Header Ads

ads header

Flash News

Menitis air mata penyokong PH membaca berita ini


Orang Melayu Islam mudah dimainkan emosi mereka. Sebelum ini apabila Lim Guan Eng berhenti berucap kononnya menghormati azam, maka semua media massa dipenuhi pujian oleh machai PH kononnya Lim Guan Eng bukan anti-Islam dan seorang yang menghampiri Khalifah Omar Abdul Aziz.

Mereka lupa orang Islam yang derhaka tidak tutup aurat dan orang bukan Islam pun berhenti bermain bola sepak (bukan bercakap sahaja) apabila mendengar azam.

Mereka lupa DAP dan Lim Guan Eng sangat keras menentang memperkasakan undang-undang syariat yang sedikit pun tidak terlibat dengan orang bukan Islam.

Itu hebatnya penyokong dan pendokong Pakatan Harapan.

Hari ini pasti penyokong Pakatan Harapan menitis air mata kerana Lim Guan Eng sekali lagi membela umat Islam. Malaysiakini akhbar Islamik Malaysia ada menyiarkannya.

DAP mengecam sekeras-kerasnya "undang-undang Ketuanan Yahudi" dan menyifatkannya sebagai zalim, tidak adil dan tidak demokratik, kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.

"Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengecam sekeras-kerasnya tindakan Knesset Israel yang telah meluluskan “undang-undang negara Yahudi” yang bersifat zalim, tidak adil dan tidak demokratik sama sekali.

"Undang-undang terbaru tersebut menjunjung konsep Ketuanan Yahudi dan menindas hak-hak minoriti, terutamanya bangsa Arab yang merupakan kumpulan minoriti terbesar di negara itu," kata Lim dalam suatu kenyataan hari ini.

Menurut Lim yang juga Menteri Kewangan itu, undang-undang terbaru tersebut menjunjung konsep ketuanan Yahudi dan menindas hak-hak minoriti terutamanya bangsa Arab.

“Identiti penduduk Arab termasuk bahasa mereka telah diketepikan dan dinafikan melalui proses perundangan yang bersifat perkauman. Bahasa Arab yang sebelum ini diiktiraf oleh undang-undang sebagai bahasa rasmi kini telah diturunkan taraf.

“Kaum minoriti yang selama ini telahpun dilayan sebagai rakyat kelas kedua kini akan terus dipinggirkan dengan lebih teruk lagi,” katanya.

'Baitulmuqaddis ibu negara Israel'

Lim seterusnya berkata undang-undang tersebut secara unilateral mengisytiharkan “seluruh kota Baitulmuqqadis” sebagai ibu kota negara Israel.

"Undang-undang tersebut juga secara unilateral mengisytiharkan “seluruh kota Baitulmuqqadis” (Jerusalem) sebagai ibu kota negara Israel.

"Tindakan ini bukan sahaja bercanggah dengan segala konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa yang mengiktirafkan negara Palestin, malah melanggar prinsip keamanan dan kemanusiaan yang begitu penting untuk mengembalikan kestabilan di rantau tersebut.

“DAP yang selama ini berpegang kepada prinsip kebebasan, kesaksamaan dan persaudaraan akan tetap menentang segala bentuk kezaliman dan perkauman tidak kira di Malaysia atau di mana-mana sahaja di dunia,” katanya.

Semalam, Parlimen Israel meluluskan rang undang-undang kontroversi yang mentakrifkan negara itu sebagai negara Yahudi secara eksklusif dengan 62 MP menyokong manakala 55 MP menolak.



MR : Penyokong PH macam ayam daging tak sedar mereka digemukkan kerana berat mereka menguntungkan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. Ahahahaha... ckp apek ni tak sama lngsung dgn tindakan dia di negara ni..
    Mlyu hati lmbut.. mudah kn tipu..

    BalasPadam
  2. Selupa celita itu Latok hamtam Soros sama Jew.. 97/98 punya time la.. cakap banyak langsi..

    Selupa la sama ini Tokong punya celita... celita hamtam Jew mau tunjuk Hero sama Melayu tapi itu zoinis punya idea juga ada ikut..

    Kebebasan, Kesamarataan dan Kebebasan....Selupa Rotary dan Lion Club lorrr..... Protokol Of Eldes Zion.

    BalasPadam
  3. Berita yg hanya keluar dalam bahasa melayu, khusus utk prk sg kandis

    BalasPadam
  4. Cina harbi penipooo

    BalasPadam