Header Ads

ads header

Flash News

Kay Kim kirim soalan sejarah kepada Timbalan Menteri KPM


 SHAH ALAM - Kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengenai mata pelajaran sejarah tidak akan dimasukkan dalam pengiktirafan Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) disifatkan sebagai tidak berasas.

Pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, subjek tersebut perlu ada dalam setiap peperiksaan ataupun sijil bagi memastikan rakyat tidak lupa sejarah penting yang pernah berlaku di negara ini.

Malah, kenyataan tersebut amat mengecewakan kerana sejarah perlu sentiasa diangkat bukan dipinggirkan.    


“Kalau kita tak tahu sejarah, kita tak tahu bagaimana negara ini berkembang dan kemudian menjadi negara bangsa.

“Sejarah sangat penting untuk kita faham tentang diri sendiri. Setiap orang pun ada sejarah keluarga dan sejarah mereka sendiri. Setiap kaum di negara ni pun ada sejarah. Jadi, kenapa sejarah tidak penting dalam pengiktirafan sijil tersebut,” katanya.

Semalam, Nie Cheng menyatakan syarat lulus mata pelajaran Sejarah tidak akan dimasukkan dalam pengiktirafan UEC selaras dengan manifesto PH yang mewajibkan hanya mata pelajaran Bahasa Melayu perlu mendapat kredit (kepujian).

Sementara itu, Kay kim turut mengirim soalan sejarah untuk dijawab oleh Nie Ching.

“Awak (wartawan) tanya beliau tentang kesultanan di negara ini. Bagaimana sistem itu bermula? Contohnya sejarah Raja Lumut sekitar tahun 1730 yang menjadi pemerintah di Selangor pada waktu itu selama 20 tahun. Tetapi tidak gunakan gelaran sultan.

“Kemudian, pada tahun 1766, beliau belayar ke Kota Lumut di Perak dan ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Selangor oleh sultan Perak, Sultan Mahmud (atau Raja Kimas) dengan gelaran Sultan Salehuddin dan menamakan jajahan takluk pemerintahannya Selangor. Selepas itu barulah baginda gunakan gelaran sultan itu. Kenapa? biar timbalan menteri pendidikan jawab soalan ini,” katanya.


MR : Dulu zaman penjajah mereka seleweng sejarah negara dan pejuang negara, kini ada usaha nak padam sejarah negara dengan harapan orang Melayu Islam boleh dipinggirkan...


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. keparat ni berani pasal ada barua gila pangkat

    BalasPadam
  2. Atok jadi pak turut sebab atok cuma ada 13 geng,atok takut jatuh. Mas alek dah jadi lalang.dapigs ambil kesempatan,DAP berjuang UTK suku dia, melayu pemakan taik DAPig perosak bangsa dan agama

    BalasPadam
  3. Kitab bukanlah buku sejarah. Bila ia dianggap buku sejarah, ia terdedah pada perubahan dan suntingan.

    Sejarah yang diubahsuai adalah seumpama kitab diubahsuai hinggakan ada kitab dicetak dalam versi2 yang berbagai2.

    Kalau itu boleh menimpa ke atas kitab seperti Injil, perkara sama boleh berlaku ke atas lain2 sejarah.

    Yang pelik ialah tiada tangan yang tergamak mengubah sejarah 'holokus' meskipun ada yang tidak munasabah.

    BalasPadam