Header Ads

ads header

Flash News

Bukankah PH sudah memenangi pilihanraya dan berjaya ‘menyelamatkan’ Malaysia?


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan dalam tv dan media yang harga barang semua dah turun selepas mansuh GST.

Tapi, dalam diam, harga susu tepung naik.

Seorang pengadu mengadu harga susu tepung yang selalu dibelinya tiap-tiap bulan telah naik harganya sebanyak RM7 pada hari ini.

Seorang pegawai di KPDNKK ketika dihubungi berkata kenaikan harga susu tepung ini tidak dapat dikawal kerana kebanyakkan susu adalah diimport.

Menurutnya, oleh kerana nilai ringgit yang semakin teruk, ia mengakibatkan peningkatan kos dan juga cukai import. Oleh itu kos-kos serta kenaikan harga ini perlu dibayar oleh pengguna.

RUMUSANNYA, RAKYAT TIDAK BOLEH BERGANTUNG KEPADA KERAJAAN PH.

Semalam, ketika Perdana Menteri ditemubual sebuah akbar dari Hong Kong, beliau menegur rakyat Malaysia supaya jangan terlalu bergantung kepada Kerajaan.

Menurutnya, budaya memberi wang dan bantuan seperti kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu tidak akan diteruskan oleh kerajaan PH.

Mahathir berhujah bahawa kerajaan BN menggunakan ‘wang haram’ dari 1MDB untuk memberi segala bantuan dan wang kepada rakyat.

Dari sini, jelas dilihat bahawa kerajaan PH sepakat mengalih perhatian dari harga barang yang meningkat dengan hanya mengipas api kemarahan rakyat menerusi penipuan-penipuan yang tidak masuk akal.

Persoalannya, apakah kena-mengenanya 1MDB dengan situasi ekonomi semasa?

Bukankan PH sudah memenangi pilihanraya dan berjaya ‘menyelamatkan’ Malaysia?

So why this 1MDB nonsense over and over again?

Tun Carlos


MR : Sebaik-baiknya rakyat kena berikan signal amaran kepada kerajaan PH dengan menepikan mereka pada PRK Selangor nanti....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Orang bodoh sahaja yang mempercayai rejim pakatan setelah rejim pakatan sengaja memungkiri semua janji dalam manifesto pakatan dengan pelbagai alasan bodoh.

    Rejim pakatan juga hidup dalam dunia khayalan dengan menafikan kenaikan harga barangan keperluan sedang kita semua mengetahui harga barang keperluan semakin meningkat sedangkan ekonomi negara sedang merundum sebaik sahaja rejim pakatan memerintah negara.

    Dan puak munafik sekular liberal dan puak kafir semakin berani menghina Islam dan menafikan hak umat Islam dan mendesak rejim pakatan menghapuskan peruntukan untuk Islam dan institusi Islam seperti sekolah tahfiz, jabatan agama Islam dan mahkamah syariah dll walaupun Perlembangaan Persekutuan melindungi Islam dan hak umat Islam termasuk kaum Melayu Islam.

    Musuh-musuh Islam ini seolah-olah mendapat sokongan dan restu dari sebilangan pemimpin pakatan.

    Maka rejim pakatan tidak boleh diharap untuk membela dan melindungi Islam, hak umat Islam dan rakyat.

    Marilah kita semua umat Islam menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRK, PRN dan PRU 15 untuk menggulingkan rejim pakatan.

    BalasPadam
  2. Penyamun sudah layu... tapi malangnya perampok pula bermaharajalela...

    BalasPadam