Header Ads

ads header

Flash News

Johnson & Johnson diperintah bayar RM18.6 bilion punca 22 wanita hidapi kanser ovari


SYARIKAT gergasi farmaseutikal Johnson & Johnson diperintahkan untuk membayar lebih £3.5 bilion (RM18.6 bilion) kepada 22 wanita yang mendakwa bedak keluaran syarikat tersebut menyebabkan mereka mengalami kanser.

Perintah itu dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Missouri di Amerika Syarikat dan syarikat tersebut dikaitkan dengan 9,000 kes yang serupa.

Mangsa mendakwa mereka menghidapi kanser ovari kerana talkum termasuk bedak bayi keluaran Johnson & Johnson mengandungi asbestos.

Peguam kepada wanita terbabit, Mark Lanier meminta agar produk Johnson & Johnson dikeluarkan daripada pasaran sebelum mengakibatkan penyakit yang lebih teruk dan kematian berlaku.

"Jika Johnson & Johnson berkeras untuk menjual bedak mereka, mereka perlu paparkan tanda amaran," kata Lanier.

Pada Khamis, perintah tersebut diumumkan di Mahkamah Litar City of St. Louis dan dilaporkan jumlah AS$550 juta (RM2.2 bilion) wang pampasan dan AS$4.14 bilion (RM16.75 bilion) pula sebagai ganti rugi yang membebankan

Kesemua mangsa dan keluarga mereka berkata, mereka telah menggunakan bedak bayi tersebut sejak berdekad lamanya dan produk kosmetik talkum keluaran syarikat tersebut menyebabkan mereka mengalami penyakit.

Mereka mendakwa syarikat itu mengetahui bahawa bedak keluaran mereka mengandungi bahan tercemar iaitu asbestos sejak sekurang-kurangnya pada tahun 1970-an tetapi gagal memberi amaran kepada pengguna mengenai risiko tersebut. - Mirror UK


MR : Ini kira kena "kencing" puluhan tahun.. Dulu rasa hebat guna bedak ini, macam macai PH rasa hebat bila mengundi PH..


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan