Header Ads

ads header

Flash News

Akta Sosma akan dimansuh, kata Dr M


SHAH ALAM: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma, undang-undang kontroversi yang diluluskan pada 2012 dan dilihat sebagai pengganti kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Perdana menteri berkata rakyat mesti dilindungi dengan undang-undang yang adil, kerana Sosma membolehkan pihak berkuasa menangkap sesiapa tanpa pendengaran di mahkamah.

“Inilah undang-undang yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak. Kita akan mansuhkan undang-undang ini,” katanya di kempen derma Tabung Harapan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) malam tadi.

“Rakyat akan dilindungi dengan undang-undang yang adil, supaya apa-apa kesalahan yang dilakukan, jika ada, akan ditentukan oleh mahkamah. Mahkamah akan menentukan salah atau tidaknya seseorang itu.

Sosma diluluskan Dewan Rakyat yang memperuntukkan langkah-langkah khas bagi membendung aktiviti yang dianggap memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Sosma memberi kuasa kepada anggota keselamatan menangkap seseorang tanpa waran, menahannya orang berkenaan selama 24 jam bagi tujuan siasatan, dan melanjutkan tempoh tahanan orang berkenaan untuk tempoh tidak melebihi 28 hari. Jaminan tidak boleh diberikan dan hendaklah ditahan sehingga semua rayuannya di mahkamah dibereskan.

Antara yang ditahan di bawah Sosma ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, yang ditahan selama 11 hari kerana peranannya dalam tunjuk perasaan Bersih 5 pada November 2016. Ia juga digunakan terhadap penyokong kuat Dr Mahathir, Datuk Khairuddin Abu Hassan kerana peranannya melaporkan skandal 1MDB kepada pihak berkuasa asing.

Dr Mahahthir mendakwa jika seseorang itu mati selepas ditangkap di bawah Sosma, tidak akan ada inkuiri untuknya. “Inilah kerajaan zalim yang sudah kita jatuhkan. Undi rakyatlah yang menjatuhkan kerajaan Najib.”

Perdana menteri memberi jaminan kerajaannya memulihkan kedaulatan undang-undang supaya “rakyat tidak tertindas dengan kerajaan yang tidak mempedulikan undang-undang.”

“Undang-undang dibuat untuk melindungi rakyat,” katanya.

Sementara itu, di majlis kutipan dana hari ini, 18 persatuan Cina di Klang menyumbang RM3.7 juta kepada Tabung Harapan. Tabung Harapan dilancarkan oleh Pakatan Harapan untuk membolehkan rakyat membantu kerajaan menangani hutang negara yang dikatakan mencecah RM1 trilion.


MR : Sebelum ini Mahathir kata dia tak bebas macam dulu nak tangkap orang, hari ini dia kata undang2 untuk melindungi rakyat. Mahathir tak perlu masa sehari untuk menukar percakapannya dan sangat pelik semua yang dengar angguk macam 'bodoh' tanpa berfikir....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Sabah untuk Sabahan, Eastern untuk Easterner, Western untuk Westerner.

    Baitulmakdis untuk Yahudi, Laut Cina Selatan untuk 'emperor'.

    Hanya Tanah Melayu (TM) untuk semua. Syabas TM: Tanah Majmuk


    BalasPadam
  2. Sila mansuhkan sebelum prk ni. Kalau tak nnt lepas prk awak spin pulak.

    BalasPadam
  3. Tun x payahlah dok kalut dgn SOSMA ni.. Tun perbetol economy bg elok dah la.. Biaq La pm in waiting pikiaq semua ni nti.. Tun kan dah janji sblm PRU kt rakyat yg tun nk jd PM sat saja.. No kalu semua tun nak buat nmpk gaya x cukup dua tahun ni.. Kena lajak jd PM smp PRU 15 ni.. Kesian kt pm in waiting.. Hehe..

    BalasPadam