Header Ads

ads header

Flash News

Semalam kena sergah DAP, hari ini Dr. Maszlee terus lulus peruntukan SMPC


Selepas dikritik oleh DAP semalam, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berjanji menyediakan peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) melalui peruntukan kerajaan persekutuan, lapor beberapa akhbar harian Cina semalam.

Akhbar terbabit memetik satu kenyataan daripada Maszlee merujuk kepada jawapan bertulis parlimen kepada Anggota Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dari MCA.

Sebelum itu Wee bertanya mengenai mekanisme meliputi operas dan perbelanjaan pembangunan SMPC.

Maszlee menjelaskan SMPC tidak mendapat peruntukan bagi membayar gaji guru kerana institusi itu bukan bertaraf sekolah kerajaan.

"Peruntukan operasi melibatkan perbelanjaan dalaman kerajaan. Kebanyakan peruntukan adalah untuk emolumen kakitangan awam dan guru.

"Disebabkan SMPC bukan sekolah awam atau di bawah bidang kuasa kementerian dan guru-gurunya bukan kakitangan awam, kementerian tidak boleh menggunakan peruntukan operasinya untuk SMPC, sekolah agama persendirian dan agensi pendidikan swasta lain," katanya.

Maszlee kemudiannya dikritik dua anggota parlimen DAP, Wong Kah Woh (Ipoh Timur) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow.

Menurut Maszlee kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap SMPC.

Katanya ia dapat dilihat di Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Johor apabila kerajaan HARAPAN menyediakan peruntukan kewanngan kepada SMPC berdasarkan kemampuannya.

Mengenai peruntukan di peringkat persekutuan, Maszlee berkata, peruntukan kerajaan HARAPAN kepada SMPC akan dimasukkan ke pelan kewangan holistik kebagsaan dalam bentuk perbelanjaan pembangunan.

"Berdasarkan kepada prestasi ekonomi keseluruhan, kami akan berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi memutuskan keperluan dan bentuk peruntukan," katanya.

Kenyataan Maszlee turut disiarkan akhbar Sinchew Daily, Oriental Daily, Kwong Wah Jit Poh, Guang Ming Daily, Nanyang Siang Pau, China Press dan The Malaysian Insight (edisi bahasa Cina).

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching turut mengongsi kenyataan Maszlee yang disiarkan Oriental Daily dan Sinchew Daily di Facebooknya.

Bagaimanapun semakan mendapati tiada media berbahasa Melayu atau Inggeris memuatkan kenyataan itu semasa berita ini ditulis.

Ini yang dikritik oleh MCA kenyataan hanya dibuat dalam Bahasa Cina untuk mengelak isu ini dikalngan pengundi Melayu.

MR : Macam-macam cara PH nak kencing pengundi mereka terutama pengundi Melayu....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

13 ulasan:

  1. Serabut le kome ni

    BalasPadam
  2. Kalau sekolah swasta yang tak ikut sistem pendidikan nasional boleh diberikan peruntukan persekutuan, lain2 sekolah swasta yang ikut sistem pendidikan nasional lagilah 'wajib' diberikan peruntukan. Lalu, moh lah kite buka sekolah swasta patuh sistem nasional. Tang bajet usah risau, bantuan pusat akan menyusul. TK Masz. TK PH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekolah swasta bukan China belum tentu lagi dapat bantuan KERAjaan pakatan.

      Mantri keturunan China atau kacukan China-Melayu sudah tentu lebih bersimpati dengan kaum China berbanding dengan kaum Melayu yang telah dinafikan hak.

      Prof Ridhuan Tee adalah Cina Muslim yang baik kerana dia berani membela hak agama Islam dan hak umat Islam yang sedang ditindas oleh puak munafik liberal dan puak kafir harbi.

      Padam
  3. Maszlee nk tipu pengundi mlyu ph.. tak mahu mlyu ph dpt tahu.. takot mlyu ph melawan.

    BalasPadam
  4. Kita dah agak dah. Belajar tinghi tinggi akhirnya jadi barua kafir.

    BalasPadam
  5. Berani hanya kepada orang Melayu. Diambilnya tindakan keras terhadap orang Melayu. Tetapi kepada Cina lembik pijak semut pun tak mati.

    BalasPadam
  6. Takda batu...penakut.. .berhentilah hoi...Muka pengecut...

    BalasPadam
  7. Tara menteri berphd nih.. aduss

    BalasPadam
  8. bila master dh bising..puppet terpaksa akur ikut telunjuk..

    BalasPadam
  9. Kalau betullah berita ini, aku mohon pada ALLAH agar dikembalikan jawatan ini kepada yang lebih berhak insyaALLAH

    BalasPadam
  10. Dapat jadi hero melayu barang sehari pun jadilah. Kalau tak dpt jadi hang jebat, jd hang kebun pun tak apala lah

    BalasPadam
  11. Kerajaan PH menitikberatkan keadilan.. Maka jgn lupa untuk semua sekolag aliran agama dan madrasah..

    BalasPadam
  12. mazleeee mazleeee what happen . This is what happen when u enter politic i feel sorry for u

    BalasPadam