tukar parti?

"Tambahan pula, hasrat saya itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz sebelum bertemu mereka," jelasnya.

Dalam pilihan raya umum ke-14 lalu, Mohd Bakri berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Ipoh dengan majoriti 1,415 undi mengalahkan calon PAS, Wan Yusuff Wan Mustafa dan calon PKR, Datuk Mohd Soba Hussin.

Mengulas lanjut, Mohd Bakri berkata, beliau juga sudah berjumpa dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, hari ini bagi menjelaskan perkara berkenaan dan memaklumkan tidak akan menghadiri majlis anjuran BERSATU esok.

"Sehingga hari ini, saya tidak menerima apa-apa peruntukan, jadi macam mana saya mahu tolong rakyat termasuk membayar kerani.

"Jadi, diharap pihak terbabit belajar berfikiran positif dengan pandangan terbuka dan kalau ada isu, biarlah ia sahih terlebih dahulu," katanya.

MR : Bersatu kemaruk nak tambah ahli 13 mana cukup, kena buli dengan DAP aje....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Tiada angin masakan....

    Bila kerusi sifar, reputasi tercalar.

    Untuk pulih reputasi ada kosnya

    Bila harga tiada masalah

    Ramai yang cair dan terliur

    Alasan kliche: demokrasi

    Moral?

    BalasPadam