Header Ads

ads header

Flash News

Hanipa pengsan ketika himpunan bulanan JPM


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin pengsan dalam majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.

Keadaan bertukar kecoh ketika Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berucap apabila Hanipa yang berdiri paling kanan dalam barisan menteri dan timbalan menteri JPM, tiba-tiba jatuh daripada pentas.

Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berada di pentas sama kemudian memberikan pertolongan cemas kepada Hanipa.

Ketika kejadian Dr Mahathir menghentikan seketika ucapannya sebelum meneruskan semula apabila Hanipa kelihatan sedar daripada pengsan.

Pemimpin AMANAH itu kemudian terus diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Hanipa yang bertanggungjawab dalam undang-undang adalah antara tiga timbalan menteri di JPM yang mengangkat sumpah pada 2 Julai lalu.

Sebelum ini, pada penggal sidang Dewan Rakyat pada 4 April 2016, Ahli Parlimen Sepang itu dikejarkan ke hospital selepas pengsan selepas secara tiba-tiba mengalami pening kepala dan kelihatan tidak bermaya.

Beliau kembali menyertai persidangan Dewan Rakyat enam bulan kemudian setelah terlepas sesi lalu akibat serangan angin ahmar.

Pada pilihan raya umum ke-14, Hanipa yang mewakili Pakatan Harapan mempertahankan kerusi Sepang yang sebelum ini ditandinginya atas tiket PAS dengan mengalahkan calon BN dan PAS.


MR : Kita semua datang daripada Allah dan Allah boleh ambil kita bila-bila masa dan dimana sahaja. Oleh itu setiap tingkahlaku kita jangan kita menepikan perjuangan menegakkan agamaNya.....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. peringatan buat teman teman saperjuangan

    BalasPadam
  2. Berdiri terpacak dan kaku untuk tempoh agak panjang tidak sesuai untuk semua waima untuk kanak2 sekolah pun ada yang pengsan pada perhimpunan pagi isnin. Menghairankan kalau "Tabib in the House" tak sedar fakta ini.

    BalasPadam
  3. Puak liberal pengsan di dunia masih boleh bertaubat dan kembali kepada Islam dan meninggalkan liberalisme. jika mereka mahu.

    Jika mereka pengsan selama-lamanya @ mati tanpa bertaubat selepas mereka berlagak bodoh sombong menentang, menghina, menfitnah, memburuk-burukkan atau menolak ajaran Islam dan perjuangan Islam, maka mereka tidak akan mati atau pengsan dalam neraka jahanam supaya mereka boleh merasakan betapa dahsyatnya siksaan dalam neraka.

    Malanglah manusia sesat lagi celaka yang hanya melihat kebenaran selepas mereka mati.

    BalasPadam
  4. Ini sudah kali kedua Allah ingatkan dia.
    Ramai kawan-kawan dari PAS datang melawat dahulu bagi nasihat. Tapi dia degil jugak. Serang Tok Guru.
    Allah bagi peringatan supaya diri tu boleh berubah.

    BalasPadam