Header Ads

ads header

Flash News

Dr Maszlee dapat idea tukar kasut sekolah hitam dalam “tandas”?


Pemikir Yahudi berkata antara 3 tempat utama yang memudahkan seseorang mendapat ilham atau idea ialah ketika berada tandas dan semasa sedang 'melepas'.Mungkin idea menukar kasut sekolah putih kepada hitam pun begitu juga... (tanggapan penulis sahaja).

Apa yang nak dirisaukan tentang kasut putih? Sepatutnya Dr Maszlee rimau berapa ramai pelajar tak mampu beli kasut baru diawal persekolahan kerana kos sara hidup makin meningkat.

Lagi pun penetapan kasut putih di sekolah adalah didasarkan kepada putih itu bersih dan bila dicemari kekotoran kita mudah lihat dan nampak kekotorannya. Guru boleh pantau pelajar dengan melihat baju dan kasut. Pelajar juga lebih berhati-hati dengan pakaian putih.

Ibu bapa juga boleh lihat sejauh mana pakaian anak-anaknya bersih atau tidak.

Jika kasut hitam, setahun tak basuh pun mungkijn orang tak tahu.

Tapi kenapa Dr Maszlee memilih polimik ini? Tak ada sesuatu yang mendesak untuk menukarkannya. Yang penting tol dihapuskan, hutang PTPTN dimansuh tidak pula diambil berat.

SEJAK awal lagi pengumuman semua murid sekolah dikehendaki memakai kasut hitam menggantikan kasut putih yang menjadi sebahagian uniform sekolah di sekolah awam sudah memeningkan.

Oleh kerana keputusan diumumkan secara tiba-tiba oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, masyarakat disibukkan dengan perbincangan tentang pelaksanaannya tahun depan.

Isu warna kasut menjadi topik besar perbincangan isu pendidikan ekoran kenyataan oleh menteri pendidikan tempoh hari.

Hasilnya, ibu bapa dan peniaga terkejut dengan keputusan tidak semena-mena ini, yang tidak dibincangkan tetapi hanya diumumkan secara tiba-tiba oleh menteri.

Isu kasut hitam ini kelihatan dijadikan isu untuk menenggelamkan cerita pengiktirafan sijil pendidikan sekolah swasta Cina (UEC) yang ditentang hebat.

Malah, isu ini juga menimbulkan persoalan tentang prioriti menteri pendidikan, pada masa banyak isu lebih penting lain termasuk beg berat masih tidak dilesaikan.

Kemudian, selepas kecoh selama beberapa hari, Maszlee mengumumkan keputusan akan dilonggarkan selama setahun.

Katanya, tahun depan, keputusan dilaksanakan secara longgar sebelum pelaksanaan penuh tahun berikutnya.

“Bagi ibu bapa yang sudah bersedia menukar kasut hitam murid untuk ke sekolah tahun hadapan, kita alu-alukan namun kementerian akan beri kelonggaran selama setahun bagi pelaksanaannya.

“Kementerian faham kebimbangan ibu bapa serta keluarga terutama golongan pendapatan rendah dan tidak akan menguatkuasakan dasar baharu kasut hitam serta-merta selain pihak industri yang mempunyai stok kasut putih yang baharu.

“Tiada tindakan disiplin bagi murid dan pelajar yang masih menggunakan kasut putih tahun depan dan kita akan beri masa secukupnya,” katanya dilapor media hari ini.

Kenyataan hampir “u-turn” ini membuktikan yang kenyataan awal tempoh hari dibuat bukan berdasarkan kajian yang mendalam, dan tidak melibatkan perbincangan dengan pihak-pihak lain.

Jelas bahawa isu menukar kepada kasut hitam hanya didengari pada hari menteri pendidikan mengumumkan keputusan tersebut.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan keputusan itu dibuat berdasarkan kehendak peribadi menteri pendidikan berdasarkan perbincangan dengan beberapa pihak yang rapat dengannya.

Tidak keterlaluan juga kalau dikatakan menteri pendidikan melonggarkan pelaksanaan peraturan kasut hitam ini ekoran tentangan pihak peniaga yang marah kerana stok kasut putih mereka akan tidak laku.

Persatuan peniaga Cina telah bersuara menuntut kementerian pendidikan memberikan tempoh untuk peralihan ini supaya perniagaan mereka tidak terjejas.

Nampak mudah menteri pendidikan mengubah ketetapan apabila menerima saranan golongan peniaga.

Kenyataan Maszlee melonggarkan pelaksanaan peraturan kasut hitam itu serta merta selepas persatuan peniaga membuat tuntutan ini.

Apa yang jelas ialah keputusan ini telah menimbulkan satu kekecohan yang tidak perlu, dan kenyataan menteri dibuat secara tergesa-gesa, yang terbukti apabila beliau segera menangguhkan penguatkuasaan penuhnya. – Mynewshub.tv


MR : Sebelum ini Dr Maszlee main isu beg berat sedang isu itu dah lama selesai. Hairan kita cara gaya berfikir golongan pHD PH ini....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

14 ulasan:

  1. penulis ni mesti xde anak kecik skolah....penat oii sental pakaiaan putih anak2 skolah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mintak je kerajaan setagamkan satu negara, semua pljr sekolah pakai baju warna hitam pekat, kain atau seluar wrna hitam, kasut wrna hitam dgn beg sekolah warna hitam..
      Senang banyak.. pakai dr darjah satu sampai tingkatan lima x payah basuh..
      Br betul2 senangkan ibu bapa

      Padam
    2. Kenapa nak sental ?. Pakai klorox dengan kapur aje. Stupid fool.

      Padam
    3. Dah 7 keturunan guna kasut putih. Tak ada malah nak sental. Itu perkara kecil aje.
      1. Basuh tiap minggu
      2. Basuh bila kotor
      3. Guna clorox jika terlalu kotor
      4. Guna mesin basuh bila malas... bunyi bising abaikan he he
      5. Upah kawan jika di asrama (itu jika duit lebih) Tak ada duit ambil upah basuh kasut kawan

      Padam
  2. Dulu banyak yang flip flop dalam BN. Kini baru sedar flip flop bukanlah hak milik BN saja. Ia kini jadi milik Malaya Baru. Muahahaha

    BalasPadam
  3. Pengalaman tak ada sebagai menteri, tak ada intergriti, tiada prinsip, ikut sedap mulut otak tak tahu nak guna belah kiri ka belah kanan pun berkeceramuk. Bercakap memang pandai, berdebat dengar macam bijak sebab ikut mulut apa yg terlintas di otak terus cakap.Dengar ibu bapa pemalas kata cepat kotor sebab malas nk basuh kasut Menteri memang yg jenis pemalas terus saja ikut. Budak2 jadi pemalas nk basuh kasut hitam jadi putih melepak. Kasut hitam setahun tak basuh pun nampak cantik.Lepas ni setokin putih pun kena tukar kasut dgn setokin jarak bukan macam langit dgn bumi cuma macam kuku dgn isi. Tak kan setokin tak kotor!

    Punah negara punah budak2 sekolah kencing tak basuh misti bau hancing.

    BalasPadam
  4. Orang yg tak pandai dlm pelajaran tak semestinya bodoh.
    Orang yg mengaji tinggi tak semestinya cerdik terkadang bodoh sombong dan pentingkan diri. Hidup menyusahkan orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu !
      Belajar tinggi-tinggi tapi kalau ditinggalkan dalam hutan ,orang Asli lagi pandai hidup.
      Ilmu ni relatif aje.

      Padam
  5. Terkadang orang yg pandai bercakap tak reti buat kerja kerana banyak guna mulut daripada guna otak.

    BalasPadam
  6. Cara mudah sembunyi kekotoran ialah warna hitam

    Cara mudah sembunyi kemalasan ialah warna hitam

    Cara mudah sembunyi kelemahan ialah alih perhatian

    Cara mudah untuk menang ialah janjikan bulan dan bintang

    Cara mungkin mudah tapi sasaran akan di susahkan

    Cara mudah untuk berdepan tentangan ialah buat U-turn berulang2

    Makanya papan tanda U-turn melata2 macam cendawan lepas hujan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good one.
      Pakatan Harapan ini bangsa yang nak cari jalan mudah dan alih perhatian. Nak selesaikan masalah bukannya reti. Tong kosong aje. Tin kosong memang kuat bunyinya. Isi takdak.

      Padam
  7. Nmpk pemerintahan PH ni banyak mintak pd rakyat bukan bg pd rakyat.

    BalasPadam
  8. Isu beg berat hilang begitu shj. Timbulvpilemik kasut hitam....Tolonglah Maszlee ou..selesaikan masalah yg dh berpuluh tahun tanpa oenyelesaian ...bukan menutup masalah dgn benda bingai ni...Apa beza kau dgn menteri sebelum ni...lagi teruk ada...dgn madalah pengiktirafan uec...memang hilang wibawa ph pakatun hancing ni...

    BalasPadam
  9. Dari pensyarah masuk politik sblm PRu 14.. Dpt kerusi dan menang.. Teruih jd menteri penuh.. Kesimpulannyar, Nk bg penoh kabinet dapur tun saja..

    BalasPadam