Header Ads

ads header

Flash News

Khairy: Walau kena pukulan maut tapi Umno masih 'pekak'


Khairy Jamaluddin yang tewas dalam pemilihan merebut kerusi presiden Umno bulan lalu menyatakan keresahannya terhadap hala tuju yang diambil parti itu kini.

Beliau melihat Umno kini semakin ke arah perkauman selepas tewas pada PRU ke-14 dan baginya itu hanyalah jalan menuju 'kehancuran'.

"Sejak selesai pemilihan Umno, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum dan kutip tabung untuk bekas presiden (Datuk Seri Najib Razak)...Takkan itu saja 'Umno baru'?

"Sudah kena pukulan maut semasa PRU ke-14 (tetapi) masih pekak terhadap suara rakyat.

"Jika modal untuk PRU ke-15 hanyalah momokkan orang Melayu dengan isu seperti pelantikan bukan Melayu sebagai peguam negara dan ketua hakim, lupakan saja impian menawan semula Putrajaya," katanya di Twitter hari ini.

Beliau merujuk kepada bantahan Umno terhadap pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara pada bulan lalu dan Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara semalam.

Dengan nada yang jelas kecewa, bekas ketua pemuda Umno itu berkata parti itu kini perlu memilih sama ada mahu kekal dengan cara itu atau mengambil "jalan tengah".

"Ke kanan (Umno) mungkin menang sorak sementara, tetapi pasti lingkup 10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah dan sukar difahami akar umbi, tetapi itulah jalan yang ada untuk survive," katanya yang kini tidak lagi memegang apa-apa jawatan pusat parti itu.

Sebaik kekalahan pada PRU lalu, Khairy berkata ada keperluan untuk melakukan pembaharuan terhadap Umno termasuk membuka keahlian kepada bukan Melayu.

Antara kempennya sebagai presiden Umno pula adalah untuk menjadikan Umno sebagai pembangkang berwibawa terutama bagi menuntut janji 100 hari Pakatan Harapan (HARAPAN).

Khairy bagaimanapun berkata akan kekal bersama Umno kerana percaya parti itu masih "khemah besar" untuk orang Melayu dengan prinsip sederhana, haluan tengah dan meraikan kepelbagaian.

"Sebab itu saya masih bersama Umno...Cuma saya nak perbetulkan rumah saya ini agar tidak kekal dengan haluan kanan yang ekstrem dan rasis selama-lamanya," katanya lagi.


MR : Khairy terlalu emosi, biasa untuk orang muda. Malayu masih teras dan UMNO masih ada 35% sokongan Malayu dan 30% masih ada dengan PAS, jadi UMNO mesti bijak memilih jalan ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

9 ulasan:

  1. Khairy ni lebih baik keluar umno klau dh perangai nk memenangkan ph.. dh jadi mcm gunting dlm lipatan. Apa saja yg ph buat, betul atau x betul semuanya nk disokong.. nk jd hero tamil ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku tak faham dengan budak KH ni, Negara ini Negara demokrasi, sapa yang mendapat majority undi dialah menang .... Ko tu kalah, so duk diam2 sudahlah.... Ko ada pun kami tak untung, ko keluar pun kami tak rugi. Ada faham??

      Ko tu specimen kajian Mahathir, Kalo ko menang bermakna Mahathir mempunyai peluang untuk menarik UMNO masuk PH. Tapi ko kalah, itu yang macam2 cakap keluar, UMNO tak tak sah lah, UMNO Haram lah, AGM UMNO tak sah, macam2 keluar oleh cai2 PH.

      Padam
  2. Alasan kj nk keluar umno...abis kj nak umno berjuang tutup tahfiz ..tutup jakim...tambah sekolah cina ..banyakkan ladang babi.?Lantik lim kit sial jadi PM pengganti mahathir?Perjuangan baru umno mengikut kehendak kj.

    BalasPadam
  3. Tak nampak KJ blh diharap sebagai pemimpin..

    BalasPadam
  4. kecewa punyanya jadikan dia begitu

    BalasPadam
  5. Melayu sudah cukup pecahanya. Parti A tidak boleh dilihat agar jadi pesaing parti B, C dll. Seelok2nya parti yang ada ini berusaha untuk menggantikan mana-mana parti yang sedia ada atau menaik tambah keupayaan parti2 yang sedia ada dan bukan membuka parti yang baru. Contohnya, parti2 lain harus ada pendirian yang sama hampir seperti PPBM kalau mahu ambil alih kedudukan PPBM di Putrajaya dan perlu ada parti yang memaparkan pendirian yang hampir sama dengan Amanah kalau mahu ambil alih kerusi2 pusat Amanah. Tiada jalan lain.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. salam semua ahli umno.. jom semua masuk PAS.. semua prkra yg nk d perjuangkn umno ada bnda tu dlm PAS. malhan PAS ada nilai tambah yg cukup mntap.. jom masuk PAS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trima kasih ats jmputan anda.
      Sy ok je tp kita melihat dr segi realitinya ianya xkan terjadi. Sebahagian mungkin akn msk pas tp sebahagian akan kekal cinta pd umno.
      Cara yg terbaik adalah kedua2 parti msti bekerjasama dan bertolak ansur dlm politik.
      Pemimpin atasan prlu bijak buang ego walau ramai ahli mungkin x bersetuju.
      Berbeza prti politik tkpe. Sbb rmai mlyu sygkan perjuangan umno. Itu realiti. Jd lbih baik bkerjasama asalkan islam terpelihara.
      Sy berdoa mudah2an umat islam sedar dan bersatu dlm mlysia ni walau berbeza prti politik demi islam dan negara.

      Padam