Header Ads

ads header

Flash News

'Hifzuddin': Takkan Menteri Agama pun pening


PERKATAAN 'hifzuddin' dalam bahasa Arab. Lihat sekali lalu pun, jelas ia istilah khusus yang berkait dengan Islam. Makna hifz- pelihara, ad-Din dengan ditambah alif lam di hadapan bererti agama yang merujuk khusus kepada Islam. Justeru, hifzuddin bererti pelihara agama Islam.

Islam mesti dipelihara kerana ia agama Allah, pemilik alam ini. Allah menyebut (maksudnya): "Sesungguhnya ad-din (yang sebenar) di sisi Allah ialah Islam." (Aali Imran: 19)

"Sesiapa yang mencari selain Islam sebagai deen (agama sebenar), maka tidak diterima daripadanya, sedangkan dia di akhirat, termasuk di kalangan orang yang rugi." (Aali Imran: 85)

Ada banyak cara memelihara agama Islam.

Pertama, beramal dengannya. Paling kurang, secara peribadi. Nabi SAW menyebut dalam hadis, bermaksud: “Kamu adalah benteng kepada Islam. Jangan biarkan Islam diceroboh dari pihakmu.”

Kedua, berjihad untuk tegakkan Islam. Jihad banyak bentuk. Berada dalam kumpulan Islam yang jelas matlamat, tujuan, cara berjihadnya, termasuk melalui politik, adalah cara memelihara Islam.

Ketiga, berdakwah mengajak kepada Islam. PAS sebagai parti dan gerakan Islam yang berteraskan dakwah, tarbiah dan siasah, telah, sedang dan akan menunaikan tugas ini. PAS sampaikan Islam melalui pelbagai cara, tempat dan medium, dari sekecil anak di PASTI, hingga sebesar anak di IPT.

Keempat, menjatuhkan hukuman menurut hukum Islam. Kini, hukum Islam hanya kelihatan di Mahkamah Syariah yang melibatkan institusi keluarga, tidak lebih dari itu. Oleh sebab itu, PAS bersama NGO Islam memperjuangkan RUU355 sebagai sebahagian dari tuntutan menegakkan hukum Islam.

Kelima, Islam dipelihara dengan menolak kemungkaran, maksiat dan segala bentuk faham, hukum, cara, aktiviti yang bercanggah dengan Islam.

Bagaimana pula dengan agama lain dari Islam? Termasuk dalam istilah 'hifzuddin'? Tidak, kerana ia bukan agama Allah. Kalaupun ia agama langit seperti Kristian dan Yahudi, ia telah diselewengkan oleh penganutnya semenjak ribu tahun sebelum ini, sama ada tentang ketuhanan, kitab-kitab dan undang-undangnya.

Namun, Islam tidak pula menzalimi penganut lain. Ayat Al-Quran menyebut yang bermaksud: " Tiada paksaan dalam agama" dengan makna manusia bukan Islam tidak dipaksa masuk Islam atau menerima Islam. Allah menyebut dalam ayat berikutnya:

"Sungguhnya telah nyata petunjuk berbanding kesesatan." Di dunia, bukan Islam bebas mengamalkan agama. Di akhirat, hanya yang Islam selamat.

Kalau ada menteri menyebut 'hifzuddin', (pelihara agama) dengan maksud menjaga agama selain Islam, dengan memberi perlindungan dan hak beragama, maka cara menghuraikan istilah itu agak mengelirukan. Ditambah lagi menteri menyebut: 'Islam itu kan rahmatan lil-alamin'.

Kalau mahu disyarahkan, tentu topik ini menjadi lebih panjang. Saya tidak bermaksud mengajar menteri yang ada kelulusan agama itu, tetapi saya bermaksud agar istilah-istilah agama, termasuk istilah 'hifzuddin' ini diguna dengan cara yang betul dan dihuraikan dengan cara yang betul.

Janganlah nanti audien menjadi keliru dan pening dek kerana menteri pun pening.

USTAZ NIK MUHAMMAD NASRI


MR : Mujahid bukan pening tapi "bengong"....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
 
BANNER:


8 ulasan:

  1. Tajuk: Menteri agama salah tafsir, seleweng maksud hifzuddin

    SETIAP maqasid syariah (tujuan syarak) yang dirumuskan ulama adalah hasil kajian daripada semua nusus (dalil-dalil al-Quran dan Sunnah) serta istimbath ulama muktabar daripada dalil-dalil berkenaan.

    Tidak ada satu nas atau dalil pun yang menyokong kenyataan bahawa Islam menjaga agama selain daripada Islam, malah Islam sebaliknya didatangkan untuk memadamkan kesesatan agama lain.

    Tiada mana-mana ulama muktabar di dunia ini sepanjang sejarah umat menafsirkan ‘memelihara agama’ dalam Maqasid al Syariah ialah memelihara semua agama. Malah tafsiran sedemikian lebih hampir kepada tafsiran Jaringan Islam Liberal (JIL), apabila menafsirkan ” انما الموءمنون اخوة” sebagai “semua mereka yang beriman kepada Tuhan daripada mana-mana agama…”

    Tafsiran sebegini atau yang seumpama dengannya adalah tafsiran yang sesat dan menyeleweng.

    Sementara, dari segi bahasanya pun ulamak meletakkan istilah مقاسد الشريعة (tujuan syarak) yang dinasabkan kepada al-syariah iaitu syariat Islam sahaja bukan kepada mana-mana agama yang lain.

    Begitu juga menggunakan حفظ الدين (memelihara agama) digunakan al Din di situ dengan makrifah iaitu ‘hanya agama Islam sahaja’.

    Untuk membaca keseluruhan artikel, sila rujuk:

    https://www.ismaweb.net/2018/07/13/menteri-agama-salah-tafsir-seleweng-maksud-hifzuddin/

    BalasPadam
  2. Sepatutnya buang je mamat ni dalam telaga buta. Langsung tak boleh dipakai

    BalasPadam
  3. Pas tolak dia pasal otak dia macam ni atau pun otak dia jadi macam ni pasal dia masuk PAN?

    BalasPadam
  4. Dicadangkan supaya mendengar pembentangan YB Menteri tersebut sepenuhnya dari awal hingga akhir supaya tidak menghukum beliau secara salah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

      Padam
  5. Dah dngar pun dah tapsiran pun salah mcmana

    BalasPadam
  6. PAN dah nak kena checkmate ngan DAP. Lepas ni DAP letak ahli dia terus utk ganti semua puak2 PAN.....kah....kah....kah

    BalasPadam