Header Ads

ads header

Flash News

Merdeka Versi PH


Telah 60 tahun kita sambut merdeka dengan versi UMNO.Kini sambutan ke 61 tahun ini akan berlaku kelainan.

Jika dulu bermula Tunku,Tun Razak,Hussien Onn,Dr Mahathir,Pak Lah dan Najib sambutan mengikut sejarah versi UMNO.Tokoh-tokoh UMNO,MCA dan MIC dijulang sebagai tokoh kemerdekaan dengan meminggirkan golongan kiri.

Kini kerajaan baru PH dibarisi oleh pelbagai aliran bermula berdarah UMNO seperti parti BERSATU pimpinan Tun Mahathir diikuti sosialis DAP,AMANAH dan PKR.

Jadi bagaimana cara sambutan kemerdekaan kita kali ini? Tentu bukan milik 100% BERSATU yang berDNA UMNO 2.0. DAP juga ingin menonjolkan tokoh idola mereka sebagai pejuang kemerdekaan. Begitu juga PKR yang bergabung dengan PSRM juga dianggotai oleh ahli sosialis.

BERSATU seperti UMNO akan mengangkat Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan, PKR pula mungkin Ahmad Boestaman,Pak Sako sebagai tokoh idola mereka. Manakala AMANAH barangkali mengangkat Abdullah CD,Rashid Maidin,Mat Indra sebagai tokoh mereka.

Bagaimana dengan DAP.Siapakah tokoh kemerdekaan mereka? Mungkin Chin Peng ,Chan Tien,Chan Yuan,Suriani dan puluhan yang pernah hidup dalam buangan di China.

Selesakah Tun Mahathir,Muhyiddin dan Mukhriz menerima sejarah merdeka baru versi PH ?

 Abu dhomdhom TRG


MR : Sebenarnya rakyat tak merdeka tetapi dijajah dalam bentuk baru oleh kerajaan PH....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

8 ulasan:

  1. Bukan deorang yang teruskan penjajahan tapi para kroni. Deorang hanya jadi tukang Tai Chi & Bala Chi saja.

    BalasPadam
  2. Bg lim kit siang yg mai ke semenanjung tanah melayu dari china dgn pak dia,ini kejayaan terbesar bg komunis haram jadah d tanah melayu. Perintah malaysia dan tulis sejarah versi cina komunis racist atheist dan melayu liberal murtad lgbt. Tahniah bg semua yg mengundi pakaturn hope.(hope - harapan : kempen kristian d seluruh dunia. Sama dgn change - ubah : kempen kristian d seluruh dunia).

    BalasPadam
  3. PKM ADALAH PENGGANAS BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN.

    Pada 4 Januari 1943, ramai orang Melayu telah mati dibunuh dengan kejam oleh pengganas-pengganas komunis di Gua Musang. Pengganas komunis telah membakar banyak rumah penduduk termasuk kuarters kereta api dan balai polis dan merosakkan semua harta benda penduduk di Gua Musang. Nik Mah Nik Soh yang sedang sarat mengandung telah mati dibunuh dengan kejam oleh komunis. Kubur Allahyarham Nik Mah berada di tengah-tengah masjid hadapan mimbar di Gua Musang.

    Parti Komunis Malaya (PKM @ CPM @ MCP) yang terdiri dari kaum China sebagai ahli majoriti telah menubuhkan Tentera MPAJA atau Bintang Tiga yang dilatih oleh tentera British untuk menentang tentera Jepun di Persekutuan Tanah Melayu @ Malaya dalam Perang Dunia Kedua.

    Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menubuhkan sebuah negara Republik Komunis Malaya di Tanah Melayu hampir tercapai apabila Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Ke2 pada 15 Ogos 1945 di mana PKM melalui MPAJA @ Bintang Tiga telah menguasai Tanah Melayu selama 14 hari dalam tahun 1945.

    Dalam tempoh 14 hari tersebut, pengganas-pengganas komunis yang zalim, kejam dan sadis ini telah keluar dari hutan dan Merompak hasil tuaian, tanaman dan ternakan penduduk kampong, menculik dan merogol wanita muda tidak kira anak dara, janda atau isteri orang Melayu, menyiksa dan membunuh orang-orang Melayu Islam dan penghulu dan ulama Islam dan memusnahkan kampung Melayu dengan membakar rumah-rumah kaum Melayu Islam dan menghina agama Islam, ulama Islam dll dan mencemari masjid dll seperti melarang kaum Melayu Islam bersolat berjemaah dengan alasan membuang masa.

    Modus operandi pembunuhan yang dilakukan oleh Bintang Tiga adalah dengan membawa orang-orang Melayu ke tepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka dipukul dengan kayu, besi atau belakang cangkul dan ditanam ke dalam lubang yang sudah siap digali. atau ditanam hidup-hidup atau ditembak ditepi lubang dalam keadaan berlutut atau digantung.

    Kemudian PKM melalui pengganas-pengganas komunis telah meneruskan keganasan mereka dalam 1948 yang menyebabkan Darurat Tanah Melayu diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 sehingga tahun 1960 di mana pengganas-pengganas komunis telah mencederakan, menyiksa dan membunuh ramai orang awam, polis dan tentera dan memusnah infrastruktur, ladang dll.

    Pada waktu pagi 25 hb March 1950, pasukan Platun 12 Kompeni D Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja dengan kekuatan 25 anggota tentera diketuai oleh Leftenan Muda Hassan Bin Yassin, Koperal Jamaludin Bin Mohamad, empat Lans Koperal, dan 19 prebet telah diserang hendap oleh 250 pengganas komunis PKM dari arah bukit yang terletak di seberang Sungai Semur. Akibatnya 17 orang anggota tentera telah gugur dan enam cedera parah dan dua lagi cedera ringan. Walaubagaimanapun, tentera Melayu berjaya berjaya membunuh seramai 29 pengganas komunis PKM di samping mencederakan ramai yang lain dalam pertempuran di Sunagi Semur tersebut. Agi Idup Agi Ngelaban !

    PKM menyifatkan serang hendap di Sungai Semur , Gua Musang sebagai kejayaan PKM (walaupun 29 pengganas komunis telah berjaya dibunuh oleh platun 12, 3 RAMD dalam pertempuran di Sungai Semur). Kompeni komunis Ke-7, Rejimen Ke-12 TENTERA PEMBEBASAN NASIONAL MALAYA (TPNM @ PKM) telah telah mendapat surat pujian dari Markas Agung (TPNM).

    Pengisytiharan Darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11,000 orang telah terkorban.

    Selepas Darurat diisytiharkan tamat tahun 1960 yang bererti PKM gagal menguasai Persekutuan Tanah Melayu, gerila-gerila Komunis berundur masuk ke kawasan Selatan Thailand.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambungan:

      Dalam tahun 1968, Parti Komunis Malaya sekali lagi mengulangi konflik bersenjata untuk merampas Persekutuan Tanah Melayu dengan menggunakan kekerasan selepas PKM membuat persediaan selama 8 tahun dan pemberontakan ini dilakukan serentak dengan pemberontakan yang dijalankan di Kalimantan oleh Parti Komunis Kalimantan Utara (SCO @ CCP). Tempoh kempen keganasan bersenjata PKM dan CCP ialah dari 1960 - 1989.

      Parti Komunis Malaya melancarkan serangan-serangan ke atas unit-unit tentera darat dan polis daripada seberang sempadan Thailand dan Kalimantan dengan tujuan memporak-perandakan keselamatan negara umtuk mengugatkan keyakinan rakyat kepada keupayaan pasukan keselamatan menangani ancaman daripada anasir komunis.

      Pasukan Penggempur PKM Keenam yang diketuai oleh seorang wanita, iaitu Komander Loh Poh Yin yang menjalankan kegiatan keganasan di kawasan tengah Semenanjung Malaysia di sekitar Batang Berjuntai, Kuala Kubu Bharu, Raub dan Bukit Fraser telah melakukan serang hendap serang hendap ke atas anggota-anggota tentera berhampiran Kem Puncak Emas di Raub, Pahang dan Poh Yin telah membunuh seorang anggota tentera dan membelah dada serta perut lalu mengeluarkan jantung dan isi di dalamnya dan merampas senjata automatik milik anggota tentera itu.

      PKM dan CCP telah menjalankan operasi pembunuhan ketua-ketua pasukan keselamatan dan pemimpin berpengaruh dan di antara mangsa PKM ialah Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri Perak.

      Maka terbuktilah PKM dan CCP adalah pertubuhan pengganas yang sangat kejam, zalim dan sadis kerana PKM dan CCP telah melakukan pelbagai jenayah kejam, sadis dan zalim ke atas orang awam terutamanya kaum Melayu Islam, tentera dan polis dan memusnahkan kampung-kampung Melayu Islam, ladang, infrastruktur dan menghina Islam dan mencemari masjid dll dan menculik dan merogol perempuan-perempuan Melayu Islam dll.

      Kita merasa amat dukacita, terhina dan marah jika terdapat pemimpin parti politik dan barua-barua komunis mendakwa kononnya Parti Komunis Malaya (PKM) adalah pejuang kemerdekaan negara ini kerana gelaran pejuang kemerdekaan untuk PKM adalah di antara pembohongan yang terbesar yang menafikan fakta-fakta sejarah dan penghinaan ke atas penderitaan rakyat negara dan pengorbanan tentera , polis dll. Penyokong-penyokong PKM ini sepatutnya dihalau balik ke negara China Komunis.

      Kita juga bimbang pemimpin-pemimpin, ahli dan penyokong PKM mungkin cuba menguasai negara ini melalui perjuangan politik proksi-proksi mereka setelah PKM gagal merampas negara ini melalui kempen keganasan bersenjata.

      Written by a humble ex-2nd Lt
      ATM

      Padam
  4. Penyokong Parti Komunis Malaya (PKM) adalah secara automatik adalah seorang komunis yang menjadi pengkhianat kepada rakyat dan negara ini kerana penyokong-penyokong PKM ini menyokong dan membela keganasan dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh PKM ke atas rakyat dan kedaulatan negara ini.

    Penyokong-penyokong komunis ini adalah setaraf dengan penyokong pertubuhan pengganas hindu LTTE yang telah menyiksa, mencederakan dan membunuh ramai rakyat yang tidak bersalah termasuk umat Islam di Sri Langka.

    BalasPadam
  5. Di zaman kerajaan UMNO BN, penyokong-penyokong komunis termasuk ahli-ahli unit Min Yuen telah ditangkap oleh tentera dan polis untuk melindungi rakyat dan negara ini.

    Bagaimana pula di zaman KERAjaan pakatan? Nampaknya penyokong-penyokong PKM sudah semakin berani menyatakan sokongan kepada PKM secara terbuka. Apa sudah berlaku?

    BalasPadam
  6. Adakah anda fikir perjuangan komunis sudah tamat? Haha fikir sekali lagi. Komunisme mungkin sudah tamat dalam bentuk ideologi tapi tidak dalam bentuk comradeship. Sikit demi sedikit skrg puak2 komunis moden ini memasukkan jarum ke dalam tepung agar tepung tidak berkocak, supaya melayu generasi muda berfikir, apalah salahnya dgn perjuangan komunis kalau matlamatnya utk memperjuangkan kemerdekaan? Tp jangan jadi bahalol, selepas kemerdekaan, apakah step komunis seterusnya kalau bukan utk mengambil alih negara ini dan memerintahnya menurut idealisme sosialisme mereka di mana Islam hanya ada pd nama dan ibadat khususiah saja. Selepas Pakatun menang, tiba2 kuasa ke atas undang2 diberi seluruhnya kpd komunis dan agen2 mereka. First step sudah berjaya, lain2 blh buat slow2. Anak muda sit and learn.

    BalasPadam
  7. Impian pengganas komunis PKM untuk menguasai Tanah Melayu telah hampir menjadi kenyataan apabila parti kafir harbi telah menghina dan memusuhi Islam dan umat Islam telah berjaya menguasai Tanah Melayu dengan pertolongan puak munafik Melayu liberal. Maka kita tidak hairanlah puak munafik liberal dan puak kafir harbi tidak pernah mengutuk PKM. Bahkan barua-barua mereka sentiasa berbangga dengan kejahatan, jenayah dan kezaliman pengganas-pengganas komunis PKM.

    Marilah kita semua umat Islam kembali kepada ajaran Islam dan bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRK, PRN dan PRU15 untuk membela dan melindungi agama Islam dan hak umat Islam dan menggagalkan rancangan musuh Islam untuk menguasai negara kita dan menindas agama Islam dan umat Islam termasuk kaum Melayu Islam.

    BalasPadam