Header Ads

ads header

Flash News

Rais tak terima isyarat dilantik speaker Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR: Tan Sri Rais Yatim tidak menerima sebarang “isyarat” tentang pencalonannya sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru.

Bekas menteri dan veteran Umno itu, yang namanya disebut-sebut bakal menyandang jawatan itu, berkata sebarang keputusan bergantung kepada usul yang akan dikemukakan pada sidang Dewan Rakyat bermula 16 Julai ini.

“Sebenarnya saya secara formalnya tidak menerima apa-apa isyarat. Saya fikir ini salah satu reaksi masyarakat dan juga badan-badan bukan kerajaan yang mengemukakan pandangan tersebut.

“Namun, semuanya bergantung kepada usul yang mungkin dibawa oleh pihak berkuasa pada 16 hari bulan ini, hanya selepas itulah agaknya boleh ada penyusulan,” katanya kepada Bernama pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya, hari ini.

Menurut Rais yang juga ahli PPBM, buat masa ini, perkara itu tidak wajar dibangkitkan kerana pencalonan bagi jawatan yang dipertua Dewan Rakyat boleh dibuat pelbagai pihak, baik daripada kerajaan ataupun pembangkang.

Rais yang memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang undang-undang, sebelum ini dikatakan calon pilihan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat.

Nama lain yang turut disebut-sebut ialah bekas pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga sebelum beliau menolak spekulasi itu, selain bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh yang dikatakan calon pilihan partinya, DAP.

Yeoh kini merupakan timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Persidangan mesyuarat pertama penggal pertama, majlis Parlimen ke-14 dijadual berlangsung 20 hari, mulai 16 Julai ini dengan urusan pertama mesyuarat pada hari itu ialah pelantikan speaker Dewan Rakyat, diikuti majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat dan pelantikan timbalan yang dipertua Dewan Rakyat.

Istiadat pembukaan persidangan akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada jam 10 pagi 17 Julai ini.


MR : Akhirnya Mahathir juga yang menguasa Malaysia bukan PH....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Untuk mengelakkan WW-III, Jawatan speaker sepatutnya jadi milik PKR. Noktah.

    BalasPadam
  2. Dengan mahathir tak payah nak nokhtah. Semua dia yg putuskan. Bertanya pandangan hanya formaliti. Tak caya tanyslah orang yg biasa kerja ngan dia

    BalasPadam
  3. Kita terima isyarat pakatan akan lingkup dalam PRU 15.

    BalasPadam
  4. Nak bagi kat hana bekas speaker selangor la tu.Abang besar punya kehendak.

    BalasPadam