Header Ads

ads header

Flash News

Orang PAS Perlu Diajar?


Macam keras dan mengada sikit tajuk itu. Keras lembut betul salah terpulang kepada penilaian masing-masing. Rasanya tungkulan Ustaz Azhar Idrus lagi keras dan menyekit.

1. Himpunan yang sepatutnya mega demi ummah disertai oleh tak sampai 20 000. Ahli PAS pantai timur merangkak mendaki Banjaran Titiwangsa, ahli PAS sekitar gagal mendominasi himpunan.

2. Menjawab Salam penceramah hendak tak hendak, acuh tak acuh. Terpaksa penceramah ulangkan salam.

3. Bila minta takbir, ahli-ahli PAS masih malu dan malas. Tidak menyeluruh. Sudahlah yang bertakbir pun bersuara pondan. Sedangkan takbir adalah gerak rasa jihad.

4. Sebahagian ahli PAS suka pilih tempat selesa. Biar pun padang perhimpunan masih kelompangan, ada yang terus berdiri Di bawah pokok Di pinggir jalan walaupun diseru beberapa kali untuk memenuhi padang.

5. Yang suka berdiri menghalang pandangan orang Di belakang tidak kurang untuk diingatkan.

6. Derma nampak menyeluruh tapi entah berapa yang dihulurkan. Puratanya, jika hadirin 3 000 orang, derma dapat lingkungan RM1 000.

Wallahu'alam. Semoga menyentuh dan mendidik.

#NekadBersamaIslam
PRU15UntukPAS

BayangDiAir,
Padang Kelab Sultan Sulaiman, KL.
12.40pm 28/7/2018


MR : Jika sikap orang PAS masih lemah, sukar untuk mereka nak bangkit pada PRU-15 nanti....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

15 ulasan:

  1. Pimpinan pas ke mana?

    BalasPadam
  2. 1. Kelab itu boleh dianggap di tengah-tengah KL. Orang KL meskipun celik maklumat tentang penganjuran, bila ada urusan lain di luar KL makanya hari Sabtu atau Ahad adalah hari yang warga KL ada kesempatan keluar KL.

    2. Masih ada 'dinding' yang memisahkan di tiga penjuru. Ada yang bersifat psikologikal iaitu yang terbentuk susulan beberapa isu yang distrategikan dan dimainkan oleh musuh Islam dan musuh dalam selimut sebelum semasa dan selepas PRU14.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka tak terhantuk lagi agaknya..dah tergadah barulah semangat..agaknya lah

      Padam
  3. Dah hilang semua baru nk semangat x ada guna.

    BalasPadam
  4. Kehadiran ramai umat Islam dalam Himpunan Kebangkitan Ummah yang bertemakan “Malaysia Baru Pasca PRU14: Islam Melayu Terancam” yang dianjurkan oleh Gabungan Pembela Ummah yang dianggotai 300 NGO Islam dengan sokongan PAS dan UMNO adalah petanda yang baik menunjukkan lebih ramai umat Islam akan menghadiri siri Himpunan Kebangkitan Ummah jika pemimpin NGO Islam, PAS dan UMNO berjaya membuka minda umat Islam untuk menyokong perjuangan Islam menentang kezaliman dan penindasan pemimpin-pemimpin munafik liberal dan kafir harbi ke atas Islam dan umat Islam.

    Kita percaya bilangan perserta Himpunan Kebangkitan Ummah akan bertambah ramai dalam siri-siri Himpunan Kebangkitan Ummah yang seterusnya apabila semakin umat Islam mula menyedari mereka telah ditipu, di'kencing' dan ditindas oleh KERAjaan pakatan yang sedang menindas Islam dan umat Islam.

    Siri-siri Himpunan Kebangkitan Ummah akan menjadi Tsunami Umat Islam yang boleh menggulingkan KERAjaan pakatan dalam PRU 15 atau lebih awal lagi.

    Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemimpin NGO Islam, pemimpin-pemimpin parti Islam PAS dan pemimpin-pemimpin UMNO dan umat Islam yang telah menjayakan Himpunan Kebangkitan Ummah.

    Walaubagaimanapun, kita semua umat Islam perlu berhati-hati kerana musuh-musuh Islam akan merancang beberapa strategi kotor termasuk fitnah untuk menghapuskan Himpunan Kebangkitan Ummah dan menghasut umat Islam membenci perjuangan Islam dan parti Islam PAS dll.

    Langkah pertama musuh Islam untuk melemahkan semangat umat Islam ialah menggunakan kaedah psikologi dengan melaporkan konon 2000 orang sahaja menghadiri Himpunan Kebangkitan Ummah .

    Alhamdulillah, ismaweb.net dan Utusan Malaysia dll telah melaporkan lebih 10,000 hadir Himpunan Kebangkitan Ummah !

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin. bangkitlah ummat

      Padam
    2. Tak apa la, sbb org melayu islam tk nk sokong dan undi islam. Mgucap syahadah pun tnpa tahu makna yg blh batal keislaman yg dibenci Allah. Last2 Allah tunjukkan sbb dan akibat kerana tdk sokong islam. Tggu la 5 tahun lg ingat skjap ke? Macam2 yg ph blh rombak dan hapuskan secara beransur2 sampai licin. Msia akn jadi mcam melayu sgpore nnti.

      Padam
  5. Malaysiakini sudah jadi berita Bharuan.

    BalasPadam
  6. PAS mesti ke hadapan dalam melangkah. Mengapa ambil pendekatan tunggu dan lihat ?

    PAS perlu ambil tanggungjawab.

    BalasPadam
  7. Tugas menyatukan umat Islam ialah tugas PAS. Bukan tugas UMNO. Bukan tugas orang lain.
    Sila ambil pendirian yang tegas di waktu yang sama sila dekati rakyat dan orang-orang UMNO.
    Saya rasa memang ada sesuatu yang berlaku di balik tabir.
    Susunan strategi sudah pun bermula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya ramai juga ahli umno yg dh cenderung kpd pas.
      Cuma pas perlu tunjukkan bhwa pas bersedia mempertahankan hak mlyu sperti umno.
      Sayangnya pnyokong umno adalah krana mreka merasakan umno brjuang byk utk mlyu.
      Jika pas blh mnunjukkan yg mreka blh lakukan sedemikian, x mustahil rmai pnyokong umno beralih ke pas

      Padam
  8. Pas lambat sangat dalam isu penyatuan melayu ni.
    Duduk semeja, bincang apa yang sama dulu. Buat persetujuan tindakan nk memperkasa kepentingan ummah dahulu..politik kemudian sikit.

    BalasPadam
  9. Sebelum mengkritik PAS, lebih baik tuan puan melihat sendiri sikap KJ dan pemimpin-pemimpin yang sepertinya terhadap PAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedara...
      Jgnlah menyempitkan pemikiran sedara..
      Saya Anon 3:28ptg;
      Sy mmberi saranan pd pas bgaimana utk mnarik pengundi umno kpd pas.
      Ini bukan berkisar ttg sikap kj atau pmimpin umno.
      Mngapa sedara msti merasakan cadangan/kritikan seolah2 seperti nk kutuk pas?
      Kritikan ada yg bersifat mmbina dan ada yg membunuh.
      Sy sarankan pd sedara sila bersikap terbuka dan faham apa yg dibincang.
      Sy mmberi saranan pd pas apa yg perlu dilakukn utk menarik hati pngundi umno bukan menarik kj msk dlm pas.
      Sekian

      Padam
    2. Komen saya 4:22 PTG adalah secara umum sahaja dan tidak ditujukan khusus kepada tuan 3:28ptg. Saya bersetuju dengan komen 3:28ptg tuan tersebut untuk kebaikan PAS sendiri.

      Kita boleh mengkritik PAS secara membina supaya PAS boleh terus wujud untuk memperjuangkan Islam dan hak umat Islam termasuk kaum Melayu.

      Padam