Header Ads

ads header

Flash News

Apa untung politik Zakir-Ramasamy dipolemik?


TIDAK nampak apa untungnya pada politik Malaysia dan Islam mempolemikkan siapa lebih pengganas antara pendakwah Dr Zakir Naik yang dituntut kerajaan India dengan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof. Ramasamy.

Mendebat terbukakan keduanya lebih banyak mengganggu Kerajaan Malaysia dan pendakwah itu, sedang kerajaan dulu dan kerajaan sekarang telah menangani isu itu secara berhikmah iaitu memberi perlindungan kepada pendakwah itu menetap di sini selama dia pandai membawa diri.

Tidak berbangkit hubungan antara Malaysia dan India patut terganggu jika tuntutan ekstradisi terhadapnya tidak dilayan selagi kita berpegang kepada amalan yagn diterima antarabangsa, negara yang memberi perlindungan atas tuntutan negara yang menuntut atas sebab perikemanusiaan, keadilan dan lain-lain.

Jika hubungan Malaysia dan Australia dan Komanwel tidak terganggu apabila Australia menolak supaya Sirul Umar dipulangkan sedang kes yang Sirul hadapi adalah jenayah pembunuhan. Rejim Najib menghormati sikap Australia dan kerajaan baru Pakatan Harapan tidak bercadang memintanya dipulangkan.

Jika yang mendorong sikap Austraia bimbang Sirul tidak mendapat layanan adil mengikut keepercayaan Australia, maka demikian kebimbangan Malaysia terhadap Zakir.

Jika Ramasamy tidak berfikir keindiaan sebagai yang disangsikan oleh simpatisan Zakir Naik, sebaliknya kemalaysiaan bagi mengharmonikan kehidupan berbagai kaum di Malaysia, maka semua patut ada sikap terbuka terhadap kecenderungan pemikiran majoriti dalam perkara itu.

Saya kenal Ramasamy sebelum dia jadi calon DAP dan PAS mendapatkan kepakaran ilmu dalam wacana anjuran PAS.

Saya tidak tahu dia disangsikan oleh simpatisan Zakir Naik dikatakan cenderung dengan orang Tamil Eelam yang memberontak di Sri Lanka dulu. Saya boleh terima keterangan tidak bersumpah Ramasamy betapa hubungannya dengan isu di Sri Lanka adalah dalam rangka mendamaikan penduduk berbagai kaum di sana selepas perdamaian antarabangsa dicapai.

Dan dia juga mengaku terlibat jua dalam menyelesaikan krisis Aceh Merdeka atas permintaan masyarakat antarabangsa. Jika kita boleh terima hubungan Ramasamy dengan orang Tamil Eelam adalah selepas perang itu selesai, maka kita boleh kompromi hubungan baiknya dengan Tamil Eelam itu sebagai saudara sesama Tamil yang bebas dari politik Tamil Sri Lanka itu.

Jika kita boleh kompromi dengan hubungan baik Dr. Burhanuddin al-Helmy dengan pemimpin komunis semasa memperjungkan kemerdekaan itu, tidaklah beliau menjadi komunis dan memperjuangkan cita-cita komunis.

Jika Ramasamy dapat menggunakan kepakaran meredakan krisis antarabangsa kompromi dengan pemikiran Kerajaan Malaysia dulu dan sekarang tentang Zakir Naik, dia akan menguntung politik dan harmoni penduduk Malaysia menangani masalahnya.

Tunku Abdul Rahman Putra adalah anti komunis tegar. Demi mengekang ancaman pengganas komunis, dia tolak pengiktirafan Parti Komunis tetapi menawarkan pengampunan beramai-ramai kepada pengganas komunis. Ramai menyerah diri hidup rukun bersama masyarakat. Bahkan ada bekas pengganas komunis masuk MCA, jadi calon Perikatan dan menang. Sampai mati Tunku anti komunis tapi komunis hapus di Malaysia.

Najib pernah menawarkan pemimpin Hindraf jadi menteri. Dia terima dan kemudian meletak jawatan. Mahathir pula lantik ketua Hindraf jadi menteri penuh. Hindraf itu dikatakan berunsur keganasan juga. Tetapi pemimpin Malaysia cuba berkompromi, cuba menyelesaikan isu keganasan itu dengan membawanya kehidupan harian rakyat.

Jika Ramasamy dapat tengok pendekatan Tunku dan apa Najib dan Mahathir fikir tentang pelampau Hindraf, maka Ramasamy patut guna kepakaran berfikirnya menjadikan Zakir Naik menguntungkan politik keharmonian Malaysia.

SUBKY LATIF


MR : Mujahid cuba menjadi jaguh dalam isu ini dan geng hadis nak dijuarakan dalam sifat keterbukaan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Pejuang keamanan dan kedamaian sejati dan bebas tentunya tidak akan mengesyorkan seorang pendakwah dihantar pulang ke negara asal atas dakwaan yang tidak masuk ke akal tak kira siapapun pendakwah berkenaan. Sedemikian itu lebih kepada 'batu api' dan dengan itu bertentangan dengan peranan seorang pengaman dan pendamai.

    BalasPadam
  2. Kemunafikan puak munafik liberal dan kafir harbi (kebanyakannya adalah penyokong pakatan) berpura-pura berjuang konon membela hak kebebasan bersuara terdedah apabila mereka menafikan hak kebebasan bersuara Dr Zakir Naik yang merupakan pendakwah Islam yang hebat untuk bersuara menegakkan Islam dan membela umat Islam.

    Sebenarnya puak liberal dan puak kafir harbi ini adalah puak rasis yang membenci Islam, ulama Islam dan umat Islam.

    Marilah kita semua umat Islam membela saudara kita yang bernama Dr Zakir Naik.

    BalasPadam
  3. Wah mu-jahat cuba membela ahli pertubuhan pengganas LTTE yang sedang berusaha menfitnah dan menghalau pendakwah Islam balik ke India walaupun kita tahu rejim hindu yang bencikan Islam dan umat Islam di India sedang menzalimi pendakwah Islam tersebut.

    Jika mu-jahat mempunyai otak, dia sepatutnya mengadakan perbahasan terbuka antara ahli LTTE tersebut dan pendakwah Islam tersebut supaya kita semua boleh menyaksikan pembohongan ahli LTTE tersebut.

    Mu-jahat dan ahli LTTE tersebut ada berani ka?

    Kita tahu puak liberal amat mencintai kafir harbi maka tidak hairanlah puak liberal membela musuh Islam.

    BalasPadam