Header Ads

ads header

Flash News

Antara Kejujuran Dan Wang


Untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama sekarang ini, tidak lagi menjadi masalah besar. Kita boleh bersemuka dengan ramai cerdik pandai tentang bab agama, yang boleh memberi panduan tentang sesuatu perkara yang kita kurang memahaminya.

Samada bersemuka secara langsung ataupun dalam dunia yang serba canggih dewasa ini, kita boleh bertanyakan soalan pada seseorang ustaz secara jarak jauh samada melalui telefon, pesanan ringkas ataupun melalui media sosial. Malah carian dalam internet tentang sesuatu kemusykilan akan ada banyak jawapannya.

Disamping itu disurau-surau atau masjid sering kali ada ustaz-ustaz yang memberi kuliah agama. Samada para ustaz itu dari penduduk tempatan ataupun ustaz-ustaz luar yang dijemput khas oleh pihak masjid.

Tujuan memanggil ustaz-ustaz luar, adakalanya sebagai tarikan orang ramai untuk mendengar kuliah, lebih-lebih lagi ustaz atau penceramah tersebut seorang yang terkenal.

Bagi sesetengah ustaz yang jujur dalam menyampaikan ilmu, mereka tidak kisah sangat tentang imbuhan atau bayaran.Yang menjadi masalahnya ada kalangan ustaz yang memperkayakan diri dengan kuliah-kuliah jemputan tersebut. Ada ustaz yang menetapkan ribuan ringgit satu jam untuk satu-satu kuliah.

Ustaz yang macam inilah yang dikatakan “cakap tak serupa bikin”. Cakap supaya kita jangan tamak, bersederhana, jujur dan sebagainya, tapi diri sendiri tidak terarah kearah itu.

Justerulah apabila kita sudah tahu perangai ustaz seperti ini, kita agak keberatan untuk pergi mendengar kuliah walaupun apa yang disampaikan itu adalah sesuatu yang betul.

Memanglah para ustaz bukannya malaikat. Setiap kali kedatangannya ke masjid atau surau memerlukan kos. Dan pihak masjid atau pertubuhan yang menjemputnya tentu akan memberi imbuhan, tapi kalau awal-awal lagi seseorang ustaz itu menetapkan bayaran, nampak sangat ketidakjujuran seseorang ustaz itu dalam menyampaikan ilmu agama.

Sebab itulah sekarang ini tidak semua para ustaz itu perlu disanjungi. Bukan ilmunya, tapi perangainya. Lebih-lebih lagi ada ustaz-ustaz sesama ustaz berkelahi kerana berebut ceramah. Ada Tok Imam sesama Tok Imam bermasam muka kerana langgar sempadan untuk menikahkan orang.Puncanya kerana kejar wang.

Ustaz dulu-dulu mereka mengajar agama adalah sejujurnya-jujurnya.Pemberian atau imbuhan dianggap rezeki dari Allah.Sebab itulah ilmu yang disampaikan mudah memberi kesedaran kepada anak muridnya.Maknanya keberkatan ilmu itu ada.

Tapi sekarang ini walaupun seseorang ustaz itu mengingati berkali-kali tentang baik buruk sesuatu, tapi mereka yang mendengarnya masih ramai yang kurang insaf.Sebabnya mungkin ilmu yang sampaikan itu tiada berkat, disebabkan perangai tak baik yang ada pada sesetengah ustaz itu sendiri.

MBS

MR : Ramai yang mengajar sebagai sumber pendapat dan bermewah dengan sumbangan tapi jangan lupa ramai juga yang berkorban untuk ini sehingga jarang jumpa isteri dan anak-anak kerana menyampaian ilmu. Allah maha Mengetahui....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Dulu tak berapa jauh, lebih-lebih pun jemputan untuk pergi ke hujung kampung atau tengah pekan terdekat saja. Kos tak banyak, berbasikal atau dengan motosikal boleh sampai.

    Sekarang kalau dijemput punyalah jauh. Duduk di Perlis jemputan untuk ke Sabah/Sarawak. Kos petrol, tol dan penginapan saja boleh rabak poket sendiri.

    Dulu kalau nak bersedekah seposen atau 20sen dah terasa sesuai dengan kedudukan.

    Sekarang kalau nak derma 50 ringgit ke atas belum tentu terasa sesuai dengan kedudukan

    Selalulah bersangka baik. Usah jadi sifu LKS yang menuduh PM4-PM7 itu dan ini, tapi sampai lar nih satu pun belum sangkut.

    BalasPadam
  2. Setuju bersangka baik terhadap Ustaz2 yang dimaksudkan dlm isu ini, isu ini bukan suatu masalah yang perlu diperbesar besarkan atau ada niat untuk mencipta persepsi terhadap golongan agamawan.

    Ustaz2 ni juga ada tanggungjawab yang perlu digalas... sesetengah Ustaz mempunyai Mahaad yang perlu dibiayai dari sumber imbuhan mengajar. Oleh itu janganlah berkira sangat...lagi pun duit tersebut adalah hasil dari sumbangan, infak dan wakaf para jemaah agar digunakan.

    Masalah sebenar bukannya imbuhan tinggi yang perlu dibayar tapi sikap pihak Masjid yang seronok dan berbangga melihat duit tabung yang banyak sehingga merasa sayang untuk digunakan.

    Bayangkan karpet Masjid yang telah lusuh masih digunakan dan menanti sesiapa hendak wakaf... sedangkàn duit dlm tabung ada beratus ribu dan lebih dtp cukup untuk menggantikan dgn karpet baru dan pahalanya dapat dirasai oleh lebih ramai berbanding dari wakaf individu.

    BalasPadam