Header Ads

ads header

Flash News

Numan Afifi letak jawatan pegawai khas Kementeriaan Belia & Sukan


PETALING JAYA: Pegawai akhbar kepada menteri belia dan sukan, Numan Afifi, melepaskan jawatannya selepas dikritik dan dikaitkan oleh pembangkang menyokong gerakan tidak bermoral tertentu.

Numan berkata, beliau akan menyerahkan tugas menguruskan akhbar dan media kepada setiausaha akhbar baru yang akan dilantik secara rasmi dalam masa terdekat.

“Kecaman dan ancaman hebat oleh ejen propaganda pembangkang menyebabkan mustahil untuk saya menjalankan amanah yang diberi. Justeru saya mengambil keputusan tidak bertugas secara rasmi di kementerian.

“Saya akan ke luar negara dalam masa terdekat untuk menentukan hala tuju selepas ini. Saya berhasrat mengulangi dan menegaskan kenyataan menteri bahawa setakat ini belum ada sebarang pelantikan rasmi di pejabat menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Numan berkata, beberapa siasatan sedang dijalankan bagi menjawab persoalan mengenai beberapa nama yang dikatakan tertera di laman web rasmi kementerian sebelum ini.

“Saya difahamkan oleh menteri tindakan tegas akan diambil ke atas pesalah. Saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada menteri atas peluang dan tunjuk ajar yang diberi.

“Menteri menghormati keputusan saya dan bertegas menolak sebarang bentuk diskriminasi. Justeru saya juga memohon supaya tidak dipanjang-panjangkan lagi polemik ini,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, sehingga kini belum ada seorang pun pegawai dilantik secara rasmi di kementerian samaada sebagai setiausaha politik, setiausaha akhbar dan pegawai tugas khas.

Beliau berkata demikian bagi menjawab bantahan sesetengah pihak berhubung pelantikan penganjur acara berbuka puasa “Big Iftar” tahun lepas, Numan sebagai “pegawai akhbar” beliau.

Numan dilaporkan menyokong komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kempen Pelangi itu dikaitkan dengan penganjuran “Iftar Gay” Jun lalu melibatkan golongan homoseksual.

Bulan lepas, Numan meletakkan jawatan sebagai setiausaha publisiti Pemuda DAP Subang dan ahli jawatankuasa DAP Bandar Utama atas kontroversi yang sama.


MR : Yang peliknya Syed Saddiq nafi yang si Numan pula letak jawatan?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

8 ulasan:

  1. Pelik jugak ye!!! Syed Sadiq kata belum lantik tapi Numan letak jawatan...

    BalasPadam
  2. Geng Putaq Habihhh gitu laa

    BalasPadam
  3. Teringat kata2 org tua..nk tau kecenderungan ank2..tgk dgn sape kita berkawan..berkawan dgn ustaz..inshaAllah jd ustazlh..klu berkawan dgn presiden gay..sendiri mau ingatlh..wallahualam

    BalasPadam
  4. Kita merasa kasihan melihat puak LGBT dan mantri seolah-olah mereka jahil murakkab dan tidak tahu bahawa Allah dan RasulNya melaknat puak LGBT.

    BalasPadam
  5. Kalau nak pilih, pilihlah calon yang lurus dan tak boleh dipertikaikan itu dan ini. Perletakan jawatan menandakan pemilihan dibuat tanpa saringan yang teliti hingga bila terhantuk baru tengadah.

    BalasPadam
  6. Orang yang sama jugak dulu terlibat mencadang penggunaan dan penggagihan kondom percuma untuk mengelakkan gejala buang bayi.Cadangan macam dari orang bukan islam.

    BalasPadam
  7. Tak lantik lagi tapi boleh letak jawatan. Apa punya spesies ni ?

    Belum apa-apa dah belajar menipu.

    BalasPadam