Header Ads

ads header

Flash News

Mampukah Anwar Atasi Pengaruh Azmin Dalam PKR?


PEMILIHAN parti PKR yang akan berlangsung tidak lama lagi bakal menyaksikan pengaruh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus kukuh dalam parti.

Dalam barisan pemimpin parti, timbalan presiden PKR itu menduduki tempat paling berpengaruh dalam kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai menteri ekonomi.

Azmin sebagai menteri ekonomi, satu portfolio baharu yang diwujudkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjaga korporat-koporat paling kaya di Malaysia.

Kedudukan ini sebenarnya lebih kukuh daripada timbalan perdana menteri yang semua tahu merupakan jawatan paling tidak selamat kalau perdana menterinya Mahathir.

Cuma kali ini berbeza kerana timbalan perdana menteri dijangka tidak mempunyai cita-cita politik yang besar dan tidak akan mencabar Mahathir.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik ke jawatan itu atas kedudukannya sebagai presiden parti dalam PH.

Jawatan dalam parti Wan Azizah bakal berubah tidak lama lagi apabila pemilihan pemimpin PKR berlangsung kerana ketua umumnya yang lebih berkuasa mahu diletakkan sebagai presiden.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu segera diletakkan pada jawatan yang rasmi itu, kerana selama ini jawatan ketua umum tidak rasmi dan sukar untuk diiktiraf oleh parti komponen lain.

Ada banyak sekatan apabila Anwar hanya berjawatan ketua umum, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini dengan PH sudah berkuasa dan jawatan kabinet ditentukan mengikut jawatan dalam parti.

Anwar dijanjikan sebagai perdana menteri selepas Mahathir yang dikatakan sebagai perdana menteri sementara. Tetapi sementara itu tidak dapat ditentukan dan bukan satu perjanjian.

Ada yang menyebut dua tahun, ada yang berkata satu penggal, ada juga yang mahu terus dipenuhkan dua penggal, yang semuanya bertujuan melewatkan atau menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri.

Tetapi bukan Mahathir sahaja yang menghalang Anwar menjadi perdana menteri. Sebenarnya Azmin lebih berpotensi menghalang Anwar menduduki kerusi perdana menteri.

Azmin sebenarnya ialah satu lagi sebab kenapa Anwar mahu mengambil alih jawatan presiden daripada isterinya.

Boleh dikatakan pertembungan kali ini dalam PKR ialah antara Azmin dengan Anwar, yang kedua-duanya mahu menjadi perdana menteri.

Selama Anwar di penjara, Azmin sudah mengukuhkan kuasanya dalam PKR. Pengaruhnya sangat kuat hingga beliau boleh memilih siapa yang mahu diletakkan sebagai menteri besar Selangor menggantikannya.

Ini menunjukkan Azmin masih menguasai pentadbiran negeri Selangor, negeri kubu kuat dan lubuk bagi PKR, pada masa yang sama beliau menjadi menteri dalam Kabinet Mahathir.

Anwar masih berpengaruh tetapi tidak boleh menyamai pengaruh Azmin, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana PKR sudah menjadi sebahagian kerajaan persekutuan.

Bagi ramai pemimpin PKR, Azmin ialah masa depan manakala Anwar ialah masa lalu yang semakin kelam.

Pemimpin-pemimpin kem Azmin juga merupakan pemimpin berpengaruh dalam PKR, yang semuanya sudah diletakkan di jawatan strategik.

Ini bermakna kuasa politik, wang dan jentera parti berada dalam genggaman Azmin, walaupun Azizah berjawatan presiden dan Anwar sebagai ketua umum.

Kalau Anwar berjaya menggantikan Azizah sebagai presiden, maka kuasa Anwar akan mengatasi Azmin dalam parti, tetapi Azmin tidak akan berdiam diri.

Kedua-dua pemimpin ini sedar mereka akhirnya perlu bersaing antara satu sama lain dalam PKR dan dalam kerajaan persekutuan sekiranya Anwar menjadi perdana menteri.

Dalam parti, sekiranya Anwar dicabar oleh Azmin untuk jawatan presiden, jalannya menuju kerusi presiden mungkin sukar kerana pengaruh Azmin yang kuat dalam parti.

Azmin boleh dihalang dengan cara “silap mata” seperti yang pernah dilakukan oleh anwar sebelum ini semasa hendak menghalang Azmin mencabar Wan Azizah.

Tetapi kalau Azmin tidak bertanding jawatan presiden, ada kemungkinan beliau dicabar sebagai timbalan presiden oleh orang Anwar.

Semua masih berteka-teki dalam menentukan siapa akan bertanding, tetapi ada kemungkinan pertempuran dahsyat berlaku.

Azmin sudah menyampaikan amaran supaya Anwar tidak menyokong mana-mana pihak mencabarnya bagi jawatan timbalan presiden.

Apa yang jelas ialah pengaruh Azmin tetap kukuh dalam parti walaupun beliau tidak menduduki kerusi presiden parti.

Setakat ini, Azmin sudah mendahului di depan kerana sudah berada dalam kabinet dan menguasai sebuah negeri, manakala Anwar masih belum pasti kedudukan sebagai presiden parti dan perdana menteri. – Mynewshub.tv


MR : PKR ni dah nak jadi macam UMNO, dulu gaduh lari tak ada kuasa orang tak nampak.. tapi kini gaduh dan lari berebut kuasa semua mata lihat, yang kecil dan besar busuk semua orang dah viral....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

7 ulasan:

  1. Lebih baik Azmin Ali daripada Anwar Ibrahim.

    BalasPadam
  2. Realiti bukan melayu dalam pkr lebih mesra anwar berbanding azmin.. hamba malas ambik port pasal bukan penyokong mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy x rasa begitu. Sy rs rmai bkn mlyu lebih sukakan azmin. Pasal anwar ni kdg2 nk cuba amik hati mlyu, tp puak non malay x suka. Hakikatnya pengaruh anwar sudah berkurang dlm pkr mahupun ph sejak mathir jd pmimpin ph.
      Cuma sebilangan yg masih setia

      Padam
    2. Azmin cuma ada Selangor tapi Anwar sama class macam Mahathir iaitu ada seluruh Malaysia. Hanya bukan Melayu yang tak berapa celik yang akan buat pilihan membuta tuli.

      Padam
    3. Mari kita tgk siapa lg lbh berkuasa azmin ada selangor je tp anwar seluruh malaysia....masuk bertanding la presiden azmin klu berani....keh2

      Padam
  3. Defakto perlu belajar dari PM4 bagaimana hendak membuat keputusan, pilihan dan tindakan bila berdepan 2 situasi bertentangan: antara tumbuhan memanjat dan tumbuhan menumpang, sama ada dicantas atau biarkan berkembang dan antara kaduk menjalar dan kaduk naik junjung.

    **mungkin sudah terlambat: kaduk sudah melepasi junjung!?

    BalasPadam
  4. Macam nak laga laga kan DSAI dgn Azmin je artikel ni.

    BalasPadam