Header Ads

ads header

Flash News

Kasut hitam bikin riuh satu Malaysia


Kisah lebih 20 tahun yang lalu, di satu pagi Ahad, ibu saya menjerit, “Heng, kasut kamu masih tak basuh. Macam mana nak kering? Esok kamu pakai kasut basah sahaja!”

Setiap Sabtu menjadi tugas saya untuk membasuh kasut sekolah warna putih sendiri. Tujuannya agar kasut diberikan masa cukup untuk kering sebelum Isnin. Sebagai budak sekolah menengah ketika itu, tugas membasuh kasut dilihat tugas yang amat berat.

Sebelum boleh dicuci, seeloknya kasut direndam sejam dalam air sabun supaya kotoran mudah dihilangkan dengan gosokan.

Kasut keperangan itu kemudian perlu digosok kuat agar keputihan dapat dikembalikan ke tahap yang boleh diterima. Tapak kasut yang kehitaman perlu digosok setiap penjuru agar bersih dan tidak cepat menghitamkan stokin putih. Yang paling “frust” ialah saiz kepala berus yang diberikan ibu tidak sepadan dengan kasut.

Kebiasaannya, saya terpaksa menghabiskan masa lebih sejam untuk membersihkan kasut (termasuk masa merendam) kerana takut dimarahi ibu jika beliau melihat kasut saya sekadar “mandi kerbau”. Mata ibu juga amat tajam untuk mengetahui apakah kasut itu dicuci selepas direndam ataupun tidak.

Jikalau ibu tidak puas hati dengan keputihan kasut, saya terpaksa mengulangi proses dan ini sebabnya saya benci kerja mencuci kasut.

Setelah dicuci, kasut perlu disapu kapur putih agar keputihan dapat dikembalikan. Lalu kasut disidai di kawasan berangin dan di bawah matahari terik.

Kerja mencuci kasut bukan habis setakat sidai. Saya perlu peka dengan cuaca. Sekiranya langit menjadi mendung, kasut perlu disimpan cepat sebelum hujan. Jika terkena hujan, bau busuk kasut akan kembali menyengat sekiranya tidak dikeringkan dengan betul.

Sekiranya kasut tidak sempat dikeringkan pada malam Ahad kerana hujan (jarang berlaku jika dicuci pada Sabtu) atau kerana saya malas atau terlupa mencucinya lebih awal, ibu akan menyediakan api kecil di atas arang lalu menyusun kasut saya di tepi agar dapat dikeringkan menggunakan haba sebelum pagi Isnin.

Begitulah nostalgia saya terhadap kasut sekolah warna putih. Bagi saya, kasut warna putih tidak praktikal tapi nilai disiplin dalam menjaganya sangat besar di zaman itu kerana kebanyakan kita mencuci kasut sendiri.

Tapi di zaman ini, saya tidak tahu apakah perkara itu masih benar. Mungkin hari ini kebanyakan ibu bapa yang mencuci kasut untuk anak-anak. Golongan ini sudah tentunya menyokong cadangan menggantikan kasut warna putih dengan kasut warna hitam. Jika dibandingkan dengan kasut warna putih, secara praktikalnya kasut hitam memang lebih mudah dijaga.

Meskipun kotor, anak-anak sendiri pun tidak sedar setahap mana kotornya kasut mereka. Kalau kasut warna putih, terkena lumpur sikit atau sos tomato terjatuh atas kasut, boleh nampak jelas kekotorannya.

Tiada apa yang salah dengan cadangan tukar warna kasut dari putih ke hitam, ada pro dan kontranya kepada semua.

Cuma saya berharap kerajaan dapat memberikan BR1M lebih kepada golongan yang memerlukan untuk menukar kasut anak-anak. Ini bebanan baru kepada mereka untuk tahun depan.

Ini hanya isu kecil. Saya bersetuju dengan Tan Sri Rais Yatim, ada banyak lagi isu besar yang perlu ditumpukan dalam sistem pendidikan negara daripada soal kasut warna hitam. Isu ini tak sepatutnya riuh satu negara.

TIMMY SAY


MR : Warna kasut adalah mewarnai disiplin anak-anak kita....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

7 ulasan:

  1. Kasut yang dibasuh seminggu sekali ada kalanya masih mengeluarkan bau yang menusuk ke hidung, bayangkan kalau kasut hitam yang tak dibasuh untuk satu tahun!!!???

    Risiko tak nampak buat masa ini ialah kemungkinan satu kelas tidak dapat beri tumpuan apabila pencemaran bau memenuhi setiap ruang dalam bilik darjah.

    BalasPadam
  2. Laaa... saya pelik kenapa korang tak pakai klorox ? Punyalah senang. Tak payah sental pun.

    BalasPadam
  3. Inilah dia smokescreen.

    AKA diversion atau "alih pandangan" .

    Biasalah taktik Mahathir.

    Dah kena gasak isu UEC , timbulkan isu remeh temeh macam ni.


    Inilah dia politik Pakatan Harapan. Belajar tinggi-tinggi tapi flip flop. Dahulu dok kutuk Ahmad Maslan , sekarang ini Dr. Mazlee dah jadi Ahmad Maslan.

    Itu sebablah Malaysia perlukan politik matang dan sejahtera.

    Politik yang mana akan menyatukan semua umat Islam dan orang Melayu di bawah payung Islam.

    Politik BPMS ini tidak menipu. BPMS tidak berjanji palsu. Asas BPMS dinyatakan tepat dalam surah As Saff.
    Sila baca dan hayati intipati surah As Saff.

    1. Allah mengecam orang yang tidak melakukan perkara yang dia telah janjikan.

    2. Allah memberi jaminan syurga kepada mereka yang sabar dan istiqamah. Jaminan ini diberikan kepada mereka yang menjaga "Tijarah" / dealings /perniagaan / occupation dengan Allah.

    3. Allah bagi definisi Tijarah : 1. Taat Allah dan Rasulnya. 2. Jihad di jalan Allah dengan mengorbankan harta dan nyawa.

    Inilah keberuntungan bagi mereka yang mengetahui.



    BalasPadam
  4. Tinggal kenangan crita "aku sepasang kasut putih"...

    BalasPadam
  5. Elok baju sekolah pun hitam.jimat sabun. Idea bernas dari seorang bertaraf menteri

    BalasPadam
  6. Elok baju sekolah pun hitam.jimat sabun. Idea bernas dari seorang bertaraf menteri

    BalasPadam
  7. Saya telah kehilangan banyak masa untuk syarikat pinjaman palsu yang cuba mendapatkan pinjaman. tetapi itu tidak berlaku lagi.

    Nah, saya melihat komen pada blog oleh Marianne Low yang memberi keterangan tentang mendapatkan pinjaman dari seorang ibu Susan bowman, yang saya fikir sebagai salah satu syarikat palsu ini. Kemudian saya memutuskan untuk menghubunginya dan mencubanya semula .... Mengejutkan saya selepas prosedur yang diberikan kepada saya oleh ibu Susan. Kemudian dia meyakinkan saya bahawa saya akan dibiayai oleh bank langsung dari Indonesia yang harus saya pegang. Saya menunggu sehingga pinjaman saya diproses dan diluluskan dan kemudian saya mendapat pinjaman saya memohon langsung ke akaun bank saya tanpa bayaran tambahan ... Semoga Allah memberkati ibu Susan untuk kerja yang indah yang dia lakukan ..... Kebanyakan kawan saya yang memerlukan pinjaman juga dikenakan dan mereka mendapat pinjaman juga ....

    Anda boleh menghubungi ibu Susan bowman dengan e-mel ini (Susanbowmanloancompany@gmail.com)
    Juga pada whatsapp 12027538718
    untuk pinjaman anda sendiri dia tidak menipu saya

    Dan jika anda juga boleh menghubungi saya di email ini jika anda takut: aelok36@gmail.com

    BalasPadam