Header Ads

ads header

Flash News

Di Sg Kandis PAS-UMNO adik beradik, di Kedah PH-UMNO “Sumbang Mahram”


Hari ini Tun Mahathir menyindir PAS, kononnya PAS dan UMNO adalah adik beradik kerana PAS tidak meletakkan calon untuk Piliharaya Kecil di Sd Kandis. PAS cuba untuk membentuk satu kefahaman politik yang lebih mantang di Malaysia dengan membentuk dua jalur politik antara kerajaan dan pembangkang.

Machai Pakatan Harapan sedia maklum apa yang keluar daripada mulut Mahathir semuanya betul dan mereka mengiyakan tanpa berfikir panjang. Mereka anggap Mahathir sebagai "kitab suci" lebih daripada manifesto.

Mereka lupa apa hubungan Pakatan Harapan di Kedah, di Perak dan Perlis. Mereka (penyokong Harapan) seperti tiada akal untuk berfikir secara waras.

Apakah hubungan PH-UMNO di Kedah itu nak dinamakan "SUMBANG MAHRAM" atau "HUBUNGAN LUAR TABIE"?

Saya tak nak ulas panjang pembaca boleh baca berit yang disiarkan oleh akhbar Malaysiakini "KITAB SUCI" pendokong PH.


..........

Antara kritikan utama Pakatan Harapan (HARAPAN), terutama Tun Dr Mahathir Mohamad, terhadap PAS adalah parti itu berkerjasama dengan Umno.

Ia selepas PAS tidak mahu bersama-sama HARAPAN untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru dengan BN pada PRU lalu, bagi mengelakkan perpecahan undi pembangkang yang sering berlaku pada PRU sebelum ini.

Hari ini ketiadaan calon PAS dalam PRK Sungai Kandis tidak terlepas daripada sindiran perdana menteri itu.

Bagi Mahathir, tindakan PAS tidak meletakkan calon - seterusnya mengelakkan pecahan undi - menunjukkan hubungan kedua-dua parti pembangkang itu.

"Memang dia (PAS dan Umno) adik-beradik," katanya ringkas ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di Ampang, Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS mahu memberi laluan mudah kepada Umno berdepan HARAPAN pada PRK itu yang akan dijalankan 4 Ogos ini.

Terdahulu, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya akan berbincang dengan PAS untuk meletakkan seorang saja calon pembangkang pada PRK itu bagi memastikan saingat sengit terhadap PKR.


Dua hari lalu, Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (gambar) mengumumkan PAS bersedia memberi laluan kepada Umno untuk bertanding.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ketika dihubungi Malaysiakini menjelaskan ia bukan bermakna parti itu berkerjasama dengan Umno

“Kita putuskan tidak bertanding dan kebetulan Umno yang bertanding, jadi mungkin atas dasar-dasar lainnya kita rasa di DUN Selangor memerlukan wakil daripada pembangkang, jadi biar satu sahaja parti pembangkang yang masuk. Kita tak bertanding PRK Sungai Kandis atas beberapa sebab, justifikasi," katanya.

Beliau juga berkata PAS masih belum memutuskan sama ada akan membantu Umno sepanjang tempoh berkempen PRK itu.

PRK Sungai Kandis menyaksikan calon PKR Zawawi Mughni berdepan dengan calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon bebas K. Murthy.

Ia diadakan selepas penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Pada PRU lalu, Mat Shuhaimi menang kerusi itu dengan majoriti 12,480 undi, mengalahkan Datuk Kamaruzzaman Johari (BN), Mohd Yusof Abdullah (PAS) dan Hanafiah Husin (PRM).


MR : Manny Pacquiao vs. Lucas Matthysse, The Rock kena kutuk... ahaha.. politik oh politik.. ni nama dia hati busuk. Mahathir pendendam yang cari mangsa. agaknya siapa yang kena selepas ini?...


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

7 ulasan:

  1. Pnyokong ph mmg x sanggup nk akui bn-ph di ngeri lain.. tp kecam umno-pas.
    Why? Sbb takutla.. klau btul2 jd in the future ssh diorg nnt nk mng.. islam ni klau org2 nya bersatu, kecut perut bhaii org kapir..
    Tp pmimpin islam sndiri trmasuk pnyokong2 islam lbih suka berpuak2 dan bnci melihat org2 islam bekerjasama hatta demi agama. Ego lbih pnting

    BalasPadam
  2. Tun Mahathir ini dalam kategory apa mukzjizat karamah atau istridjaj

    BalasPadam
  3. Bagi kami umat islam lebih baik pas bekerjasama dng umno dari ph sebab ph lebih merosakkan islam dan melayu. Ph banyak fitnah pas sebab ph tak mahu pengaruh islam kuat dalam parlimen. Tapi puak ph sejak dari pru14 kurang hentam umno mereka cuma hentak buat fitnah dan buat tuduhan pada najib dan kaitkan pemimpin pas sebab niat ph untuk melemahkan jemaah islam. Jadi bekerjasama dengan umno lebih baik demi agama islam dan bangsa melayu. Najib dah letak jawatan dah kena dakwa sekarang tunggu bicara saja jadi tak timbul kerjasama nak selamatkan najib. Niat kerjasama kerana allah demi islam dan masa depan bangsa malayu. Sekarang tekanan dan fitnah kerjasama umno pas terus dipertingkatkan oleh ph ini menunjukan betapa kuatnya ketakutan ph atas jerjasama umno pas. Sekarang semua macai2 ph bertungkus lumus nak gagalkan kerjasama umno pas mereka bekerjasama umno ph boleh. Sekarang umno dah pembangkan apa salah bekerjasama. Tun m dan dap yg bermusuh berpuluh tahun boleh bergabung tun m pun sama macam najib apa tuduhan tun m pada najib ada pada tun m. Tentang tuduhan liar kepada pemimpin pas itu semua untuk memberi kekeliruan pada penyokong dan org melayu tentang pas sahaja untuk menyelamatkan kuasa. Puak ph dah takut akan hilang kuasa.

    BalasPadam
  4. Pedulikan la pm tua tu...jangan la pas nak sentap dituduh adek beradik dgn umno.Memang sama islam dn sama melayu pun.Bukan kah adek beradik tu ayat yang manis bukan kecamanan apalagi kedua2 parti adalah untuk melayu islam.

    Kak cun

    BalasPadam
  5. PRK ini bakal menguji kepafaham Selangor tentang perlu adanya bilangan pembangkang yang optimum bagi memastikan negeri berkenaan terus ditadbir secara profesional, berintegriti dan kemudahan asas yang mencukupi.

    BalasPadam
  6. Tanpa pembangkang ia menjurus kepada komunitism. Apakah ini yang cuba dicapai? Kalau betul, hasrat sedemikian perlu di halang sebelum nasi jadi bubur.



    BalasPadam
  7. PRU 14 bukanlah endorsement terhadap Madey tapi terhadap AnWr. Madey hanya dapat ciput saja (13 kerusi), walhal AnWr dapat durian runtuh (<>50 kerusi).

    Sungai Kandis adalah endorsement buat AnWr bukan Madey. Jumlah undi yang bakal diperoleh BN adalah petunjuk sama ada momentum AnWr bertambah atau merosot.

    Ini penting bukan saja buat pihak yang berminat dan berkepentingan tetapi bakal jadi faktor tambahan dalam menentukan sipa pemilik kerusi MoI seterusnya.

    BalasPadam